capitolo 7

150 15 8
                                    

TENGKU Daariya terjaga bila iPhone 13 pro maxnya berbunyi. Dia terus bangun untuk mandi sebelum subuh masuk. Tengku Daariya ambil Al-Quran untuk di baca sebelum azan subuh berkumandang. Dia mengeluh seketika kerana malam ini ialah malam majlis hari lahir dia serta Tengku Dareena.

Setelah Azan subuh berkumandang, Tengku Daariya terus saja menunaikan solat. Hari nie dia terpaksa pergi awal sekolah. Cikgu Rozliana telah mesej Tengku Daariya mengatakan bahawa hari ni ada perjumpaan pengawas.

Semua pengawas sudah ada di bilik mesyuarat. Kedatangan Tengku Dafi buatkan semua pengawas pelik. Mereka tahu juga ada hal mustahak sahaja pengetua mereka turun padang.

"Seperti kamu semua tahu, setiap 3 julai mesti sekolah akan terima jemputan dari keluarga besar saya. Jadi saya nak semua di jemput hadir."

Semua pengawas mengangguk setelah Tengku Dafi siap sampaikan pesanan ringkas dari Tengku Daiyan. Tengku Dafi mengeluh bila melihat wajah anak saudaranya. Hatinya mengatakan yang mereka semua akan kehilangan Tengku Daariya pada malam itu.

"Inara, jumpa saya dalam pejabat sekarang."
Tengku Daariya mengeluh lagi, namun  diturutkan juga permintaan Tengku Dafi. Setelah dapat kebenaran masuk, Tengku Daariya disuruh duduk.

"Do you plan something?" Tengku Daariya geleng kepala supaya mereka tidak syak apa-apa pelan yang dia buat dengan anak buahnya.

"Kamu boleh pergi kelas." Tengku Daariya terus saja bangun dan masuk kelas. Layla terus beri nota sejarah untuk Tengku Daariya salin.

"Okay hari nie saya nak umumkan markah kerja kursus sejarah." Tengku Daariya tidur kerana dia penat balik dari majlis semalam. Cikgu Nany terus menyebut nama Tengku Daariya kerana gadis itu dapat markah tinggi sekali.

Tengku Daariya bangun setelah bunyi loceng rehat. Seperti biasa, Kyda akan beli makanan manakala Tengku Daariya dan Layla cari tempat.

Tengku Daariya bangun setelah Tengku Hazal duduk dengan mereka. Dia mula berang bila  Tengku Daariya memalau dia dan sepupunya yang lain.

"Sampai bila kau nak abaikan ahli kumpulan kau!" Tengku Daariya tergelak kerana mereka sudah lupa siapa ketua Dark Rose. Layla turut gelak. Tengku Hazal terkejut tatkala mendengar gelak tawa gadis tu. Tengku Daariya berjalan ke arah Tengku Hazal.

"Kau lupa je ketua Dark Rose adalah Tengku Nur Dareena Inaaya. Aku bukan ketua Dark Rose lagi."

Tengku Daariya terus berlalu pergi tanpa sempat makan. Layla merengus kerana mereka telah buat mood Tengku Daariya tak baik.

"Kau sendiri yang nak Dareena ketuai Dark Rose. Kenapa kau cakap macam Nara tu ketua kumpulan tu. Untuk pengetahuan kau, Nara dah keluar dari kumpulan Dark Rose."

Terkejut mereka berempat apabila mendapati Tengku Daariya bukan ahli kumpulan mereka lagi.

"Layla, s'il vous plaît, dites-leur que j'ai dans la classe. Je pense que l'envie de manger à la cantine a disparu parce que ce sont des gens.(Layla, tolong beritahu mereka berdua yang aku ada di dalam kelas.aku rasa mood nak makan kat kantin dah hilang sebab dia orang )

Layla angguk faham ketuanya menutur dalam Bahasa french. Tengku Ziya terdiam bila melihat Tengku Daariya pergi tanpa pandang mereka.

************

"MANA Nara?" Layla mengeluh apabila teringat kejadian tadi. Dia perlu membawa kawan-kawannya masuk kelas.

"Nara ada dalam kelas. Baik cepat karang gastrik kawan kita tu."

Mereka berlari anak ke kelas. Seperti yang mereka jangka. Tengku Daariya sudah pucat kerana tidak makan dari pagi tadi. Cikgu yang masuk pelik melihat muka pucat Tengku Daariya dan terus ke arah meja gadis itu.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now