18 | 𝐦𝐨𝐦?

217 121 2
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

mom?

Pada tengah hari itu, Alessia dan keluarganya berkumpul di meja makan untuk bersarapan bersama sejak sekian lama tidak duduk semeja.

Keadaan di meja makan itu sunyi, hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu yang menyentuh pinggan sahaja.

Alessia yang sedang makan terhenti. "Ayah.. bukan ke ayah kata last ayah nampak ibu sebelum Alessia pergi kem tu kan?"

Encik Yusri mengangguk. Andrei disitu mengerutkan dahinya. "Betina tu pergi mana pula?" Encik Yusri yang mendengar pertanyaan Andrei terus menegurnya.

"Andrei, your language please." Andrei tersengih sebelum meminta maaf. 'Alah, ayah ni. Sayang sangat dekat perempuan tu.' monolog Andrei sendirian, nak saja dia menggulingkan mata di situ namun nanti diorang kata Andrei tidak waras pula.

"Yup, betul. Ayah last nampak ibu kamu lepas ibu marah Alessia tu. Lepastu ayah terus dah tak nampak." Alessia dan Andrei mengangguk memahami.

"Ayah dah try call telefon ibu? Kotlah silent lepastu dia lupa ke?" Andrei bertanya. Walaupun benci, dia masih lagi bimbang dengan kehilangan maknya.

Encik Yusri mengangguk. "Ada, ayah ada call tapi telefon tu mati." Alessia nampak raut muka ayahnya sedih, dah dekat seminggu ayah kata ibu tak balik.

"Kitorang akan cuba buat report polis, ayah jangan risau eh?" Andrei bangun lalu memeluk ayahnya. Alessia yang ada disitu menjadi sebak.

Walaupun hubungan mereka semua hampir renggang, mereka sedaya upaya untuk cuba perbaikinya sebaik yang mungkin.

Telefon Encik Yusri yang tiba tiba berbunyi membuat Alessia dan Andrei memandang Encik Yusri dan telefon bimbitnya yang sedang berbunyi.

Andrei melepaskan pelukannya sebelum Encik Yusri bergerak mengambil telefon miliknya.

Tindakan Encik Yusri yang tiba-tiba memandang kami semua membuatkan kami mula rasa curiga.

Encik Yusri menggerakkan mulutnya. "Ibu?" Alessia berkata. Encik Yusri mengangguk. "Angkatlah." Andrei pula berkata.

Andrei dan Alessia memandang Encik Yusri yang sedang mengangkat telefonnya. "Assalamualaikum, ibu. Ibu ada mana ni?" Encik Yusri memandang ke arah mereka berdua sekali lagi.

Andrei menyuruh Encik Yusri untuk memasang speaker agar kami semua boleh mendengarnya.

"W.. waalaikumussa.." Kata kata Puan Amanda terus terpotong dan diganti oleh suara garau.

"Hm, hai. Apa khabar?" Mereka yang di ruangan tersebut tersentak. Siapa lelaki ni? Dia yang culik ibu ke?

Mereka memandang Encik Yusri. Menyuruh  menjawabnya. "Si..sihat." Encik Yusri menjawab tapi suara ayah tersekat sekat mungkin sebab takut Puan Amanda diapa apakan.

"Sihat? Baguslah. Cuma Cassandra ada dekat sana kan?" Encik Yusri dan Andrei memandang Alessia. Alessia dengan muka blur memandang mereka berdua kembali. Asal panggil guna third name miliknya?

Encik Yusri menghulurkan telefon miliknya kepada Alessia. "Hello?" Alessia berkata. Kalau dia apa apakan ibu, memang aku bunuh dia.

Lelaki itu tertawa sinis. Alessia mendengar ibu menjerit disebalik tawanya. "Kau apakan ibu ha? Kalau jadi apa apa dekat ibu, memang aku bunuh kau!" Alessia menjerit ke telefon.

Hanya kedengaran tawa sinis yang dilemparkan oleh sang pemanggil.

"Hm, kau ingat aku takut ke dengan ugutan tak seberapa kau tu?" Alessia mengenggam tangannya. "Sial kau!" Mahu saja Alessia mencampak telefon itu, memandangkan telefon itu milik Encik Yusri. Alessia terus batalkan hasratnya.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now