Bab62 gangguan kecil

10.6K 213 13
                                    

lampu tiba-tiba berkelip, sekejap mati sekejap hidup. Qisyah pandang suis lampu yang berada di tepi itu, off ? jadi macam mana lampu boleh hidup tanpa aliran elektrik ?

dan tiba-tiba semua lampu menyalah menerangi rumah itu, Qisyah pandang lagi suis lampu itu. off lah, kenapa menyalah? air liur di telan dengan kesat.

"Siapa tu?!?" Soal Qisyah ingin tahu. matanya menangkap figura seorang lelaki berjubah putih sedang membelakang di meja makan yang berada di tengah ruangan dapur itu.

"A..abang?.....Abang ke tu ?.......hello ?....." dengan hati yang berdebar-debar, perlahan-lahan Qisyah mendekat makluk menyerupai suaminya itu. dia tahu itu bukan suaminya, sebab ? panggil pun tak menoleh. ni mesti mainan syaitan ni uhk!

"kaurang jangan buat main lah dengan aku!!!" tengking Qisyah. eh! bodoh betul makluk ni, ingat aku takut ke? uh! taik kucing betul!

serentak dengan itu, makluk yang menyerupai suaminya itu perlahan-lahan menoleh.

aa..alamak!

jangan!!

toleh!

Gulp!

bagaikan terkaku dan tak bergerak langsung dari tempat selepas melihat dengan jelas bagaimana rupa makluk itu.

seluruh matanya putih dan berwajah pucat, mulut pulak hitam seperti terbakar dan ia menampakkan giginya yang basah oleh darah, darah tu pulak meleleh di mulut itu. fuh! hilang rupa kacak suaminya! agak-agak oi admin!

"Wa...wa...warghhhhhhhhhhh!!!!!!!" teriak Qisyah sekuat hati, tapi badannya tidak dapat bergerak langsung.

makluk itu pulak dengan pantas sekali, sekelip mata berada di depan matanya. terjelir-jelir lidahnya. ewww!


Buk!

uhuk!

uhuk!

uwek!

"ngeeehihihihi!!! mati! mati kau perempuan!!" makluk itu mencekik Qisyah sehingga terawang di atas. terkapai-kapai kedua kaki Qisyah, berusaha melepaskan diri daripada cengkaman makluk durjana ini. namun kudratnya yang lemah tidak mampu bergerak dengan lagi kuat.

"uhuk!......le...pas...kan!!" dalam hati dia berdoa dan mengucap, kut kut dia mati di tangan makluk ni. uh! jadi duda lah suami dia.

Allahu Akbar Allahu Akbar

Allahu Akbar Allahu Akbar

Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah

Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah

Buk!

aduh! makluk ni kan! kurang ajar betul! adoi! sakit pinggang jatuh begitu saja. kepalanya mencari makluk durjana tu,

uh!?

mana !?

ah! syukur azan magrib kedengaran lebih jelas. makluk hodoh tu pun sudah hilang.


Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah

Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah

Hayya' Alash Shalaah ~~~

Hayya' Alash Shalaah ...

Hayya' Alal Falaah ~~~

Hayya' Alal Falaah ~~~

Allaahu Akbar Allahu Akbar

Laa .. Ilaaha Illallaah


Ah!

sakit!

berdengung kepalanya mendengar azan itu. tangan nya naik memegang kepalanya.

"Argh!....sakit!....." berkerut-kerut keningnya menahan sakit, nak tercabut rasanya kepala ini.

Argh!

panas!

tidak tahan dengan sakit itu, akhirnya Qisyah jatuh pengsan di atas lantai kayu itu.













Ara memotong sayur kangkung itu satu persatu, malam ini berlaukkan sayur kangkung dan ikan goreng sahaja. tangannya sibuk memotong tapi fikirannya entah ke mana.

"apa anak perawan tengah termenung tu ? termenung pakwe ke ?" Usik Yati, daripada tadi dia lihat anaknya termenung sana, termenung sini. nak kata yang meninggal tu sahabat Ara, tak juga.

Ara jadi blur dengan soalan ibunya itu. pakwe pun takde, nak menung apa?

"takde lah ibu,....eh! ibu, ibu ada nampak tak makcik Qasmina semasa di rumah arwah tadi?..."

"hmm? makcik?....ibu tak ingat lah...banyak makcik-makcik tadi yang datang...." Yati berusaha ingat, ada ke makcik arwah Qasmina tadi. sambil itu, Yati melabuhkan punggung atas bangku meja makan itu.

"Alah....yang pendek-pendek hodoh tu...." Beritahu Ara, sumpah! tak suka betul dengan makcik tu, dia dapat rasa ada aura jahat yang mengelilingi makcik tu.

"eh! apa kamu ni kutuk wajah orang sembarangan, tak baik tau......yang pendek-pendek tu ke ? yang ada tahi lalat di hidung tu ke ?...." Soal Yati ingin tahu.

mendengar ciri-ciri makcik itu tepat sekali kepalanya mengangguk dengan laju.

"haa! ya.ya....siapa tu ibu ? Ara tak kenal lah, tak pernah nampak pun...." agak-agak kangkung ni cukup tak untuk malam ?

"oh! tuu....jarang datang tu, nama dia kalau tak silap Salmah kot.... kalau datang pun Ara tak pernah nampak lah, sebab sibuk je memanjang....padahal takde kerja pun...." perli ibunya.

ibu ni bukan takde kerja, ajar anak-anak yatim mengaji bukan kerja ke ?






























Ustaz KuWhere stories live. Discover now