Bab34

8.9K 217 11
                                    

mereka menghembuskan nafas lega apabila pintu itu di tutup kembali. mungkin dia rasa tidak ada orang pun di bilik itu. Qisyah menjauhkan diri apabila merasa Ayash tidak selesa dengan keadaan mereka yang sungguh intim itu. sudah lah dia mengenakan singlet tidur paras paha yang seksi itu.

ingatkan semua orang dah tidur. jadi dia tak fikir dua kali bila keluar bilik dengan pakaian seperti itu.   terkejut juga Qisyah jam begini Ayash tak tidur lagi.

sekarang pukul dua pagi dah.

Ayash membuang pandangan ke arah lain, ada satu perasaan yang mula menjalar dalam naluri kelakiannya. melihat Qisyah yang seksa begitu rupa, lelaki mana tak tergoda. hmmm.

apabila keadaan sudah aman dan tiada bunyi lagi dari luar, Qisyah memulas tombol pintu namun hujung baju nya di tarik oleh Ayash.

lalu satu tuala yang bersize besar itu menutupi badan Qisyah yang terdedah. faham dengan itu, Qisyah akur menutupi badannya dengan tuala bersize besar yang entah siapa punya.

"tunggu dekat luar....." Ujar Ayash. Qisyah hanya menurut kata lalu keluar dari bilik itu dengan ragu-ragu, takut juga kalau pencuri itu masih ada. yakin keadaan dah selamat, Qisyah melabuhkan punggung di atas sofa itu.

tidak lama kemudian Ayash muncul bersama dengan kotak first+Aid di tangan. baru dia ingat dahinya terluka tadi terhantuk kuat di penjuru lemari koleksi barang antik atoknya di sebabkan mengintai bunyi yang dia dengar dari luar rumah itu. nak tak nak je menangis, pitam sekejap dia sebelum Qisyah sedar ada orang bersembunyi di sebalik tabir itu.

"tutup sikit dada tu....." Qisyah berdehem dan menutupi badannya dengan tuala. malam ni dia rasa takde mood nak mengatal. dia pulak yang segan tiba-tiba di tegur begitu.

tangan Ayash naik membersihkan luka itu menggunakan kapas yang di tuang dengan ubat nyahkuman.

"sshtt...awww....." Qisyah meringis sakit. tak dapat menahan sakit itu, tangannya menolak tangan Ayash yang sibuk membersihkan luka.

"tahan sikit....." tegas Ayash. berkerut-kerut keningnya menahan pedas di luka.

"Abang! sakit......Qisyah tak nak lah!..." Tolaknya lagi.
tuala yang di gengam terlepas dari tubuh itu. Ayash merenung tajam anak mata itu. dah lah seksi! seksa mata ni tau!

apa pandang-pandang ? nak cium ke ?

Qisyah berdehem lagi, lalu berdiam diri tidak terkutik langsung. Ayash kembali membersihkan luka itu.

lama Qisyah merenung anak teruna orang itu dengan jarak dekat.

dari mata turun ke hidung, dari hidung turun ke....err mulut ?

terasa di perhatikan, perbuatan Ayash terhenti untuk seketika. mereka bertentang mata dengan lama, nak lawan mata ke tu ?

lama juga lah mereka bertentang mata. seperti ada yang ingin di sampai kan tapi tak terluahkan. perlahan-lahan kepala Qisyah semakin dekat di wajah itu.

semakin lama, semakin dekat. berapa cm lagi bibir mereka nak tersentuh.

namun hampa, Ayash mengelak ke tepi.

ukh! melepas lagi! kuat betul iman lelaki ni.

cup!

tak dapat bibir, pipi pun jadilah.

Ayash menoleh dengan renungan tajamnya. terangkat sebelah kening Qisyah dan membuat mimik wajah 'kenape?'.

sengaja nak cari pasal,

"Qisyah saja kan nak goda abang ?"

"Mmmm?....salah ke ?...."

"dah tahu kan tu salah ? kenapa suka cari pasal ni? abang ni tunang orang!."

Ujarnya dengan nada marah. tak tau nak cakap apa lagi, dah banyak kali mata nya ni melihat benda yang tak berfaedah. dan dah banyak kali gadis di depan nya ini melampaui batas.

"bukan selalu pun.....lagi pun tunang abang tu takan tahu" Ujar Qisyah dengan selamba. setakat marah dia tak takut lah. suka adalah.

"ubatlah luka tu dengan sendiri!,...." Lalu Ayash berdiri meninggalkan Qisyah sendirian di ruang tamu. tak sanggup tunggu lama-lama, takut tidak dapat mengontrol perasaan.

sampai hati tinggal orang sendirian!

"tak ubat pun takpe!, abang je over!" perli Qisyah. lalu berdiri dan menjeling tajam. kakinya sengaja di hempas ketika berjalan. sakit hatinya bila Ayash mengingatkan statusnya sebagai tunang orang.

Ayash yang tak jadi masuk bilik itu tergeleng-geleng kepalanya. tak sangka pulak Qisyah tak nak membersihkan lukanya. ingatkan boleh lah biarkan dia sorang yang cuci luka.

siapa suruh! buat orang marah je. suka hati je kiss pipi orang. ingat halal ke?

Hye guys. baru ada masa update. sebenarnya dah buat 3chapter tp rasa mcm merapu, merepek pun ada. so padam lagi. harap korang tak bosan lah baca cerita ni☺️

vote⭐



















Ustaz KuWhere stories live. Discover now