Bab11 zip

16K 201 1
                                    

badan dah mula rasa sejuk dan mengigil. dah sejam dia mencari Qisyah yang tidak kelihatan lagi.

suasana dalam lot itu gelap gelita, di tambah lagi hujan yang seakan tidak mahu berhenti.

dari jauh kelihatan sebuah rumah kecil, laju sahaja langkah kaki itu menuju ke sana. setahu dia itu pondok yang ketua kampung bina untuk masa rehat selepas siap buat kerja.

"Asalamualaikum!...." sejak kecik abah dah ajar, walaupun rumah itu kosong, kita kena beri salam, kerana ada makluk Allah menumpang juga walaupun tidak kelihatan di mata kasar.

namun di sini, dia bukan melihat makluk itu, Ayash terkejut dengan makluk Allah yang bernyawa dan berwajah cantik itu.

"Qisyah ?!"

Ayash berdehem dan menundukkan pandangannya, tiba-tiba dia rasa segan memandang Qisyah yang hanya bersinglet putih itu.

dah la tadi pagi terpandang Qisyah berkemban. sekarang ? bersinglet pulak ? uhk! kalau saja dia lelaki lain, mungkin Qisyah dah tak selamat.

"Abang??! macam mana abang boleh ada dekat sini ?" Soal Qisyah yang turut sama terkejut. tidak pun melindung kulitnya yang terdedah itu.

"pakai something yang boleh tutup badan tu" arah Ayash, dia membalikkan badannya dari terus berhadapan dengan lawan jenisnya. fuh! dapat dirasa syaitan tengah bersorak di situ.

Faham dengan itu, Qisyah mengambil jaket tadi lalu di pakaikan semula tapi zip jaket itu tersekat dan tidak dapat di tarik.

"Zip ni rosak la..."

"hmm..pakai je cepat ...."

berkerut-kerut wajahnya menarik zip yang tersekat itu. jarinya sakit akibat di paksa menarik zip yang terlalu kecil.

"abang boleh tolong Qisyah tak ?" otak Ayash sungguh sangat blang ketika ini, nak tolong ? Allahuakbar!. sungguh menguji keimanan sahaja Qisyah ni tau.

"abang ?" Qisyah masih berusaha menarik zip itu, namun hampa. apa masalah zip ni ? adoii.

terpejam mata Ayash, oh no! mana mungkin dia menolong ?

"Abang! tolong lah. kalau tak, Qisyah malas lah nak pakai jaket ni! dah laa panas!" rungut Qisyah. dia pandang Ayash yang masih membelakang nya. walaupun hujan di luar sana. tapi dalam pondok ni sungguh terasa panas. angin satu pun tidak ada yang masuk.

perlahan-lahan Ayash membalikkan dirinya. dan mendekati Qisyah yang tidak mempunyai perasaan bersalah itu. Qisyah tau tak ? Ayash pun lelaki normal tau.

terjongket keningnya melihat Ayash seperti ragu-ragu menyentuh hujung jaketnya. tertawa dia melihat wajah Ayash yang sangat takut dan blur itu.

jangan pandang situ Ayash! jangan...

"Abang ni! sentuh jaket je pun bukan sentuh Qisyah pun kan?" ejeknya. dia ketawa menampakkan gigi.

"Abang pun lelaki normal juga Qisyah...." dengan mudah zip itu di tarik sampai ke atas dadah Qisyah. anak mata Qisyah di pandang dengan dalam tapi tajam.

air liurnya seakan tersekat di kerongkong. senyuman tadi mati dengan serta merta.

"Err....Qi...qisyah tau lah! jangan lah takutkan Qisyah!" Qisyah menolak dadah bidang itu agar menjauh.

"mmm...makan ni, ibu bagi...." bekal tadi di hulur ke arah Qisyah, dan di sambut.

mulut Qisyah terlopong lalu tersenyum senang. dari tadi lagi dia menahan lapar. mujur Ayash bawa lauk untuk di makan.

bekas makanan tiga tingkat itu di buka, terdapat tiga mangkuk yang dapat di keluarkan. mangkuk pertama berisi nasi, kedua lauk ayam masak rendang, ketiga kueh cucur udang yang di masak petang tadi.

"Waaa.....nasip baik abang bawa makanan, Qisyah lapar lah...." Qisyah duduk atas bangku kayu itu. lalu menjamah makanan.

"baca doa makan...." tegur Ayash. terbantut tangan Qisyah nak menyuap nasi ke mulut itu. Qisyah menjeling tajam ke arah Ayash. lalu membaca doa makan seperti baca, barulah Qisyah makan dengan sopan, walaupun mulutnya ingin makan dengan rangkus tapi depan Ayash ? hmm tempah ceramah lah ceritanya nanti.








Ustaz KuМесто, где живут истории. Откройте их для себя