2 | 𝐚𝐧𝐧𝐨𝐮𝐧𝐜𝐞

597 251 17
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

𝐚𝐧𝐧𝐨𝐮𝐧𝐜𝐞

Sampai sahaja di rumah, sebuah tamparan dilayangkan kepada Alessia. Alessia terpempam.

"Kalau bukan disebabkan kau, aku takkan merana macam ni kau tahu tak!" Alessia di herdik oleh ibunya, Puan Amanda.

Broken home.

Inilah apa yang Alessia sedang alami kini. Ibu dan bapa Alessia sering bertengkar hebat dan terdapat satu fakta yang Alessia baru mengetahuinya ialah Encik Yusri mempunyai wanita lain di belakang ibunya sendiri.

Puan Amanda terus menerus menundingkan jari kepada Alessia kerana tidak menghalang perkahwinan ayahnya dan tak kisahlah walau bagaimanapun, Alessia terus melakukan kebaikan, perkara yang buruk jugalah yang akan di petik oleh ibunya terlebih dahulu.

Alessia berjalan memasuki bilik, jeritan dan bait bait pergaduhan ibu dan ayah terus kedengaran. Kemudian, Alessia terus menutup rapat pintu biliknya sebelum menghempaskan badan ke atas tilam yang empuk itu.

'Apa salahku, ya Allah? Aku cuba, aku telah cuba untuk menjadi kuat tetapi diri ini tidak mampu. Tidak mampu untuk bertahan dengan ujianMu.'

Alessia cuba untuk memperlahankan esak tangisnya agar tidak kedengaran hingga ke aras bawah. Tanpa Alessia sedar, dia sudahpun terlelap.

Maka tengah malam pun menjelma. Kini Alessia hanya merenung ke luar jendela yang dipenuhi bintang dan juga bulan. Cahaya bulan menembusi tingkap biliknya.

Tangan Alessia terus ligat menari di atas kertas lukisan dan akhirnya, siaplah sebuah lukisan pemandangan alam ciptaanNya.

Hanya pemandangan sebuah bandar yang dipenuhi cahaya sahaja memenuhi ruang kertas lukisan itu.

Melukis merupakan salah satu daripada hobi Alessia untuk menghilangkan bosan. Selain dari itu, menulis juga merupakan hobinya, namun dia hanya menulis puisi sahaja untuk setakat ini.

Fikiran Alessia menerawang tentang tindakannya terhadap Ishraf petang tadi. Adakah lelaki itu sedang marah atau tindakannya terlalu melampau?

Tangan Alessia terus mencapai earphone miliknya yang terletak di laci mejanya dan dia terus menekan salah satu playlist yang tersedia. Alessia hanya merenung ke arah dada langit sambil tersenyum memikirkan tentang 'si dia' yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran dan memilih untuk menjadi pakar bedah.

Perhatian Alessia teralih kepada telefon bimbitnya yang sedang menjerit minta di angkat, skrin telefon pintar itu menyala dan memancarkam nombor yang tidak Alessia kenali.

Alessia tidak mengendahkan panggilan tersebut, namun ianya secara terus menerus menelefon Alessia dan pemanggil itu berjaya membuat Alessia menjawab panggilannya.

"Hello, siapa ini?" Tanya Alessia kepada si pemanggil. Talian di seberang sana hanya diam seribu bahasa, Alessia hanya mendengar deruan nafas sahaja yang menemaninya.

Alessia bertanyakan sekali lagi dan pertanyaannya di jawab dengan suara seorang lelaki yang agak serak seperti baru bangun dari tidur. "Goodnight, milady."

Kemudian, si pemanggil terus memutuskan panggilan. Apa guna dia membuat panggilan ini? Dia hanya mengganggu dan membuatkan rasa ingin tahu itu membuak buak sahaja dalam diri Alessia.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now