7 | 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭

397 183 1
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭

Mata cuba dikelipkan, hampir sahaja Alessia ingin mengangkat tangan, tapi disebabkan dia teringat ada orang di sebelahnya. Niat sebentar tadi terus dibatalkan.

Alessia melirik ke arah tingkap. 'ah hujan rupanya, patutlah semua orang merekot kesejukkan.' monolog Alessia sendirian.

Wap air yang terbentuk pada tingkap Alessia main, pelbagai bentuk dibuat bermula dari bentuk hati dan pelbagai lagi.

Namun Alessia mula terfikir untuk tulis sesuatu yang mungkin agak bermakna untuk dirinya dan juga kekasih hati. Tangan digerakkan menulis namanya dan sang kekasih. Oh, tak lupa juga bentuk hati yang kecil antara nama mereka berdua.

Alessia menepuk tangan apabila merasa puas melihat hasil seni yang di hasilkan. Telefon Alessia keluarkan dan gambar diambil. Dia lihat hasil fotonya, amat cantik.

𝐀𝐥𝐞𝐬𝐬𝐢𝐚 𝐍𝐮𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚

𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡

Ketika Alessia ingin menangkap gambar buat kali kedua, ada tangan yang sudah memadamnya. Alessia berdecit geram, terus memandang sang pelaku.

"Apa? Aku tak buat apa-apa pun." Ishraf mula membela dirinya.

Alessia hanya mampu berdecit kesal. Nak ditumbuknya anak orang ni tak boleh, karang tak pasal-pasal kena saman nanti.

"Dahlah, malas aku nak cari pasal dengan kau." Alessia terus menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

Cik Hanis yang tiba tiba berdiri menarik perhatian kami semua, dia memberitahu kami bahawa destinasi yang dituju sudah hampir tiba.

Semua orang mula bangun dan kemas tempat yang mereka duduk, tidak mahu meninggalkan sebarang sampah dan kotoran.

Ketika Alessia sedang fokus mengemas tempat duduknya, Ishraf menepuk bahu Alessia perlahan, sangat perlahan hampir sahaja dia tidak dapat merasai sentuhan itu.

"Kau nak apa?" Alessia bertanya, dia sebenarnya agak malas nak melayan lelaki itu, sebab dia padamkan tulisan tadi.

"Kau tahu tak apa beza kau dengan dadah?" Ishraf melontarkan soalan yang agak bodoh mungkin, bagi akulah. Ke dia nak bagi pickupline?

"Hmm, entah. Malas aku nak fikir." Alessia hanya menjawab dengan sambil lewa.

Ishraf mula mendekatkan tubuhnya dengan Alessia. Tangan kanannya diletakkan di sebelah Alessia, jadi tindakkan lelaki ini membuatkan dia  tersepit di antara belakang kerusi di hadapan dengan tangan dia.

"Woi. Kau nak buat apa ni ha? Tepilah!" Alessia mula menolak Ishraf, namun tak berkesan. Tenaga perempuan memang berbeza jauh nak dibandingkan dengan lelaki.

Ishraf mendekatkan mukanya dengan Alessia. Namun tanpa Alessia sedar, nafasnya bagaikan tersekat di kerongkong. Suara Ishraf yang agak 'deep' itu membuatkan bulu roma Alessia meremang.

"Kau pasti kau tak tahu?" Ishraf bertanya sekali lagi. Alessia hanya menggeleng laju sebagai jawapan. Tidak selesa berkedudukan begini.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now