BAB 5

234 28 16
                                    

"Sorry aku lambat, Humaira!"

Seorang pengawas lelaki dan dua orang pengawas perempuan dilihat sedang berdiri di pertengahan jarak antara Humaira dan Farhan.

"Kimi! Bawa bertenang!" kata Sarah, seorang pengawas perempuan yang berkaca mata. Dia berasa gerun setelah melihat rakan pengawas lelakinya itu dah mula menumbuk orang.

Anis, pengawas perempuan yang agak pemalu itu terus mencangkung agar dapat mendekati Humaira yang telah pengsan. Rasa simpati telah hadir di dalam hatinya.

"Sorry, Humaira. Kami lambat! Mereka telah memperdayakan kami." katanya dengan nada yang sayu.

Memang benar. Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sahaja semua pengawas berkumpul di dalam sebuah dewan. Mereka sendiri terkejut kerana melihat rakan sepengawas ada beramai-ramai. Sepatutnya mereka perlu menjalankan tugas di tempat yang berlainan. Ini tak pula. Masing-masing berada di tempat yang sama. Apa kes?

Apabila membuat perbincangan, masing-masing memberikan jawapan yang sama iaitu ada kes pergaduhan di dewan itu. Pelik. Siapa pula yang berani mempermainkan pengawas? Ramai pula tu pengawas yang dah kena tipu.

Tanpa banyak fikir dan malas mahu bertengkar sesama sendiri, mereka mengambil keputusan untuk keluar daripada dewan tersebut.

Namun, pintu dewan itu telah terkunci. Terkurung dalam dewan tu. Kena tipu hidup-hidup dengan pelajar bermasalah? Ada di antara mereka yang dah mula menyalahkan sesama sendiri. Pertengkaran kecil telah berlaku. Alina selaku ketua pengawas, menyedari empat orang lagi pengawas tiada bersama mereka.

Mana dia orang pergi?

Humaira pun tak ada!

Ain, Sarah dan Kimi pula berada di padang sekolah. Mereka perlu berhadapan dengan beberapa pelajar bermasalah yang telah disuruh oleh Farhan. Mereka diasingkan kerana kebetulan mereka memang sedang bertugas berhampiran dengan kawasan padang. Jadi, lebih baik bawa mereka terus ke padang kerana jarak dari padang dan dewan agak jauh. Kebetulan ada pelajar gengster yang mahu berjumpa dengan mereka sekejap.

Itulah yang membuatkan mereka lewat untuk ke kantin. Terdetik hati mereka untuk ke kantin pun disebabkan dari jauh, nampak riuh sungguh. Ramai betul pelajar yang berkumpul di situ. Jadi, mestilah ada sesuatu yang sedang berlaku.

Sewaktu menghampiri kantin, terkejut mereka apabila melihat Farhan dan Humaira di sana. Namun, mereka tak sempat untuk menghalang perbuatan Farhan. Tahu-tahu je, Humaira sudah cedera.

Terhenti lamunan Anis setelah bahunya ditepuk lembut oleh Sarah. Pantas dia menoleh memandang wajah rakannya.

"Kau okay, Anis?" kata Sarah. Berkerut dahinya seketika apabila melihat Anis yang tiba-tiba diam macam patung saja.

"Hm, aku okay." kata Anis lalu tersenyum malu.

"Ya Allah! Dah berdarah macam ni." kata Sarah setelah melihat dua orang pelajar perempuan sedang terbaring di atas lantai.

Anis menunggu respon Kimi yang sejak tadi lagi mendiamkan diri. Tapi dia dapat merasakan ada aura suram yang ada pada diri Kimi. Ini bermakna, lelaki itu mahu mengamuk!

"Jangan tengok je tanpa buat apa-apa! Kau orang ingat ni apa? Persembahan hari kantin ke?" kata Kimi. Wajahnya sangat serius. Dia memberikan renungan yang tajam ke arah semua pelajar yang berada di kantin.

Kimi mengetap bibir. Pantang betul dia melihat orang yang hanya melihat penderitaan orang lain tanpa membuat sebarang tindakan. Kalau ye pun tak mampu nak tolong, buat apa tercegat lagi dekat sini? Pergilah buat laporan dekat cikgu!

Farhan mengesat darah yang ada pada tepi bibirnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus meludah ke lantai. Keluarlah air liur yang telah bercampur dengan darah. Tumbukan daripada Kimi itu bukan biasa-biasa nampaknya.

[DR3] Gadis Dakwah vs Mamat BaranWhere stories live. Discover now