Enam belas;

19 2 0
                                    

Kebelakangan ini,Natrah dan Qayyum perasan yang kelakuan Adeliah agak lain. Seperti bukan dirinya. Kadang marah, kadang cool. Mereka bersepakat mengatakan yang Adeliah ini mempunyai penyakit tapi kena la check dulu, tak boleh diagnose sesuka hati.

'Ada yang pelik ni', getus hati Natrah.

"Adel, kau ni lain macam la, kau ada sakit apa apa ke?" tanya Natrah.

"Ha? Apa yang lain?"

"Memang lah kau tak perasan. Cuba kau pergi check."

"Hmm yelah."

*******************************************

Petang itu, Qayyum,Adeliah dan Natrah pergi ke hospital untuk mencuba mencari solusi bagi masalah Adeliah. Selesai saja daftar, Natrah dan Qayyum memberikan pernyataan pada nurse berdekatan, katanya mereka harus ke ruangan psikiatri kerana sepertinya Adeliah mempunyai simptom simptom DID (Dissociative Identity Disorder).

"Adeliah Natasha?"

"Ya,saya?"

"Masuk, yang lain tunggu diluar sekejap ya. Saya ada benda nak tanya pada pesakit." ujar doktor itu. Adeliah merasa pelik mengapa dia harus ke bahagian psikiatri, dia juga belum bersedia untuk membuka pekungnya.

Qayyum dan Natrah menggangguk serentak dan tunggu diluar. Di dalam bilik tersebut, hanya ada Adeliah dan doktor itu sahaja.

*********************************************

"Er, doktor. Saya ada sakit apa ya?" tanya Adeliah ingin tahu.

"Macam ni puan, puan ada simpan apa apa ke? Maksud saya, pendam, atau ada trauma apa apa ke dari kecil, sebab penyakit ni biasanya sebab dari trauma pesakit, contoh abusive, atau lain lain. Puan ada ingat tak?" Doktor Fauziah menanyakan soalan kepada Adeliah.

Adeliah cuba mengingati semula tapi entah kenapa kepalanya sakit, dan mula berpinar. Kemudian,satu persatu memori lama menembusinya lalu membuatkan air mata Adeliah mengalir perlahan.

"Puan? Puan okay tak?"

"S..s..saya o..okay saja..."

"....rasanya saya ingat tapi tak berapa jelas..." sambungnya lagi.

Dia mulai menceritakan satu persatu kisahnya dari kecil sampailah sekarang. Kisah Adeliah mengundang air mata doktor untuk mengalir. Tidak menyangka remaja di hadapannya kini mengharungi pelbagai cabaran yang amat hebat.

"Puan..hebat ya sebab mampu bertahan.."

Adeliah hanya mampu tersenyum pada doktor di hadapannya itu. Setelah habis sesi perluahan, Doktor Fauziah menyuruh Adeliah membuat beberapa ujian dan memberikan kertas untuk dijawab.

EMOSI✓ Where stories live. Discover now