BAB 2

222 24 22
                                    

"Farhan!"

Seorang figura lelaki sedang berlari menuju ke arah Farhan yang sedang berdiri.

Humaira hanya memerhati sambil memegang lehernya yang masih lagi terasa sakit. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Mahu saja dia bersuara. Namun suaranya seakan tersekat di kerongkong. Bimbang akan dicederakan oleh lelaki gila itu lagi.

Akmal terduduk di atas tanah sambil menahan sakit. Wajahnya yang berlumuran darah itu dilap dengan lengan baju sekolah. Terasa pedih di seluruh anggota badannya. Penglihatannya juga sudah kabur. Selamat ke jika dia pengsan di sini? Melihatkan wajah Farhan yang sedang merah padam kerana menahan marah, dia sudah tahu jawapannya.

Farhan memandang tajam ke arah figura lelaki yang baru sampai itu.

"Ui! Rileklah. Bukan aku yang curi dengar perbualan kau orang tapi aku tidur dekat belakang bangunan ni dari tadi lagi. Kau saja yang tak perasan aku." jelasnya yang mempunyai tanda nama, Izzat di uniform sekolahnya. Dia faham maksud pandangan tajam Farhan ke arahnya. Sebelum wajahnya pecah, lebih baik dia jelaskan dulu.

Farhan hanya mendiamkan diri. Wajahnya kekal bengis.

"Aku tak tahu apa yang dah jadi di antara kau orang tapi kau tak sepatutnya mencederakan perempuan." kata Izzat setelah dia memandang wajah Akmal yang sudah lebam-lebam. Humaira yang kaku berdiri, dipandang. Jelas nampak ketakutan pada raut wajah gadis itu.

"Kau tak perlu nak menyibuk hal aku." akhirnya Farhan bersuara.

"Aku dah agak dah kau mesti tak terima teguran aku." kata Izzat selamba.

"Kau nak apa?" tanya Farhan dengan wajah yang masih bengis.

"Aku pun tak suka dengan perempuan kecoh ni. Tapi aku tak ada lah sampai nak cederakan perempuan. Kau ni dah teruk sangat ni. Dayus!" kata Izzat, jujur.

Farhan tersenyum sinis. Dia berjalan mendekati Izzat yang sedang berdiri tidak jauh daripada dirinya.

"Ui, rileklah! Aku datang ni dengan cara baik. Bukan nak gaduh dengan kau." kata Izzat sambil mengundurkan diri ke belakang sedikit.

"Kau siapa nak halang aku?" jerkah Farhan. Nada suaranya meninggi. Pantang betul jika ada orang lain yang masuk campur urusan dia.

"Ish, kau ni teruk betul. Dah lama kita bersekolah di sini tapi kau masih tak kenal aku. Aku kan rakan sekelas kau. Duduk dekat hujung belakang kelas tu." loyar buruk Izzat.

Farhan tersenyum sinis. Lelaki di hadapannya ini memang mencabar dirinya. Merah padam wajahnya kerana menahan marah yang teramat sangat. Tanpa membuang masa, dia terus melayangkan sebiji penumbuk ke wajah Izzat.

Buk!

Izzat sempat melayangkan sebiji penumbuk juga ke wajah Farhan. Kedua-dua mereka mengaduh kesakitan.

"Jangan ingat aku akan biarkan kau pukul aku saja, Farhan!" kata Izzat tersengih.

Wajah Farhan menjadi semakin panas. Darahnya sedang mendidih. Dia mencengkam kolar baju milik Izzat lalu menumbuk lagi wajah itu.

Izzat membalas serangan itu. Dia menendang tubuh Farhan sehingga jatuh ke tanah. Farhan sempat melayangkan sepakan ke kepala Izzat. Jatuhlah tubuh Izzat ke tanah juga. Mereka bergaduh sambil berguling-guling di atas tanah.

Humaira tidak tahu hendak buat apa. Tubuhnya kaku. Terasa trauma sedang menyelubunginya. Nak lari? Dia tak boleh biarkan pergaduhan itu berterusan. Tapi macam mana nak hentikan?

Sekolah itu memang besar dan luas. Jadi, kegiatan buli membuli serta gengsterisme dan vandalisme ini agak sukar untuk diketahui. Tambahan pula, sekolah itu memang mempunyai salah satu rekod terburuk di dunia. Kenapa tak buang pelajar yang bermasalah? Itu adalah kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah itu jugalah yang mengharumkan nama sekolah di dalam akademik. Jadi pihak sekolah tidak akan membuang pelajar. Seberat mana pun kesalahan pelajar, mereka hanya akan dikenakan hukuman rotan dan denda sahaja.

[DR3] Gadis Dakwah vs Mamat BaranWhere stories live. Discover now