25 | 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲

134 63 3
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

Beberapa hari sudah Alessia menetap di sini, dia dilayan agak kasar sebenarnya oleh Ishraf.

Dia tak kisah jika lelaki itu langsung tidak mengganggu keluarganya lagi.

Pada pagi itu, Alessia bangun agak awal untuk menyediakan sarapan. Keadaan yang sunyi dan sepi itu amat memudahkannya untuk membuat kerja.

Dan ketenangannya terganggu, apabila Ishraf turun.

Ishraf terpaku melihat banyak makanan yang terhidang diatas meja. "Mana kakak?"

Hampir termeloncat Alessia mendengar teguran dari Ishraf.

"Tak tahu.. dia tak bangun lagi rasanya." Alessia menjawab, suaranya kedengaran serak. Sakit tekak.

Ishraf terdengar Alessia yang sedang meringis sakit. Dia terus berjalan kearah Alessia untuk melihat apa yang berlaku.

Tindakan Ishraf membuatkan Alessia terkejut, dapat dilihat banyak darah yang mengalir dari jari Alessia. Ishraf menyuruh Alessia untuk duduk di lantai.

Kemudian, Ishraf terus mengambil kotak kecemasan yang berada di atas kabinet dapur. Tak lupa juga, air dia letakkan ke dalam besen kecil untuk mencuci luka Alessia.

Selesai sahaja Ishraf mengambil barang barang tersebut, dia terus bersila di hadapan Alessia.

"Sini." Ishraf cuba menarik tangan Alessia, namun Alessia menegahnya. menggeleng kecil. "T..tak apa, aku boleh buat sendiri.." dan Alessia terus memasukkan jarinya yang terluka ke dalam besen yang mengandungi air tersebut.

Ishraf melihat dia menekan nekan luka tersebut sehingga air telahpun bertukar warna kemerah merahan.

Ishraf hulurkan sehelai kain kecil, agar Alessia dapat mengelap kesan kesan darah yang masih ada pada luka tersebut.

Alessia keluarkan botol antiseptik dari kotak kecemasan dan menuangkan cecair tersebut di atas kapas. Alessia terus menekap kapas tersebut keatas lukanya dan dia meringis sakit.

Ishraf yang melihat sahaja sudah menutup matanya, mungkin dia dapat rasakan apa yang Alessia sedang rasai.

Selesai sahaja, Alessia mengambil pula iodin. Dengan cara yang sama, dia menekapkan kapas yang dituangkan iodin tersebut ke lukanya dan menampal plaster ke luka tersebut supaya tidak dijangkiti kuman.

"Dah siap." Ishraf melihat Alessja yang sedang mengukir senyum kecil.

Alessia bangun dan mencuci besen yang digunakan tadi. Pisau dan papan pemotong yang mengenai darahnya juga di basuh sama.

"Good morning." Ishraf terkejut apabila mendengar suara Aryna. Ishraf melihat Aryna sudah  melabuhkan punggung terlebih dahulu di meja makan.

"Pergilah makan." Alessia menyuruh Ishraf untuk menikmati sarapan terlebih dahulu.

"Kau? Tak nak makan?" Ishraf bertanya.

"Kemu.." tanpa menunggu balasan Alessia, Ishraf terus menarik tangan Alessia untuk makan bersama.

Alessia terkedu apabila lengannya tiba tiba di tarik dengan paksa. Ishraf sudah terlebih dahulu sudah menarik kerusi, memberi isyarat supaya Alessia duduk.

Alessia menggeleng, tidak ada selera untuk makan. "No excuses." Ekspresi wajah Ishraf bertukar dingin. Tidak suka orang yang membantah arahan.

Ishraf mendengar Alessia sedang mengeluh. Nasi goreng yang terhidang dia cedok dan letakkannya ke dalam pinggan.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang