Terkulat-kulat Marissa di situ. Matanya tak berkedip memandang sejambak bunga ros putih yang cantik itu. Sangat indah menyapa pandangannya. Bibir naik menyungging senyuman manis. Tengok bunga kesukaannya saja membuatkan hati Marissa terpujuk daripada rajuknya.

"Sayang suka tak bunga ni?" Harraz mengajukan soalan yang sudah terang jawapannya. Saja dia bertanya untuk memecahkan keheningan di antara mereka. Melihat senyuman isterinya yang terlakar cantik, hati Harraz menghela perasaan lega.

"Suka... Suka sangat!" jawab Marissa disertai anggukkan laju.

"So, dah maafkan abang ke?"

Harraz menanti jawapan daripada isterinya dengan debaran kuat di dada. Wajah yang tercalit dengan solekan nipis itu ditenung sedalam-dalamnya.

Hilang seri di bibir, digantikan pula dengan cebikan manjanya.

"Abang ada buat salah dengan Ris ke?" soal Marissa, sengaja menguji suaminya. Muka diangkat dan sepasang mata helang itu ditentang berani.

"Sayang..." Meleret suara Harraz. Dia tahu Marissa sengaja nak mengujinya. Bahu Marissa dipegang. Muka didekatkan. Hidung mereka berlaga untuk sesaat.

Mata terpejam menikmati keharuman tubuh milik isterinya. Jantung berdetak laju. Tak pernah walau sekali jantungnya akan berdegup normal kalau Marissa berada dekat dengannya. Ia tetap akan berlari laju dan kencang.

"Okay, i know it's my fault tinggalkan sayang sorang-sorang dekat rumah last night. I'm so sorry sayang. That time, abang terlalu ikutkan sangat emosi. Abang marah, abang kecewa dengan sayang sebab sorokkan hal tu daripada pengetahuan abang. But, itu bukan alasan abang untuk tinggalkan sayang seorang diri dekat rumah ni."

Marissa diam. Telinganya mendengar segala luahan Harraz. Sepatutnya, dia yang minta maaf. Bukan suaminya.

"Abang rasa bersalah dengan sayang. As a husband, abang sepatutnya duduk dan berbincang dengan sayang. Bukan terus keluar macam semalam. I'm so sorry sayang... Abang rasa abang tak mampu untuk jadi suami yang baik buat sayang."

Harraz menyulam jari-jemari Marissa. Dibawa ke bibir lalu dikucup lembut. Dia buat semua ini untuk memujuk kembali sang isteri. Harap-harap Marissa akan terpujuk kembali.

Luluh hati Marissa. Setiap diksi suaminya tadi, dapat dirasa keikhlasan yang mula terpahat di hatinya. Tersentuh? Sudah semestinya. Apatah lagi melihat kesungguhan Harraz dalam memujuknya. Akhirnya, Marissa cair juga.

"Abang... Sepatutnya Ris yang kena minta maaf dengan abang. Kalau tak disebabkan Ris, kita takkan bergaduh kan? Abang tak akan tinggalkan Ris malam tu. Ris minta maaf sebab rahsiakan perkara yang jadi tu daripada abang. Ris cuma tak nak abang bimbang. Ris minta maaf..."

Lantas, tubuh Harraz dipeluk erat. Kepala disembamkan di dada suaminya.

Tersenyum kecil Harraz jadinya. Tangan menggosok lembut rambut sang isteri. Dia tak marah Marissa. Harraz tahu, wanita itu cuma berniat tidak mahu membuat dia bimbang.

"It's okay, sayang. Lepas abang fikir-fikir balik, abang faham kenapa sayang buat macam tu. Cuma lepas ni, jangan rahsiakan apa-apa lagi daripada pengetahuan abang. Tak kesahlah benda tu penting atau tidak. Abang cuma tak nak ada rahsia di antara kita. Dan sebagai seorang suami, memang kewajipan abang untuk melindungi sayang. Sayang faham kan?"

Dagu Marissa dicuit. Pipi gebu itu dicubit perlahan.

Marissa angguk. "Okey abang. After this, Ris janji yang Ris tak akan rahsiakan apa-apa pun daripada abang. Dan abang pun kena janji, abang tak akan simpan atau sorok rahsia daripada Ris juga. No more secrets between us, okay?"

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now