Prolog

34.3K 2K 186
                                    

Sebelum anda memulakan bacaan,

sekali lagi saya ingin ingatkan bahawa setiap watak yang terdapat di dalam cerita ini merupakan NON MUSLIM melainkan saya sendiri menyatakan sebaliknya.

Terima kasih


"WHO'S the traitor?" tanya Seth. Dia memandang satu-persatu wajah lapan orang lelaki bersut hitam dihadapannya itu. Matanya menikam tajam anak mata lelaki-lelaki tersebut, bagaikan harimau yang sudah bersedia untuk membaham mangsanya.

Isaac disebelahnya juga turut menikus.

Kejadian semalam, dimana kilang besar milik keluarga Salvatore disambar api yang marak. Kerugian usah dikata, hampir mencecah berjuta-juta dollar.

Kesihatan Marco yang tidak berapa baik itu menjadi semakin merosot apabila berita itu diterima.

Bagi Seth, Marco tidak ubah seperti ayah kepadanya. Di saat dia masih kecil dan terkontang-kanting menyara kehidupannya, Marco dan anaknya, Black Salvatore yang menghulurkan bantuan.

Sehingga sekarang, Black dan dia tidak ubah seperti adik beradik. Tidak lupa juga Isaac.

Apa yang membezakan hanyalah kisah hidup mereka. Seth merupakan anak yatim, kehilangan ibu di waktu dia masih memerlukan kasih sayang ibunya.

Isaac Ashton, rakannya itu pula merupakan anak kenalan Marco Salvatore. Sehingga sekarang, mereka berkawan dan rapat.

Hanz Martin pula, mereka berempat mula berkawan ketika sama-sama menginjak ke umur belasan tahun. Keluarga Hanz lah yang menjadi peguam kepada keluarga Salvatore dan bermula daripada situ, persahabatan mula terbina.

Black, Seth, Isaac dan Hanz.

Everyone knows them.

They're out of everyone's league.

"Fine." Seth terus keluarkan sebuah revolver daripada belakangnya kemudian revolver itu dihala ke arah satu persatu lelaki yang berada dihadapan.

"Who's the traitor?" tanya Seth sekali lagi dengan nada yang semakin dingin. Matanya masih menikam tajam satu persatu lelaki yang berada dihadapannya itu.

Diam.

Langsung tiada jawapan. Masing-masing masih tidak mahu mengaku. Si pembelot masih bersembunyi di sebalik nama, namun dia silap.

Seth sudah tahu terlebih dahulu siapa yang mengkhianati keluarga Salvatore.

Bang!

Sedas tembakan dilepaskan oleh Seth tepat pada kepala salah-seorang lelaki yang berdiri itu.

Isaac sudah membulatkan mata. Bukan terkejut dengan tindakkan Seth tetapi terkejut melihat lelaki yang sudah terbaring dengan darah yang membuak-buak keluar itu.

Dia ialah Paolo.

Orang kepercayaan Marco, orang yang telah lama bekerja dengan keluarga Salvatore.

Bermaksud, Paolo ialah pembelot yang dimaksudkan kerana Seth tidak teragak-agak untuk membunuh lelaki itu.

"This is what happened if you betrayed Marco. I can construct you to death if I want to. You don't play with the King unless you want a bullet stuck inside your head."





MARCO SALVATORE memandang Seth dihadapannya itu dengan tajam. Anak matanya berlaga dengan anak mata dingin milik Seth King untuk meminta penjelasan berdasarkan apa yang dia dengar sebentar tadi.

His Clarity : The Cursed HeiressWhere stories live. Discover now