Capitolo 17(sedang edit)

72 6 2
                                    

TENGKU Daariya mengeluh. dia sudah berjanji tidak akan jejak kaki ke Malaysia selagi umurnya belum masuk 24 tahun. Charles datang ke pejabatnya untuk memberitahu bahawa penerbangan mereka  pada pukul 7.00malam.

"Charles... Aku tak nak ikut kau dan yang lain ke majlis itu. Maafkan aku sebab mungkiri janji untuk balik. Kau dengan dorang jadi wakil aku di majlis itu.Aku tak berhak ada dalam majlis itu. Jadi tolong jangan paksa aku untuk pergi majlis itu."

Charles mengeluh mendengar kata-kata Tengku Daariya sebentar tadi. Dia memandang wajah Tengku Daariya untuk kepastian. Air muka  Tengku Daariya jelas serius menandakan dia memang tidak akan pulang ke Malaysia.

"Baiklah. Kalau tu yang kau mahukan, aku dan yang lain akan jadi wakil kau. Patutlah Cyra pun dua kali lima dengan kau. Jadi kau berdua memang tidak ikut. Aku faham."

Tengku Daariya hanya tersenyum. Charles keluar dari pejabat Tengku Daariya. Kelibat Achyls kelihatan. Achyls tahu jika jejaka itu keluar menandakan keputusan ketua mereka untuk tidak pulang itu benar. Mereka terpaksa akur dengan permintaan Tengku Daariya sendiri. Kini mereka bertolak pulang ke rumah untuk bersiap.

********

MICHAEL selaku juruterbang sudah menunggu mereka semua. Dia perasaan kelibat Tengku Daariya dan Cyra berpakaian pejabat. Ini pertama kali mereka semua melihat Tengku Daariya berpakaian pejabat dan bertopeng muka untuk lindung wajahnya.

"Make sure they arrive in Malaysia safely. If my grandfather's men ask about me and Cyra. You said that we have something that cannot be avoided. I want you to be a bodyguard for them. Understood."

"Yes boss."

Tengku Daariya dan Cyra hanya melihat kapal terbang itu bertolak. Mereka berdua ke tempat yang mereka mahu lepak. Starbuck menjadi destinasi mereka untuk melepak. Telefon Cyra Hadeeqa berdering menandakan ada orang hubunginya.

Wajah Puan Hasya buatkan Cyra tersenyum. Dia tahu wanita itu merinduinya tapi kerana tidak mahu tinggal Tengku Daariya sendirian serta tidak mahu bertemu dengan bekas kekasihnya itu.

"Cyra tak balik ke Malaysia ke? Umi rindu anak umi. Babah pun rindu kamu. Si Haykal sibuk suruh kami tanya kamu dan Nara balik bila. Tak kesian ke kami ke?"

Cyra hanya beri senyuman sahaja. Dia tidak sangka soalan itu keluar dari mulut uminya. Cyra mengeluh bila melihat wajah si umi basah. Sebelah wanita itu ada jejaka tua serta seorang lelaki yang dia kenal.

"Cyra rindu umi,babah dan adik tapi Cyra tak sanggup bertemu dengan dia. Umi fahamkan. Hati Cyra masih terluka. Kejadian itu buatkan Cyra takut nak bercinta dengan orang lain. Memang dalam hati nie masih ada nama dia. Tapi Cyra perlukan masa untuk terima semula dirinya umi."

Puan Hasya tidak sangka pertanyaan itu buatkan anaknya kembali sedih. Tuan Calvin bersuara untuk memujuk anak sulungnya itu.

"Babah,umi dan adik sokong apa sahaja yang kakak lakukan cuma kalau boleh jangan lama sangat. Babah dan umi nak timang cucu juga. Nak suruh si Hay nie mahu banyak alasan."

Cyra tergelak bila si adiknya diperli oleh Tuan Calvin. Suara Haykal marah Tuan Calvin bergema. Puan Hasya memandang wajah dingin kawan anaknya. Ternyata gadis itu sudah dewasa. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada hari kemalangan itu.

"Inaara sihat." Soalan tu buatkan Tengku Daariya senyum. Puan Hasya hanya angguk. Hanya orang tertentu sahaja boleh melihat senyuman itu.

"Sihat umi. Insyaallah nanti Inaara pujuk Cyra untuk pulang bertemu umi dan yang lain. Cuma beri masa sikit untuk dia kuatkan semula dirinya okay. Jangan risau kami okay sahaja disini. Jika umi, babah dan Haykal pergi majlis itu tolong maklumkan pada mereka yang Nara maafkan mereka tapi untuk jadi seperti dulu tidak dapat. Maafkan Inaara kerana kecewakan mereka."

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Nov 27, 2023 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang