Bab63 Ustad Mahdi

10.4K 263 62
                                    

"Asalamualaikum......." selipar yang di pakai di letakkan dalam lemari kasut. pintu di buka dan melangkah dengan kaki kanan.

pandangannya jadi gelap gelita.

kenapa gelap ?

"Sayang?.....kenapa tak hidupkan lampu...." suis lampu di hidupkan. Qisyah yang pengsan di atas lantai itu jadi perhatian nya.

"Ya Allah! Qisyah!?.....kenapa ni....? sayang...bangun!..." pipi mulus itu di tampar-tampar lembut.

perlahan-lahan mata Qisyah terbuka dan sedar sepenuhnya.

"Sayang ?.....kenapa tidur sini ?...." Soal Ayash ingin tahu. tak! bukan tidur, rasanya Qisyah pengsan tadi.

teringat kejadian tadi Qisyah jadi gelabah dan tak sedar menolak Ayash dengan kuat. segera dia menjauhkan diri. argh! apa lagi hantu ni nak!

"pergi!....pergi!....." teriak Qisyah. matanya tertutup dengan rapat, tak sanggup tengok wajah hodoh yang menyerupai suaminya.

"Qisyah!....sayang! abang ni!?.... abang dekat sini!"
mendengar suara Ayash yang cukup dia kenal, Qisyah membuka matanya perlahan-lahan. wajah hodoh tadi berubah menjadi wajah kacak kembali.

Ayash cuba mendekati tetapi Qisyah cuba menjauh.

"Er....ja..jangan dekat...."

"kenapa? Qisyah ok ke ni ?" 

"tak! jangan dekat!!"

uhuk!

uhuk!

uwek!

Qisyah memuntahkan isi perutnya yang tiba-tiba mahu keluar. tangannya terketar-ketar melihat noda darah yang keluar daripada mulutnya.

"Astagfirullahallahzim! Ya Allah!!......." mengucap Ayash melihat isi yang di muntahkan Qisyah tadi. gumpalan rambut dan paku besar!

"A..a..abang!....Qisyah takut....." rengeknya. air matanya mulai bergenang di kelopak, menunggu masa empangan air mata itu jatuh.

Ayash mendakap erat tubuh isterinya. berusaha memujuk Qisyah yang menangis tersedu-sedu itu.

sekarang dia tahu apa yang tak kena dengan Qisyah. sampai hati orang yang cuba menyakiti isterinya. apa salah Qisyah ?










Pagi ini Qisyah di paksa mandi awal, sebab ada Ustad yang mampu lumpuhkan sihir yang terkena pada Qisyah. tadi subuh Qisyah meracau-racau sekali lagi, badannya jadi panas apabila mendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Ayash terpaksa tak mengaji subuh tadi. risau keadaan Qisyah jadi semakin teruk.

benda ni, orang tak perasan kalau kita tak sedar. sedar-sedar dah nazak di sebabkan buatan orang. nasip baik keadaan Qisyah masih awal dan di ketahui awal.

Qisyah masih tertidur, penat sebab menahan sakit di kepala sejak subuh tadi. asal dengar azan keadaan dia semakin teruk dan menjadi-jadi. tapi bila belum masuk waktu Qisyah okey seolah-olah takde apa yang berlaku. sebab tu lah benda ni kalau tak perasan naya! ada orang pandang ringan je, dan tak tau apa yang berlaku sebenarnya.

"sayang!.....bangun..ustad dah sampai tu..." Ayash menyuahkan tudung yang senang masuk itu kepada Qisyah. tapi melihat Qisyah lemah tak berdaya, Ayash memakaikan tudung berwarna hitam itu di kepala Qisyah. pucat betul wajah cantik ni,

"sayang okey ?....tahan ye...semoga sayang sihat seperti sedia kala...." Qisyah berdehem, uh! semoga saja lah.

Ayash memapah Qisyah keluar dan duduk di ruang tamu rumah itu. Sulaiman pulak menutup pintu dengan rapat, jendela semua di tutup kecuali satu jendela tempat keluar segala jin nanti.

Pak Yusup, Yati dan Ara pun turut sama sekali. hanya mereka sahaja dengan Ustad Mahdi yang cukup di kenali. rawatan apa sahaja yang korang mahukan, inshaAllah dia pulihkan dengan izin Allah S.W.T

"ini isteri kamu ?....." Soal Ustad Mahdi ingin tahu. apa yang dia lihat, memang ada sesuatu dalam tubuh gadis itu.

"Ya Ustad. Nur Aqisyah binti Mahmud...." Ujar Ayash menyebut nama penuh isterinya. Ustad itu mengangguk mengerti.

tangan Ustad berada di atas kepulan asap yang daripada kotak telur dan di tabur dengan garam kasar. suasana ruang tamu itu menjadi kelam dan samar-samar oleh kerana kurang cahaya, lampu sengaja tidak di hidupkan. Bau Asap daripada kotak telur dan garam itu kuat menyelebungi ruangan itu.

"Baring.... yang ada di sini siap sedia menahan Qisyah daripada agresif...." semua mengangguk mengerti. dan duduk bersilah di samping Qisyah yang sedang terbaring menunggu itu. mimik wajahnya kelihatan takut-takut tapi berusaha membiasakan diri.



































Ustaz KuWhere stories live. Discover now