Sepuluh;

26 2 0
                                    

"Kamu nak lari mana, Adeliah Natasha?"  ucap Encik Azmi lantas memegang lengan anaknya lalu membawanya kembali ke bilik pengetua. Sementara itu, Adeliah sempat mengerling ke arah Nafeesa dan senyum menyeringai padanya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang mengikutinya dari belakang.

"Penyelesaian kes ini hanya satu. Kamu kena kahwin. Tapi malangnya, kami tak dapat info tentang lelaki dalam gambar ini kerana dia bukanlah pelajar di SMK Tanding Seri." jelasnya.

Encik dan Puan Azmi sudah buntu memikirkan siapa yang mahu ingin dikahwin kan dengan anak gadis mereka ini. Calon? tak ada. Anak kepada kawan kawan mereka? Semua duduk jauh. 

Tiba tiba sahaja kedengaran suara yang amat dikenali oleh Adeliah di pintu bilik.

"...saya boleh berkahwin dengan anak pakcik.."

Adeliah sedikit terkejut apabila melihat sosok di hadapannya kini ingin mengahwininya walaupun dia tiada kaitan dalam kes. Semua orang di dalam bilik itu masing masing melihat sesama sendiri dan seakan tak percaya dengan keajaiban yang terjadi.

Qayyum mengangguk lagi sekali dengan tandas kepastian yang dia mahu menggalas tanggungjawab itu.

"Ya, saya mahu menggantikan tempat lelaki itu." Qayyum melihat Adeliah dan ibu bapanya silih berganti. Dia perlu mengambil kesempatan kerana dia memang menyimpan niat mahu mengambil Adeliah sebagai isterinya.

"Kamu siapa?"

"Saya Qayyum Aziz Bin Qaleb, rakan sekelas Adeliah,pakcik."Qayyum memperkenalkan dirinya ke semua orang.

"Jadi bagaimana? Kira jadi kah?" 

Encik Azmi dan isterinya mengangguk tanda setuju. Sudah tiada cara lain yang boleh mereka cari selain ini.

Qayyum menghela nafas lega manakala Adeliah masih lagi melihat Qayyum dengan seribu tanda tanya. Namun, Qayyum hanya membalasnya dengan senyuman manis.

"Alhamdulillah, kes ini selesai. Semoga perkahwinan kamu dipermudahkan Allah SWT."

EMOSI✓ Where stories live. Discover now