31 | 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧

169 33 3
                                    


ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

Bulan penuh memenuhi cahaya
malam, sinar malam yang indah membuatkan sesetengah orang menikmati kopi di malam hari.

Tapi..

Tidak pada gadis muda bernama Keysha Humaira.

Tangisan pilunya memenuhi segenap ruang bilik yang sempit itu. Menjadi anak pertama bukan sesuatu yang dipinta olehnya.

Sesuatu yang sedang memanjat tingkapnya membuat gadis itu tidak keruan.

Belum sempat dia berlari keluar, pinggang rampingnya terlebih dahulu ditarik ke dalam pelukan seseorang.

Gadis itu meronta ronta dilepaskan. Mukanya yang tadi comot akibat tangisnya kini semakin comot.

"Kau meronta ronta lagi, mati kau dalam tangan aku." Gadis itu terus berhenti meronta, namun dia tidak berjaya menahan senggukannya.

"Kau dah ikut apa yang aku suruh hari tu?" Keysha mengangguk, kenapa lelaki ini mengacaunya lagi?

"Kau rasa, kenapa aku kacau kau?" Mata pisau yang tajam dilayangkan pada leher Keysha. Sengaja.

"A..aku ta..tak t..tahu." Tergagap-gagap Keysha menjawab, takut jika mata pisau itu terbenam dilehernya.

"Kau tak tahu? Kau pasti?" Deruan nafas lelaki itu menampar nampar lehernya.

Tangan lelaki itu merayap dari pinggang perlahan lahan pergi ke bahu mulus milik Keysha.

Meremang.

Itu apa yang Keysha rasakan. Setiap sentuhan lelaki itu membuatkan dia takut.

Adakah malam ini, malam terakhirnya?

"Aku benci setan macam kau ni." Keysha mengetap giginya, geram dengan perilaku lelaki ini. Seolah olah memijak maruahnya.

"Aku tahu, aku pun benci diri aku sendiri." Lelaki itu mengukir senyum sinis. "Tapi.. aku lagi suka orang panggil aku setan." Pelukannya pada badan Keysha diketatkan.

"Khairul! Stop it!" Keysha terus menolak Khai. Ya, Khai adalah lelaki yang kerap mengacau Keysha selepas Keysha lepas dari genggaman Ishraf.

"Gila ke kau?" Keysha hanya mampu meronta ronta.

"Haah! Memang aku gila!" Suara Khai naik seoktaf. Pelukannya pada Keysha semakin diperketatkan. tidak mahu melepaskan.

Namun berdua hanya kekal dalam posisi begitu, berpelukan. Keysha sudah tidak mampu meronta ronta lagi.

Khai meletakkan mukanya pada ceruk leher Keysha. Nafas hangat milik lelaki itu membuatkan Keysha meremang.

Mereka berdua terdiam, hanya sunyi malam menemani. Beberapa minit kemudian, terdengar esakan seseorang.

"Aku.. tak kuat.."

"Kenapa tuhan tak adil?"

Persoalan itu membuatkan Keysha tersentak. Siapa dia yang ingin mempersoalkan takdir Allah?

Hanya hamba yang hina.

"Aku nak semua orang duduk dengan aku.. kenal aku dengan lebih rapat.. kawan dengan aku.."

Pelukan Khai perlahan lahan terlepas, sebelum Khai terduduk pada penjuru tilam milik Keysha.

Keysha yang terus mencari peluang untuk melepaskan diri, dia tahu mesti ada juga caranya.

Keysha perlahan lahan berjalan menuju ke pintu biliknya, dia cuba untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi.

"Kau.."

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now