BAB 3

211 30 4
                                    

     JAM telah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Humaira berjalan masuk ke dalam pagar sekolah. Hari ini dia tidak bertugas seperti biasa kerana dia masih belum sihat sepenuhnya. Ada pengawas lain yang menggantikan tempatnya.

Sepatutnya dia perlu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan tetapi Humaira terlebih rajin. Dia meminta agar dapat bertugas menjaga pagar setiap hari. Alasannya, dia mahu menghapuskan pelajar yang datang lewat ke sekolah. Sangat berkesan kerana ramai pelajar yang datang awal ke sekolah kerana malas mahu menghadap muka Humaira. Tapi ada lagi pelajar yang masih degil. Datang ke sekolah setelah loceng berbunyi. Ada yang lagi teruk. Datang tepat pada pukul 8.00 pagi. Habis satu masa untuk subjek pertama. Siapa lagi kalau bukan si mamat baran, Farhan tu?

Banyak mata yang sedang memandang ke arah Humaira. Kedengaran suara-suara bisikan daripada mereka.

"Oh, ni mesti gossip pasal kes semalam tu. Cepatnya dah tersebar." kata Humaira perlahan.

Dia terus menuju ke salah satu meja di kantin. Punggung dilabuhkan di atas kerusi kayu. Roti krim berperisa coklat dikeluarkan daripada begnya lalu dibuka. Begnya diletakkan di sisinya. Dia menggigit dan mengunyah roti itu dengan perasaan yang tidak sedap hati. Semua orang di kantin itu memberikannya pandangan yang tajam.

Empat orang pelajar perempuan yang duduk di meja belakang Humaira, sedang memulakan gossip. Mereka rapat-rapatkan diri sesama mereka agar suara mereka menjadi perlahan. Namun, suara tetap macam tertelan mikrofon!

"Eh, kau dengar kan cerita semalam pasal Humaira dengan si Farhan tu?" seorang perempuan yang berinai di jari.

"Alaa, Farhan tu aku kenal sangatlah. Dulu aku pun pernah kena dengan dia." kata seorang perempuan yang lengan bajunya dilipat sehingga siku.

"Eh seriuslah? Dia buat apa dekat kau?" kawan-kawannya yang lain semakin berminat untuk mendengar.

"Dia tumbuk muka aku. Habis lebam! Kurang ajar gila Mamat tu!" jawabnya.

"Kau mesti ada buat salah dengan dia kan?" kata perempuan yang berinai. Dia kenal sangat dengan sifat kawannya yang tomboy itu. Jenis yang suka cari 'penyakit'.

"Aku tendang kaki dia je. Sebab dia reject aku." jawabnya lalu ketawa berdekah-dekah untuk cover rasa malunya.

Kawan-kawannya turut ketawa mengilai. Riuh kantin!

"Mamat tu kau memang tak boleh kacau. Mana-mana lelaki gengster, pasti pernah bergaduh dengannya." katanya sambil menghabiskan sisa tawanya.

"Dengan perempuan, dia okay kan? Kecuali kalau dia badmood je baru dia jadi jahat kan?" perempuan berinai itu membuat andaian sendiri. Dia akui yang Farhan mempunyai rupa paras yang boleh tahan kacaknya juga. Bolehlah try!

"Perempuan? Tak terkecuali. Banyak kes orang perempuan pernah kena pukul dengan dia. Tak boleh dekat dengan dia. Dia tu dayus!" katanya.

"Oh!" kata perempuan berinai. Batal terus niatnya mahu menegur lelaki itu.

"Tapi Humaira dah buat dia marah. Jadi, dia takkan berhenti kacau selagi dia tak puas." katanya.

Mereka berhenti bergossip lalu menyambung memandang ke arah Humaira dengan tajam.

Humaira duduk berseorangan di meja sambil diperhatikan sebegitu, jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Kawan? Dia tak ada kawan pun sebenarnya. Kawan-kawannya bertalam dua muka. Di hadapannya kelihatan baik tapi bila di belakang? Penuh gossip. Itulah sebabnya mengapa dia lebih suka berseorangan diri. Menjalankan tugas juga lebih mudah jika bergerak solo. Tapi kejadian semalam telah membuatkan dia berfikir lama.

[DR3] Gadis Dakwah vs Mamat BaranWhere stories live. Discover now