Tujuh;

32 3 0
                                    

"Kau rasa siapa yang lapor kat Cikgu Ann, Adel?" tanya Natrah ke Adeliah yang berada di sebelahnya.

"Kau takkan tak syak kot" Alah Nat ni. Benda simple kot. Adeliah menggelengkan kepalanya.

"Hehe.. siapa siapa? Bagi tahu la"

"Siapa lagi kalau bukan minah tu. Waktu kita keluar kelas tadi pun dia pandang semacam. Tahu dah. Lagipun tadi kan dia ugut kita."jelas Adeliah.

"Haah la. Apa yang dia nak eh. Takkan jealous kot kau kena kenen dengan Qayyum dekat surau tadi." Sempat lagi Natrah mengusik Adeliah. Dalam diam, dia juga merasakan yang Adeliah sesuai dengan Qayyum. Secocok katakan.  

"Ah kau. Sempat lagi usik aku ek. Dah dah, karang kena sound dengan Cikgu Ann nanti." Adeliah kembali tekun mengerjakan kerja yang diberi oleh Cikgu Ann tadi.

Tak disangkakan bahwa kelakuan Nafeesa benar benar mengujinya. Dia ditendang dan dipukul oleh abangnya namun Nafeesa senang senang saja membuatkan dia didenda. Namun, dia masih sabar. 

********************************************

"Aku nak kau bagi dia tertarik dengan kau. Kalau dia tak nak, kau bagi dia rapat rapat sikit dengan kau. Cukup bagi ada bukti yang kau tu berdua duaan dengan dia."

"Apa yang aku dapat kalau aku ikut cakap kau?" 

Tangannya melayarkan satu sampul  yang jelas mempunyai wang yang banyak  membuatkan lelaki itu tertarik dengan penawarannya. Setelah membuat perjanjian, sampul bertukar tangan. 

"....bukan setakat itu, kau juga boleh dapatkan Adeliah dengan mudah daripada kau tackle dia pakai cara kau tu sampai bila dia tak cair." sambungnya lagi.

Senyuman senget diberikan tanda faham lalu mereka berdua pulang dari arah yang berlainan.

EMOSI✓ Where stories live. Discover now