22 | 𝐚𝐫𝐫𝐢𝐯𝐞𝐝

179 88 1
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

Hampir petang juga mereka semua tiba di tempat terbiar ini. Mereka? Ya, Alessia membawa Lee dan rakan rakannya.

Jika mengikut rancangan, sepatutnya mereka semua sudah berada di sini. Tidak, maksudnya di dalam.

Alessia terus teringat waktu ketika mereka berdua ingin pergi ke tempat Lee untuk memanggilnya.

"Weh, kau nak bawa kereta sport kau ni masuk hutan ke siot?" Alessia bertanya kepada Andrei yang sedang fokus memandu.

Andrei mengerutkan dahinya, merasa pelik dengan soalan milik adiknya tersebut. "Kau ni. Agak agaklah nak suruh aku bawa kereta mahal masuk hutan. Calar jap lagi kau nak bayar ke?" Alessia hanya menggeleng laju.

'eleh, orang tanya je. Tak payahlah nak marah.' Alessia menyuarakan rasa tidak puas hati seorang diri. Kalau cakap kuat kuat nanti, tak pasal pasal dia kena tinggal dekat tengah jalan besar ni.

"Ha, mengutuk akulah tu." Terkejut Alessia apabila mendengar sergahan Amdrei. Alessia hanya menjeling Andrei sebelum memandang ke arah tingkap kereta.

Namun tanpa Alessia sedar, rasa mengantuk mengulit diri dan dirinya telahpun terlena.

Alessia terjaga apabila seseorang menepuk nepuk dan mencubit pipinya. Alessia yang telahpun terjaga berdesis sakit.

"Apa kau ni. Sakit tahu tak?" Alessia mengosok gosok pipi yang dicubit sebentar tadi.

Andrei hanya tersenyum puas, puas dapat mengusik adiknya.

"Dahlah, jom turun." Andrei terus berlalu meninggalkan Alessia sendirian di dalam kereta.

Rumah banglo itu nampak amat mewah, Alessia mengeluarkan telefon pintarnya dan menangkap gambar rumah tersebut.

"Eh, kau buat apa dekat luar ni?" Hampir sahaja Alessia termelatah dekat situ. Alessia terus menggosok dadanya.

Alessia memandang tepat kepada insan yang menegurnya sebentar tadi. "Ah, kau. Asal kau ada dekat luar?"

Lelaki itu melepaskan tawa perlahan, dia menggeleng dan mengangkat beg plastik yang berada di tangannya.

Alessia mengangguk tanda mengerti, "Kau tak nak masuk ke, Alessia?" Lelaki itu membuka kasutnya dan meletakkan pada tempat kasut yang disediakan di situ.

"Aku nak masuklah ni, saja je tadi aku tangkap gambar rumah kau. Cantik." Alessia berjalan mendekati lelaki itu dan membuka kasutnya.

Alessis melihat Lee yang sedang mengukir senyum, "Cantik eh? Nanti aku buat rumah kita berdua pun macam ni." Lee terus masuk kedalam rumahnya selepas memberi salam.

Alessia yang sedang berada di luar itu terkedu, dia baru bagi hint ke tadi? Alessia hanya mengabaikan andaiannya sebentar tadi. Mungkin dia bergurau kan?

Alessia terus melangkah masuk dan mencari dimana keberadaan Andrei. Alessia melihat Andrei sedang berada di dapur menemani Lee yang sedang membuat minuman.

"Tak payah susah susah, Lee. Kitorang bukan minum pun." Alessia memberitahu kepada Lee.

Andrei terus memandang Alessia tajam, Alessia hanya mengangkat keningnya. 'apa? Aku cakap benda betul tau.' Monolog Alessia sendiri.

Alessia terus melabuhkan punggung di sofa yang berada di ruang tamu tersebut.

Tak sampai beberapa minit kemudian, rakan rakan Lee mula berkumpul dan Lee ketika itu terus menghidangkan air kepada mereka semua.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now