Bab51 lari

8.4K 193 17
                                    

dari jauh matanya menangkap seorang gadis sedang terkocoh-kocoh berlari.

"Eh!? Ara kenapa ni, dari mana ni ? nak ke mana?" Soal Adam bertalu-talu. dapat dia agak gadis ini seperti berada dalam masalah.

Ara menelan air liurnya dengan kelat. termengah-mengah dia dari berlari tanpa henti itu. nak cepat punya pasal! masa ni lah pulak henfon tertinggal! tak berkerjasama langsung! ukh! penat!

"Adam!! uhk! to..tolong...."

"kenapa ni ? ada masalah ke ?" Soal Adam dengan panik sekali.

"Qisyah!...uh!...tolong tengok Qisyah dekat air terjun tu saya risau dia bunuh diri, saya nak panggil abang Ayash dulu!." Ujarnya termengah-mengah. Ara bersyukur, nasip baik bertembung dengan Adam di jalan.

hah? kenapa dengan Qisyah, namun Ara sudah pun meninggalkan dia yang terpinga-pinga sendirian. Adam segera berlari pecut pergi ke air terjun seperti yang di katakan tadi. risau kalau betul Qisyah nak bunuh diri. apa yang terjadi sebenarnya ?

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

nak berjam-jam dia menangis di atas batuan tepi air itu. sakit sangat hatinya hari ini! dia tak dapat berfikir dengan jernih lagi. dia tak nak berfikir buat masa ni!

namun tanpa dia sedar, Adam dah tiga puluh menit duduk di sampingnya tanpa bersuara. dia biarkan je gadis itu menangis. mana Ara ni ? lama betul. dah nak magrib ni.

sesekali Qisyah menarik hingusnya. Qisyah mendongak dari memeluk lutut itu.

"wargh!!!!....." teriak Qisyah sekuat hati, terkejut dengan figura Adam yang selamba duduk di sampingnya. Qisyah nak tertawa sebab terkejut beruk tapi air matanya tak mengizinkan. dia menyambung lagi tangisannya dengan kuat.

Adam tertawa menampakkan giginya. comel je Qisyah ni. kalau nak ketawa tu ketawa je lah, tak payah cover line acah nak menangis.

"hodohlah!....." gurau Adam. tapi tak sangka ianya dapat menghentikan tangisan Qisyah. mata sembam itu merenungnya dengan tajam. berani kau cakap aku hodoh!?

"jangan lah menangis. Qisyah tak cantik macam ni..." pujuknya. nak je belai ubun-ubun gadis itu namun dia sedar batas dia sebagai lelaki.

"Qisyah ada masalah ?...." Soalnya dengan lemah lembut. Qisyah mengeleng.

"Adam?...."

"mmm?...." Adam sekedar mmm je. langit yang mulai gelap itu di pandang. uh! cepat lah Ara! boleh timbul fitnah ni kalau orang kampung nampak.

"ada seseorang tak yang kau sayang ?" Soal Qisyah ingin tahu, alhamdulilah emosi Qisyah stabil kembali. cuma dia masih tersedu-sedu akibat terlalu menangis.

"ada...." jawap Adam sepatah.

"sebab?...."

"perlu ke ada sebab nak sayang seseorang tu ?" Qisyah mengangguk.

"tapi kalau orang yang kau sayang tu dah bertunang ?...." Adam menoleh, memandang wajah cantik yang sembab itu. hidung yang merah itu membuat Qisyah tambah cantik lagi.

"hmm....bagi ku, kalau pun orang tu dah bertunang, perasaan itu tetap tidak berubah. aku ikhlaskan, mungkin dah tiada jodoh. asalkan dia bahagia di sisi orang yang dia sayang itu pun sudah cukup." jawap Adam. wah! tak sangka buaya darat kampung dah semakin matang.

"tapi dalam masa yang sama dia nak kawin dengan kau ?...contoh nye bermadu dengan tunangnya yang satu itu." Soal Qisyah lagi. kali ni Adam memandangnya dengan lama. Qisyah membalas pandangan itu. nak tahu juga jawapan dari lelaki ini.

Adam tertawa mengeluarkan suara garaunya.

"jangan lepaskan peluang itu Qisyah! kalau dah sama-sama sayang, sama-sama cinta. apa salah nya ? fikirkan kebahagian diri dulu baru fikir hal lain."

"tapi bahagia ke ? berkongsi kasih? kau memang suka lah, sebab kau lelaki!" perli nya. Adam tertawa dengan suara garaunya. ada ke macam tu ?

Qisyah menjeling dengan tajam, uh! dasar buaya darat! tak boleh harap langsung jawapannya ni.

"Nur Aqisyah!!....." serentak mereka berpaling ke arah suara garau dari belakang belakang mereka.

Ayash?

Adam berdiri dengan segera. sampai pun yang di tunggu.

"jom balik!...." dari nadanya saja dah tahu Ayash tak main-main. Adam berdehem merasakan suasana agak tegang.

"Qisyah pergi lah balik, dah nak malam. lagi pun sebentar lagi malam berinai Qisyah nak mula dah...." Ujar Adam sambil tersenyum mengikhlas segala perasaannya.

Adam tahu ? memang dia sorang je yang tak tahu semua ni ke ?!

Qisyah mengangguk mengerti.

"jaga diri tu baik-baik, aku doakan kau bahagia..."

"takde makna nye...." jawap Qisyah dengan selamba. lalu pergi meninggalkan dua lelaki itu. Qisyah masuk ke dalam kereta yang tidak jauh dari mereka itu.

"ada apa dengan Qisyah ?" Soal Adam dengan serius.

"takde apa. cuma ada salah faham sedikit, terima kasih jaga Qisyah tadi...." Adam mengangguk mengiyakan.

"tapi kalau Qisyah tersakiti lepas korang kawin, jangan salah kan aku kalau Qisyah cari aku." Ujar Adam. namun reaksi Ayash biasa-biasa sahaja. dia sudah sedia maklum bahawa lelaki bernama Adam ini menaruh hati dengan Qisyah.

"tak akan!...." tegas Ayash. sempat dia merenung tajam anak mata lelaki itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Adam sendirian. baru nak ajak naik kereta bersama, tapi keadaan mereka tidak mengizinkan.





Promote Story🎈
https://www.wattpad.com/story/285441160?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=Nilhaikalnurina&wp_originator=dlcLT6n%2B13LizSgtQ%2FZ%2BKb%2BEVhSdEUti%2F7gajR9Sv%2Foc4x6EnKxrPQoJhEDgwjC0vEe2k5AMK6tbNrzFDDyqQI0uJYXYKkqJyyUXsKG6QAzt2YRilwQFsm5aCzVzAMpi

Ustaz KuWhere stories live. Discover now