Dua Belas;

23 2 0
                                    

"Hmm Qayyum, kenapa awak kahwin dengan saya walaupun bukan awak yang harus tanggungjawab?" Adeliah bertanya dengan matanya melihat tepat ke mata Qayyum.

Namun Qayyum hanya tersenyum mendengar soalan isterinya. Sudah dia duga, pasti akan muncul soalan itu.

"Ishh, senyum senyum. Cepat lah jawab. Orang nak tau" sebik Adeliah. Orang nak tahu, dia senyum senyum pulak.

"Yee yee. Nak jawabla ni eee sayang ni". Apabila Qayyum tersedar akan percakapannya, lantas dia menoleh ke arah lain. Malu.

"Haa? Apa awak cakap?"

"Ish takde apa lah.  Apa soalan dia tadi? Ha, kenapa saya kahwin dengan awak eh? Sebenarnya saya dah suka awak lama, since form 3 lagi. Saya kagum tengok awak pakai handsock dan tak berapa nak rapat dengan lelaki. Jadi, atas kesempatan ni saya jadikan awak isteri saya, hehe. Bacaan Al-Quran awak pun merduuu..." Qayyum bangun lalu menghadap ke arah isterinya dengan kedua tangan di bahu Adeliah.

Sementara itu, muka Adeliah sudah mula berona merah kerana dia tidak sangka lelaki pemalu ini punya rasa terhadapnya.

"...disebalik apa yang telah jadi, mungkin Allah dah tetapkan hikmahnya. Jadi kita pandang je perkahwinan ni dengan positif, jangan terlampau terikat dengan apa yang dah jadi. Past is past, yang penting kita dah halal, yeay, sayang yeayy..."jelasnya dengan kedua tangan ber awangan di atas tanda teruja.

Oops! Tersebut lagi hehe.

Adeliah kemudian menyuruh Qayyum duduk lalu melentokkan kepalanya di bahu Qayyum.

'Kalaulah apa yang awak cakap tu mudah untuk saya lakukan', getus hati Adeliah.

Dia susah melupakan. Gara gara perlakuan Nafeesa, dia menjadi trauma dengan lelaki. Tambahan pula, dia sudah berkahwin.

"Sayang, fikir apa?"

"Fikir pasal Nafeesa. Awak tahu tak ni semua perbuatan dia?" Nafeesa mula meninggikan suara.

"Tiada apa yang dapat meredakan api yang marak selain air. Saya tahu awak penyabar orangnya. Anggap saja itu ujian untuk awak ya?" Ucap Qayyum.

"...Dan tiada yang mampu memadam dendam yang sakit melainkan pembalasan. Mereka perlu bayar sakit saya. Awak tak tahu apa apa, Qayyum.." sambung Adeliah.

Qayyum agak terkejut dengan kelakuan Adeliah yang berubah sekelip mata. Kemana sikapnya yang ayu dan lemah lembut tadi?

Tiba tiba Adeliah menuju ke luar, meninggalkan Qayyum sendiri. Dia tidak mengejar kerana Adeliah patut diberi masa.

EMOSI✓ Where stories live. Discover now