Capitolo 4

218 20 7
                                    

TENGKU Daariya masuk ke dalam rumahnya lalu dia berehat sebentar disofa ruang tamu yang terdapat di dalam rumah agamnya itu untuk hilangkan rasa penat berlawan sebentar tadi. Sedang dia berehat, dia ada terfikir untuk pergi ke France dalam masa yang terdekat.

Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya lalu nama Tengku Dafi didail. Setelah panggilan telefon darinya di sambut oleh Tengku Dafi, dia terus memaklumkan apa yang ingin diberitahu.

"Nara nak bagitahu yang Nara tak pergi sekolah 3 minggu. Kerja kursus sejarah yang uncle minta...Nara dah pass dekat Layla. Nanti, dia kasi kat uncle. Nota dengan latihan nanti Nara minta tolong kawan ambilkan.

Setelah Tengku Daariya memaklumkan hal tersebut kepada Tengku Dafi, dia terus mematikan panggilan setelah mendengar balasan dari Tengku Dafi. Tergeleng kepala Tengku Dafi dengan sikap selamba Tengku Daariya yang terus menamatkan panggilan setelah mendapat persetujuan dari Tengku Dafi.

Tengku Daariya memanggil ke semua anak buah kepercayaannya iaitu Achlys, Charles dan Zayyan Ammar. Setelah beberapa minit, kelibat mereka bertiga telah muncul dihadapannya. Mereka melabuhkan punggung berhadapan dengan Tengku Daariya. Tengku Daariya terus mengutarakan hasratnya untuk ke French pada malam nanti.

Tengku Daariya pergi ke sana atas urusan lain bukan saja-saja. Dia perlu selesaikan urusan bersama Ray Almond iaitu musuh abadinya. Ray Almond merupakan si jejaka yang ingin merampas kuasa milik Tengku Daariya dan Aslan Dewigh.

"Kau sekolah kan? Nanti kalau atok kau tahu...kau tak pergi sekolah macam mana? Tengku Dafi mesti bagi tahu atok yang kau tak pergi sekolah." Achlys mencelah perbualan Tengku Daaria.

Tengku Daariya hanya mengeluh. Dia mengatur strategi untuk menumpaskan musuh tetapi Achlys mencelah dengan menanyakan hal sekolah.

"Aku tak bagitahu pun yang aku nak ke French. Diorang tak akan tahu aku pergi ke French atas sebab apa. Melainkan, ada yang di antara korang buka mulut fasal ni. Aku nak selesaikan hal ni dengan lebih awal." Tengku Daariya berkata dengan tegas. Dia tidak mahu melibatkan nyawa ahli keluarganya yang lain. Biarlah dia sahaja yang menanggung.

"Masa berlalu dengan pantas. Aku sakit Am. Mummy and daddy pun tak tahu semua ni. Same with the rest of my family. People don't even know I'm sick," ujar Tengku Daariya dengan nada yang biasa.

Apa yang dikatakan oleh Tengku Daariya buatkan mereka bertiga terdiam dan terbungkam. Mulut mereka bagaikan dikunci tanpa suara boleh dikeluarkan. Mereka pasti, sisi lama seorang Tengku Daariya sudah kembali. Sisi yang selama ini hanya mereka tahu. Hanya mereka sedar. Hanya mereka yang hadap sejak kes 2 tahun yang lalu.

"Aku nak pergi French malam ni juga. Sediakan PJ." Arahan dikeluarkan oleh Tengku Daariya.

Achlys terus mengeluarkan telefon pintarnya setelah mendengar arahan. Dia menghubungi pilot yang bertugas pada malam itu dan memberitahu yang Tengku Daariya ingin pergi ke French pada malam itu dan minta ke semua anak kapal bersedia.

Setelah itu, Tengku Daariya terus pergi tinggalkan mereka di ruang tamu. Tengku Daariya yang ingin memanjat anak tangga sempat memandang ke arah sebuah frame gambar kembarnya. Dia tenung gambar kembarnya itu sebelum berkata... "Apa perasaan kau bila tahu aku sakit, Reena?" ujar Tengku Daariya sendiri.

***

SEPERTI yang diberitahu oleh Tengku Daariya mereka akan berlepas ke French pada malam itu. Mereka telah tiba di KLIA. Tengku Daariya bersama tiga orang kanannya mengatur langkah masuk ke dalam ruangan penerbangan itu.

Mereka mengambil satu laluan khas untuk menaiki private jet. Tetapi, laluan itu telah dihalang oleh beberapa orang sepupu Tengku Daariya. Mereka bukanlah sepupu rapat Tengku Daariya.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now