BAB 1

523 33 5
                                    

     JAM tangan telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Suasana kawasan sekolah amatlah sunyi kerana semua pelajar sudah masuk ke dalam kelas masing-masing. Farhan berdiri tegak menghadap pintu pagar sekolah yang sudah lama tertutup. Wajahnya hanya mempamerkan riak tiada perasaan. Dah biasa lewat datang sekolah.

Matanya memandang pagar sekolah yang besar di hadapannya. Apa lagi? Panjatlah!

Sudah menjadi rutin hariannya untuk memanjat pagar sekolah dan secara bersembunyi masuk ke dalam kelasnya sebelum ada pengawas yang menangkapnya. Kedua-dua tangan mula memaut pada besi. Kedua-dua kakinya pula sudah memijak pada besi-besi pagar tersebut. Kemudian, dia panjat pagar itu sehinggalah ke puncak.

Pap!

Dia lompat melepasi pagar itu dan mendarat dengan kedua-dua belah kakinya. Kedua-dua tangannya di tepuk-tepuk dulu untuk menanggalkan kesan-kesan habuk pagar besi yang melekat. Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat figura pengawas sekolah mahupun guru.

Line clear!

Farhan tersenyum sendiri. Tak ada orang nampak.

Namun baru sahaja dia mahu memulakan langkahnya, ada seseorang sedang berdehem daripada belakang. Kepalanya lantas menoleh. Senyumannya mati serta-merta setelah melihat figura seorang pengawas sedang berdiri di hadapannya. 'Pengawas kecoh', gelaran diberi.

"Hah, lewat datang sekolah lagi? Asyik muka kau je yang buat hal." kata Humaira. Wajahnya serius sahaja memandang pelajar bermasalah itu.

"Pengawas kecoh." Itu saja yang keluar daripada mulut Farhan. Selamba saja dia berjalan membiarkan Humaira tercegat di situ seorang diri.

"Oi! Kau dah datang lambat!" jerit Humaira kepada Farhan yang sudah jauh di hadapan.

"So?" kata Farhan selamba tanpa berhenti berjalan. Sedikit pun dia tidak menoleh. Dia tiada mood mahu bercakap dengan pengawas itu.

"Ikut aku ke bilik disiplin sekarang!" kata Humaira tanpa gentar. Dia dah biasa hadap pelajar gengster di sekolah itu. Jadi perasaan takut tidak wujud di dalam dirinya.

"Aku nak pergi lah ni. Kau yang jalan lembab sangat!" kata Farhan dengan nada suara yang tinggi.

Humaira terdiam. Dia mendengus lalu mengikut langkah Farhan yang sudah jauh di hadapan. Memang tugasnya untuk memastikan agar pelajar-pelajar yang datang lewat ke sekolah itu berjumpa dengan guru disiplin sebelum masuk ke dalam kelas.

***

Farhan meraba tapak tangannya yang terasa pedih akibat dirotan oleh guru disiplin kerana datang lewat.

Dia mengerling ke arah jam tangannya yang telah menunjukkan jam 10.00 pagi. Setelah mendapat 'saguhati' dengan guru disiplin, dia di arahkan masuk ke bilik kaunseling untuk sesi ceramah kepadanya.

Tersenyum sinis Farhan. Kerana waktu pembelajaran pagi telah pun tamat. Sekarang adalah waktu rehat. 'Pengawas kecoh' itu telah pun pergi sewaktu dia sedang dirotan.

Baru sahaja dia mahu melangkah, seseorang sedang memanggil namanya. Kedengaran keluhan yang berat keluar daripada mulutnya setelah melihat seorang gadis sedang berlari menuju ke arahnya.

"Farhan! Kau lewat datang sekolah lagi? Itulah kau, aku dah kejut kau pagi tadi tapi kau halau aku. Hah, padanlah muka kau kena rotan dengan cikgu! Hari-hari kena rotan! Kau tak rasa serik ke? Ke kau dah kebal dah? Mentang-mentanglah mak pagi-pagi lagi dah keluar pergi kerja. Kau boleh suka hati je nak pergi sekolah pukul berapa. Mak suruh kita belajar rajin-rajin dekat sekolah ni tapi kau pula banyak buat hal. Aku dah banyak kali cakap dengan kau kan? Apahal kau tak nak dengar cakap aku? Kau jangan ingat kau tu lelaki, kau boleh senang-senang je halau aku! Aku ni kakak kau tahu tak? Aku tak bagitahu mak tentang perangai kau kat sekolah ni sebab aku tak nak mak stress. Tapi kau macam lagi buat aku rasa nak bagitahu mak. Aku yang stress jaga kau dekat sekolah ni!"

[DR3] Gadis Dakwah vs Mamat BaranWhere stories live. Discover now