Dua;

36 2 0
                                    

Setelah tamat waktu persekolahan, waktu pulang menjelang. Terlihat kereta hitam kepunyaan ayah Adeliah datang untuk mengambil anaknya. Sesudah Adeliah masuk ke dalam kereta..

" Kamu jangan nak malukan ayah lagi sekali! Cukuplah hasil dari ujian lama, kamu buat ayah malu dengan result kamu! Kamu ni dah umur 17 dah, sepatutnya tahu nak kena buat apa, takkan semua ayah kena bagi tau. Ayah penatlah dengan kamu ni. Tengok along dengan kakak kamu, ok je. Tak ada cacat cela, time kamu ni banyak kurang dia. Kenapa la kamu jadi anak kami, Adeliah" marah Encik Azmi kepada anaknya. Dia melepaskan keluhan, dimana kedengaran berat di telinga Adeliah.

'Hati Adel lagi sakit yah', desis Adeliah dalam hati.

Air mata mengalir perlahan di pipi, Adeliah pantas menyeka kerana takut ayahnya perasan. Beginilah dia dilayan dari kecil hingga ke besar. Asyik dibandingkan saja.

Sebanyak manapun dia mencuba, akan kelihatan gagal juga di mata kedua ibu bapanya, sebab itu dia malas berusaha lebih lebih. Tapi kalini, tekad untuk dia lulus kerana mahu berjaya, dan keluar dari sarangnya.

*************************************
" Ha dah balik dah? Kemain lama, budakni keluar lambat lagi ke bang? " Tanya ibunya, Puan Rafiah ke Encik Azmi, ayahnya.

"Hm, tahu tahu jelah, budak ni. Apa je yang bertuah tentang dia? Semua sebab dia. " Kata Encik Azmi sambil memandang sekilas anaknya.

Adeliah pula hanya memandang ke bawah tanpa berkata apa apa, lalu masuk ke dalam rumah.

Dia tidak keluar lambat pun, tapi ayahnya yang sengaja melambatkan bawa kereta kerana ingin memarahinya cukup cukup di dalam kereta tadi. Tapi malas untuk dia bersuara kerana ini bukanlah kali pertama. Biarlah dia seorang saja yang tahu.

"Oi, Liah. Kau pinjam barang aku haritu, kau letak mana?!" tanya Khairul, abang sulungnya ke Adeliah.

"B..b..barang apa, bang? Mana ada Liah ambil barang abang. " ujar Adeliah gagap.

"Menjawab! Menjawab!"

Pang!!

Satu layangan tangan Khairul melekap di pipi Adeliah.

"Lain kali orang tanya tu jawab, bukan tanya aku balik. Tu makanan kau!" Katanya lalu masuk ke bilik.

"Ya Allah, kenapa ni? Kamu buat apa Liah sampai abang kamu marah tu?"

"Dia tuduh Liah ambil barang dia, ma. Liah tak ambil pun, sumpah!" Kata Adeliah. Setahu dia, dia tak berani nak meminjam barang adik beradiknya. Takut takut kalau hilang sebab dia pelupa.

"Barang apa? Ni ke?" Syasya, kakak kepada Adeliah, keluar dari bilik dan menunjukkan barang tersebut.

"Kau ke ambil? Bodoh, kau tahu tak aku yang kena tadi? Kenapa kau tak cakap awal awal hah?!" Marah Adeliah sambil menarik rambut Syasya lalu merentapnya dengan kuat. Tiba tiba kedengaran suara keras Encik Azmi datang menyapa.

"Syasya!!! Adeliah!!! Kamu ni kenapa?! Bergaduh macam orang tak betul. Apa masalah kamu, Liah?" Tanya Encik Azmi dengan pandangan yang tajam.

"Kakak ni yah, tadi abang tanya Liah pasal barang dia, bila adik tanya pasal barang apa, dia tampar adik, adik yang kena! Padahal kakak yang ambik barang dia!" Luah Adeliah.

Dia dahla penat layan Nafeesa kat sekolah tadi, sekarang benda ni pulak. Kemain sakit lagi penampar sulung abang dia tu.

"Eleh, baru umur 17 dah kuat mengadu" ejek Syasya.

"Syasya, sudah! Kamu pun sama aje. Dah , kamu semua, ayah rampas telefon!"

Aduh, masaklah dia. Kalau nak rampas, rampas jelah kakak dia sorang. Habis dia kena pukul dengan abang dia nanti. Baran abangnya tu bukan mudah nak tenangkan.

Syasya melihat Adeliah dengan isyarat,
'siap kau nanti'.

Adeliah hanya menunduk.

EMOSI✓ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora