Bab18 perhatian

8.8K 219 0
                                    

Ayash mengambil tikar di belakang kereta jenama Vigo.

"tak perlu! biar abang angkat....."

"Err....o..okey....."

niatnya ingin menolong tapi terbantut, Qisyah terus ke tempat mereka stay. dan menolong apa yang patut. ibu bapa Qasmina pun ada sekali, semua sibuk mengatur tempat untuk beriadah dan bersantai.

Yusup mengorak tikar bambu itu di atas batu yang kelihatan tidak rata itu. asalkan ada tempat untuk di duduk. memandangkan mereka ramai ada dua tikar bambu di orak di situ. lalu Yati dan mak Qasmina menyusun segala makanan dan minuman di atas tikar itu, mereka mencari tempat yang seimbang untuk meletakkan barang di atas tikar bambu itu. sambil buat kerja sambil mereka bersembang apa sahaja yang menjadi topik mereka.

Bunyi air terjun sungguh mendamaikan. inilah kebanggaan kampung yang bernama Permai. di sebalik kampung itu terdapat air terjun yang tidak di ketahui ramai. ianya selamat untuk penduduk kampung berkelah dan bermandi-manda di situ. airnya terbahagi kepada dua. di atas tempat jatuhnya air terjun itu sedalam sepuluh kaki. mana kalah di bawahnya sisa air yang jatuh itu sedalam tiga kaki, sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda di situ.

"Qisyah! jom mandi....." Ajak Ara..

"kau gilak? aku tak reti berenang lah!"

"Alahhh, tak kan lama dekat landon tu tak pandai berenang lagi ?" perlinya dengan sengaja.

"aku dekat sana belajar, bukan berenang."

"takpe, aku ajar kau ehh??" pujuk Ara. dah pakai baju besar-besar ni untuk berenang. Ara menarik pergelangan Qisyah dengan paksa. Qisyah terpaksa mengikut langkah Ara.

"nak ke mana tu ?" Soal Ayash. baru siap angkat semua barang bersama Qasmina. kalau tunangnya boleh pulak tolong! cih!

"mandi...." jawap Ara.

"Qisyah tak boleh mandi sekali..." Ujar Ayash dengan tegas. semua mata memandang ke arahnya selepas mendengar suara yang cukup tegas dan kuat di pendengaran mereka.

"kenape ?" Soal Ara ingin tahu.

"Qisyah tak reti berenang kan?" jawap Ayash.

"Err....kan aku dah kataa, kau ni!" terkejut juga, mana Ayash tahu kalau dirinya tidak reti berenang.

"laa, Ara kan ada?" pujuk Ara lagi. bosan lah macam ni, takde kawan mandi, ramai je orang dekat sini tapi nak Qisyah juga.

"tak boleh!" tegas Ayash. nanti ada apa-apa dia juga yang susah.

Yati terkedu sedikit dengan perubahan sikap Ayash terhadap Qisyah. lalu dia tersenyum janggal dengan mak Qasmina.

"kak Timah tak payah hairan lah, Qalisyah dah saya anggap macam anak sendiri, tu haa Ayash pun dah macam abang bagi Qisyah...."

"Ouhh....takpe saya tak heran pun Yati, tapi cantik betullah budak tu, dulu kecik-kecik saya ingat, selalu bergaduh dengan Qasmina, alhamdulilah dah besar berkawan pulak" lalu mereka ketawa bersama.

Ayash berdehem sebaik sedar dirinya telah menjadi perhatian di situ. Ara jadi muncung selepas Qisyah tidak di izinkan oleh Ayash untuk mandi sekali.

"takpe, saya kan ada...." Ujar Qasmina dengan lembut. wajah Ara kembali ceria walaupun agak terpaksa. dia sebenarnya tak berapa selesa dengan Qasmina, mungkin sebab dulu dia pernah fitnah sahabatnya.

"Qisyah main je kat bawah tu, takyah naik atas tu" Ujar Ayash. Qisyah hanya mendiam diri, dia rasa dia pulak yang bergelar tunang di situ. di sebabkan perhatian Ayash tak mengena tempat. tunangnya elok je berdiri di sebelahnya tak pulak di hiraukan.

Ara dan Qasmina meninggalkan mereka berdua di tepi air terjun itu. Qisyah tak tau nak buat apa, nak duduk dekat situ, terasa janggal pulak sebab ibu bapa Qasmina turut ada di situ.

"Abang tak perlu hiraukan Qisyah lagi, urus je tunang abang tu...." perli Qisyah. tapi matanya fokus dengan Ara dan Qasmina yang mandi manda itu bersama kenalan lain yang satu kampung juga.

"abang tegur bukan saja-saja, nanti Qisyah lemas ke apa, abang juga yang kena tolong bukan orang lain" jawapnya dengan nada yang serius dan tegas.

"Qisyah nak mati ke, pengsan ke, buat tak peduli je!" Matanya menjeling dengan tajam dengan lelaki di sebelahnya ini. sekejap tegang sekejap perhatian sekejap marah? ukh!

Qisyah melangkah pergi mendekati Ara tapi dia tak turun, dia cuma duduk dekat batu-batu yang berada di tepi itu.

Ayash pandang belakang Qisyah yang semakin jauh itu. perlahan-lahan dia mengembus nafas yang lemah. tak peduli?

hmm agak sukar untuk dia menahan diri agar tidak peduli lagi dengan kehidupan gadis itu.





Ustaz KuWhere stories live. Discover now