Bab9 rezeki kot

12.6K 182 6
                                    

"begini tok, dokumen untuk saya bertugas di masjid memerlukan tanda tangan ketua kampung Permai" sampul coklat itu di hulurkan di atas meja.

"oh! nasip Ayash cepat, atok baru je nak ke kebun dengan Qisyah" Ujar Sulaiman sambil mengeluarkan pen biru yang tersedia dalam laci meja itu. lalu kertas coklat tadi di buka dan menurunkan tanda tangannya di bahagian bawa kertas putih itu.

"nah!....Atok serah semuanya pada Ayash yaa..."

"terima kasih Tok....saya nak pinjam tandas boleh ?" Ayash menyambut huluran sampul itu.

"boleh-boleh, ada dekat dapur tu..."

Clack(pintu dibuka)

"Aish, lupa pulak berus gigi...." Qisyah masuk kembali tanpa menutup pintu kamar mandi itu. dia pun sudah siap berkemban dengan tuala putih. rambutnya di gulung dengan tuala kecil bagi menyerap sisa air di kepala.

sedang dia berus gigi sambil melihat cermin yang sedia di gantung, dia terlihat kelibat Ayash di balik cermin itu. aih ? siang pun nak bermimpi ke Qisyah ?

mungkin Atok, tapi kenapa mirip seperti Ayash ?

"Atok! Qisyah tak siap lagi ni!" tangan nya masih mengosok gigi. sebelah tangan bercekak pinggang.

asal Atok dia handsome sangat. ke dia rabun ni ?

dia mendekati susuk mirip seperti Ayash itu, makin dia maju semakin Ayash mengundur. tapi matanya bagaikan tidak berkelip lagi.

"Abang!?....." berus gigi di bawa keluar dari mulut itu. bukan mimpi ke ? ingatkan dia berkhayal tadi.

"Astagfirullahalazim, aa..bang mi..nta maaf!!.." Ayash cepat-cepat pergi dari dapur itu. detak jantung jangan cakap lah, nak tercabut dari tempat asalnya, melihat Qisyah yang hanya berkemban. dan terlalu aib untuk di pandang untuk kali kedua.

Qisyah bagaikan terkaku seketika. dengan buih coolgate masih di mulutnya. tak terungkap dengan kata-kata.

oh my god!

"hmmm... rezeki kot...." Ujarnya. sambil tangannya menyambung semula mengosok gigi.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

"Atok tengok sini!" Sulaiman menoleh sebaik sahaja cucunya memanggil.

klik!!

satu gambar di ambil melalui kamera Iphonenya.

"dah lah tu! tolong atok pungut biji sawit ni." pintanya.

Iphone Pro Max itu di masukkan ke dalam poket jaket.

"kenapa Qisyah pakai jaket pergi ke kebun ni ? tak panas ke tu ?" Soal Atoknya. orang pergi kebun cukup sekadar memakai baju lengan panjang. ini tak! gaya macam nak pergi hiking atas gunung.

"banyak nyamuk lah atok, tak panas pun, sebab Qisyah cuma pakai baju dalam" sengehnya

"Astafirullah, nanti Jaket tu terkoyak ke macam mana, tak ke malu nanti orang nampak."

"alah mana ada orang pun...." tangannya pantas memungut biji sawit di atas tanah itu. lalu di masukkan ke baldi sehingga penuh, setelah penuh baru lah di masukkan ke dalam karung.

aih! tergeleng-geleng kepala Sulaiman.

"Qisyah nak buang air kecil lah tok...."

"haa! pergi lah. pergi jauh sikit, tengok-tengok juga, nanti ada orang pulak" Ujar Atoknya.

"mmm yelah...."

Qisyah berjalan jauh daripada tempat mereka tadi, apabila keadaan selamat. Qisyah membuka seluar t-shirtnya lalu duduk mencangkung dan melepaskan hajatnya yang satu itu.

setelah selesai, Qisyah pergi semula ke tempat mereka tadi.

"atok!........"

"Atok!!......"

"mana pulak atok ni?..." Soalnya dengan diri sendiri.

betul ke jalan ni ? macam tak betul je. .

"Atok!!!!" teriak Qisyah sekuat hati.

krik krik krik......

"atok! jangan lah main-main!"

"aku betul-betul sesat ke ni ?"























Ustaz KuWhere stories live. Discover now