Bab33 pencuri

8K 178 2
                                    

Selesai mandi malam, Ayash mengeringkan rambutnya dengan tuala. rambutnya sengaja di kacau dengan tangannya. sambil sebelah tangan memegang telefon bimbit, tiada satu pun mesej daripada tunangnya Qasmina. selalunya ada, dan dia tak pernah lupa hantar mesej dengannya setiap hari. pelik!

telefon itu di simpan kembali di atas meja cermin.
cermin yang memantulkan dirinya yang sedang berkemban hanya paras pinggang itu di pandang.

rambutnya di kacau lagi, entah apa motif.

baju yang di bawa dari rumah itu di pakai. dia membuat keputusan untuk bermalam di rumah tok ketua. lagi pun dua orang gadis tinggal bersama dengan sorang lelaki. sorang saudara mahram ianya takpe, tapi Ara ? bukan mahram dengan Irshad. jadi dia terpaksa lah bermalam juga untuk mengelakkan prasangka orang lain. lagi pun Qisyah dan Irshad walaupun bersepupu tak boleh berdua-duan. hasutan syaitan tak mengira status.

sedikit tenang juga lah dia malam ini, selamat sikit tidur dalam bilik tetamu. semua masing-masing bilik kecuali Qisyah dan Ara.

harap-harap malam ni dia tidur dengan tenang tanpa gangguan.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

BUK!!!

Ayash yang dah nak tertidur itu membuka matanya selepas mendengar bunyi macam jatuh barang dari luar. apa tu ? pencuri ke ?

dia segera bangun dan perlahan-lahan membuka pintu. Qisyah yang berjalan dengan menghendap depan bilik itu menjadi perhatiannya. wajah cantik itu sangat terkejut, cepat-cepat Qisyah berlari anak tanpa membuat bunyi ke arah Ayash.

Ayash di tolak masuk ke dalam bilik semula dengan cara paksa. baru nak bersuara Qisyah mengisyarat supaya tetap senyap. tapi ni mesti agenda Qisyah nak perangkap dia.

Qisyah menutup mulut Ayast mengunakan tapak tangannya. sekali lagi dia mengisyaratkan untuk senyap. kelihatan Qisyah fokus dengan keadaan dari luar bilik. wajahnya sangat serius dan seperti dalam ketakutan,

tangannya terasa gementar di dada itu. Qisyah tak sedar keadaan mereka sekarang sangat rapat, mereka bersembunyi di belakang pintu. Qisyah menahan agar Ayash tak bergerak dari tempatnya dan membuat sebarang bunyi bising yang menarik perhatian.

Qisyah menoleh dan mencari anak mata Ayash. anak matanya menunjukkan bahawa dia gentar dan takut. mata Ayash terpandang darah yang mengalir di dahi itu. kenapa ni? ada sesuatu yang terjadi ke?

kepalanya mengeleng mengisyaratkan lagi jangan bersuara untuk seketika. dalam hati dia berdoa agar Ara selamat di bilik sebelah.

baru nak menyentuh luka di dahi itu. mereka di kejutkan dengan pintu yang tiba-tiba terbuka dengan perlahan. Qisyah dan Ayash berkeras sekuat mungkin agar nafas mereka tidak kedengaran.

satu bayangan terpantul di atas lantai akibat tindak balas cahaya lampu di ruang tamu.  kelihatan seperti lelaki yang bertubuh tinggi sedang berdiri dan lelaki itu mengenakan topi di kepala. siapa itu ?

pintu yang di tolak itu semakin menyempitkan lagi ruang di belakang pintu. Qisyah merapatkan lagi tubuhnya sehingga dia rasa tiada lagi jarak antara mereka berdua. dia dapat rasakan degupan jantung Ayash yang berdetak dengan laju. sama sepertinya sekarang. bukan kerana suka, tapi di sebabkan perasaan takut yang menerpa dirinya.

Qisyah yang tertunduk itu di pandang sepi. wajah yang penuh ketakutan itu menjadi tatapannya.  Ayash bagaikan tidak dapat menahan diri dalam keadaan rapat seperti ini dengan Qisyah. sungguh rapat! sehingga dia dapat merasakan benjolan dada Qisyah di tubuhnya. ingin saja dia menolak tapi keadaan sama sekali tidak mengizinkan. ibarat di telan mati emak di luah mati bapa.
































Ustaz KuWhere stories live. Discover now