Butang send ditekan. Marissa menunggu balasan daripada lelaki itu sambil menggigit kuku. Habit barunya. Suka menggigit kuku sejak mengandung ni. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Kalau sehari tak gigit kuku, memang tak sah. Sampai Shafqi pun membebel kepadanya.

Keberadaannya di Pahang ini hanya diketahui oleh Shafqi sahaja. Lelaki itulah yang sering bertanyakan khabarnya selama sebulan ini. Setiap minggu, Shafqi akan ke Pahang untuk berjumpanya dan membawa dia berjalan-jalan bagi menenangkan minda. Dan setiap bulan Shafqi juga yang akan menemaninya untuk membuat check up dengan doktor.

Sungguh, lelaki itu menjaganya dengan sangat baik. Dia beruntung kerana dapat mengenali lelaki sebaik Shafqi. Boleh dikatakan Shafqi ni seorang yang bertanggungjawab walaupun Marissa bukanlah dibawah tanggungjawabnya. Seolah-olah lelaki itu pula suami dia.

Err, Marissa. Apa yang kau merepek ni? Ingat, Harraz tu masih suami kau. Minda terus mengingatkan keterlanjurannya dalam berfikir. Lantas, dahinya ditepuk beberapa kali. Kepala laju menggeleng. Aneh betul perasaan yang dirasakan tika ini.

Bip!

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Dia lekas membaca mesej tersebut.

Shafqi

Awak nak makan apa? Cakaplah... Nanti saya carikan.

Marissa

Saya teringin nak makan ikan patin tempoyak. Lepastu saya nak makan pavlova. Nanti kita cari boleh? 👉👈

Tekaknya digosok. Teringat patin masak tempoyak dengan pavlova, kecur liur dibuatnya. Ni semua gara-gara Aini yang sengaja mengusiknya. Semalam wanita itu menghantar gambar masakan tersebut kepadanya. Mak Kiah yang masak. Aini pula buat pavlova. Sudahnya, Marissa yang teringin. Dari semalam otaknya tak hilang dengan gambaran makanan-makanan tersebut.

Shafqi

Mestilah boleh. Takkan saya nak kata tak boleh pula? Ni mommy yang teringin atau baby yang nak?

Marissa ketawa membaca ayat terakhir Shafqi. Ada aje usikan daripada lelaki itu. Memang bibir Marissa tak lekang dengan senyuman.

Marissa

Mommy sekali dengan baby nak makan.

Shafqi

Okey. Nanti saya datang ambil awak. 😉

Marissa

Thanks, Shafqi.

Shafqi

Anything for you, Marissa.

Marissa meletakkan telefonnya di tepi. Bibir masih tergaris dengan satu sengihan. Senang hati kerana lelaki itu sudi untuk menunaikan permintaannya.

"Walaupun papa takde nak melayan kita, tapi uncle Shafqi kan ada? Sayang mommy ni mesti tak sabar nak makan kan?" Marissa ketawa halus. Perutnya berkeroncang minta diisi. Manakan tidak, pagi tadi dia cuma menjamah roti saja. Risau nak makan banyak. Khuatir akan muntah-muntah nanti.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now