BAB 4

208 28 12
                                    

     TEPAT pada pukul 7.00 pagi Humaira tiba di hadapan pagar sekolah. Dia melangkah masuk ke dalam dengan sangat berhati-hati. Masih terbayang-bayang lagi mimpinya. Benar atau tidak mimpi itu, dia mesti sentiasa berjaga-jaga. Memang benar yang Farhan itu adalah lelaki yang sangat bahaya kerana tindakan tingkah lakunya tidak dapat dijangka oleh sesiapa pun.

Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan. Dia mengintai di sebalik dinding yang berdekatan dengan sinki. Melihatkan suasana kawasan sekolah yang sudah dipenuhi dengan ramai pelajar, perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kantin. Lagak Humaira bagaikan seorang pencuri. Sangatlah berhati-hati.

Memang benar gambaran mimpinya. Semua orang memberikan renungan yang tajam kepada Humaira namun reaksinya berbeza. Tidak sama macam dalam mimpi.

Humaira membalas semula renungan itu. Suasana menjadi sunyi. Hanya bunyi kipas kantin sahaja yang kedengaran. Beberapa orang sudah mengalihkan pandangan mereka daripada bertembung mata dengan Humaira. Panahan petir daripada mata salah seorang pengawas yang digeruni oleh semua pelajar itu telah membuatkan beberapa orang pelajar berasa tidak senang duduk. Maka, ada lah beberapa orang yang mula meninggalkan kantin.

"Kalau ada yang tak puas hati, cakap depan aku!" kata Humaira, lantang. Matanya bergerak-gerak memandang sekeliling. Melihat satu persatu wajah yang merenungnya.

Suara lantang Humaira telah membuatkan bahu mereka terhinjut seketika. Rasa takut, marah, terkejut, tercabar semuanya bercampur-baur di dalam hati mereka. Tapi mereka tak berani untuk melawan secara terang-terangan kerana kuasa jawatan pengawas yang ada pada Humaira. Mereka hanya mampu gossip sesama mereka sahaja.

Gila kuasa.

Mereka yang suka melanggar peraturan sahaja yang suka menuduh Humaira sebegitu rupa. Tapi untuk mereka yang faham tentang amanah jawatan pengawas itu, akan berfikiran secara terbuka dan terima sahaja hukuman.

Amanah.

Bukan senang untuk pikul amanah yang telah diberi. Amanah yang telah diselitkan dengan kepercayaan orang lain kepada diri. Ia merupakan tanggungjawab untuk dipikul. Jika tidak menjalankan amanah dengan baik, takut bakal disoal di alam sana nanti. Itu yang Humaira takutkan selama memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Amanah tidak boleh dibuat main. Berdosa besar jika tidak menjaga amanah dengan baik. Amanah hanya berkait dengan perkara baik sahaja. Tiada amanah dalam melakukan perkara yang buruk.

Dosa sendiri pun dah banyak. Takkanlah nak tanggung dosa tak jaga amanah sebab takut orang lain marah?

Never!

Tiada seorang pun manusia yang mampu menahan pedih azab api neraka. Tak ada manusia yang sempurna, tapi itu sahaja pilihan yang kita ada. Usaha tu yang penting. Bukan redha dengan perkara keburukkan.

Humaira menanti respon daripada semua orang. Tiada siapa pun yang membalas kata-katanya.

Orang ramai hanya mendiamkan diri. Entah kenapa mereka merasakan mood pengawas di hadapan mereka ini tersangatlah suram. Macam ada aura hitam pula yang berlegar-legar di sekeliling tubuh Humaira. Takut ada yang melayang pula nanti kalau bersuara hari ini.

Namun dalam ramai-ramai pelajar yang hanya menikus diri, tiba-tiba kedengaran suara garau seseorang yang kuat menyapa telinga Humaira.

"Kau nak mati ke?"

Humaira pantas menoleh memandang ke arah suara itu. Terkedu dia melihat seorang figura yang amat dikenalinya sedang berjalan menuju ke arahnya. Lelaki itulah yang berani mecekik lehernya semalam. Farhan.

Farhan berjalan dengan wajah yang bengis. Ada kesan lebam-lebam dan pembalut luka pada wajahnya serta lengannya. Orang ramai mulai menggigil ketakutan. Mereka memberi laluan kepada lelaki itu. Rata-ratanya pernah menjadi punching bag Farhan sebelum ini. Jadi, lebih baik memudahkan 'kerja' lelaki itu sebelum diri yang dikerjakan.

[DR3] Gadis Dakwah vs Mamat BaranWhere stories live. Discover now