Empat;

36 2 0
                                    

"Ayah ingatkan lagi sekali ya. Tolong jangan main main tahun ni. Banggakan mak dengan ayah. Tu je ayah nak, Adeliah." ujar Encik Azmi.

"...dah turun.." sambungnya tanpa menunggu balasan dari Adeliah.

Adeliah meminta tangan Encik Azmi untuk bersalam. Dia tidak mahu berkata apa apa tentang soal itu. Setelah salamnya disambut, Adeliah segera keluar dari kereta, takut kalau ada yang dikatakan oleh ayahnya lagi.

"Haiii Adel!" sapa Natrah. Namun Adeliah hanya senyum tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.

'Aik selalu ceria je budakni, asal ni' , bisik Natrah dalam hati.

"Oii, makcik. Kau kenapa ni? Sedih semacam je. Cuba cerita. Mana tahu aku boleh tolong." kata Natrah.

'Tak ada apa yang kau boleh tolong, Nat' , getus Adeliah dalam hati.

"Hehehehe, tak ada apa lah, Nat. Btw kau siap tak kerja sekolah? Nak tiru boleh?" Adeliah sengaja melarikan diri dari soalan Natrah. Malas nak bercerita, kesian Natrah asyik mendengar masalah dia saja.

"Aik, asal? Kau tak siap ke?"

"Haah, ayah aku rampas fon aku semalam. Banyak ke kerja nya?" tanya Adeliah. Mampus kalau banyak. Nak buat time bilanya.

"Hmmm takdelah banyak sangat, english dengan math je, japgi ah aku kasi dalam kelas, jom." 

***********************************

"Nah, kau nak aku tolong apa apa tak?" Natrah melihat Adeliah yang terkebil kebil membuat kerja sekolah. 

Tiba tiba datang seorang hamba Allah yang tak dikunjung sama sekali.

Nafeesa Karina.

"Hai, tak siap kerja sekolah ke? Hahaha, nak aku report tak hmm?" ugut Nafeesa. 

"Apa benda kau ni? Sakit mental? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba tiba cari pasal dengan orang. Omg, nafeesa dah gila. Hahahahaha" ketawa Adeliah disambut dengan ketawa Natrah.

"Hahahaa you can laugh. Just wait and see." Kemudiannya, Nafeesa kembali ke tempatnya semula.

"Tak takut pun werkkk!" laung Adeliah dari jauh sambil menjelirkan lidah ke arah Nafeesa.

"Hahaha, ingat dia hebat sangat?" kata Adeliah sambil membalikkan bola matanya.

"Hahaha itu la tu.  By the way, nanti ada kelas pendidikan Islam, ustazah cakap kena pergi surau and ambil sembahyang. Tunggu sampai ustazah datang." kata Natrah.

"Hah?! Serius ke?" 

"Haah, kau kenapa, Adel? Bukan kita dah biasa ke pergi surau?" tanya Natrah. Hm pelik ni.

"Ehehehe, takde apa, takde apa, tapikan nanti kita masuk lambat sikit tau. " pinta Adeliah ke Natrah. Dia takut ada orang lain melihat kesan lebam di lengannya. Kalau terbongkar pun, biar saja Natrah yang tahu kerana Natrah seorang saja yang lama mengenalinya.

"Okay"

EMOSI✓ Où les histoires vivent. Découvrez maintenant