Terkebil-kebil Harraz menerima tolakan tersebut. Bukan tadi Marissa peluk dia macam tak nak lepas? Sekarang ni apa dah jadi?

"Kenapa ni sayang?" soal Harraz. Dahinya jelas dengan lapisan kerutan.

"Apa abang dengan Natalia buat dalam ofis tadi? Sampai berpelukan?" Jelas di telinga Harraz nada cemburu daripada isterinya.

"Sayang cemburu ke?" Soalan yang menaikkan darah Marissa dilontarkan. Sengaja mahu mencari pasal ke macam mana ni?

"Nampak suami berpelukan dengan perempuan lain, patut ke Ris gembira? Abang nak Ris bersorak? Tepuk tangan? Terlompat-lompat, macam tu?" soal Marissa, beremosi. Dia ketap bibir. Bila teringat balik insiden tak sedap mata itu tadi, automatik darahnya mendidih. Sakit hati!

"So, betullah sayang cemburu?" Masih sama, nak juga teruskan dengan usikan itu. Padahal bini tengah naik hantu tu! Harraz tersengih menampakkan barisan gigi yang terlekat di gusi. Dia menongkat dagu di peha dengan anak mata tunak merenung wajah cantik Marissa.

Marissa mendengus. Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya pula. Dia memincilkan matanya sebelum mengambil keputusan untuk turun dari katil. Tapi, tindakannya terbantut tatkala Harraz lebih cepat menarik pinggangnya. Dan buat sekali lagi, dia berada di dalam dakapan suaminya. Harraz menyilangkan tangannya dan dipeluk kejap. Terasa ada hembusan di tengkuk Marissa.

"Sayang... Dengar ni abang nak explain. Dan dengar baik-baik apa yang abang nak cakap. Listen..." Harraz tarik nafas sebelum memulakan bicara. Melihat kebisuan Marissa, Harraz terus membuka mulut.

"Apa yang sayang nampak tadi, tak sama dengan apa yang sayang fikir. Abang dengan Natalia tak ada buat apa-apa pun tadi. Hatta, abang tak nak pun pegang or peluk dia. Tapi tadi, keadaan memaksa abang untuk bertindak sedemikian. Natalia tiba-tiba rebah masa nak keluar dari ofis abang. And abang sebagai majikan, takkan nak biarkan pekerja abang terlentang dekat situ? I must be professional. Niat abang cuma nak tolong dia aje. Tak terniat waima sikit pun nak peluk dia. Kaki abang tersadung dekat sofa and abang terus jatuh dekat situ juga. Dan kebetulan, sayang datang waktu tu. Sumpah... Apa yang jadi tadi secara tak sengaja. Sayang percaya abang kan?"

Panjang lebar Harraz menerangkan apa yang terjadi tadi. Nampak kesungguhan dia untuk meraih kepercayaan Marissa.

Buat seketika, Marissa memilih untuk terus mengunci mulut dan membatukan diri. Otak ligat mencerna setiap butir-butir bicara suaminya tadi.

Apa gunanya sesebuah perkahwinan kalau tak ada kepercayaan?

Entah mengapa, ayat tersebut terus menerpa ke kotak fikiran. Marissa terkedu kecil.

Kepercayaan?

Ya, dalam sesebuah perkahwinan, kepercayaan terhadap pasangan amatlah penting.

"Sayang... Janganlah senyap aje... At least, say something. Jangan buat abang gelisah, please..."

"Abang tak tipu Ris kan?" Marissa terus pusingkan tubuhnya. Dia merangkul leher Harraz.

"Tak, abang tak tipu sayang... Sayang percaya abang kan?" Harraz teguk liur. Risau kalau Marissa tak percaya dengan apa yang diceritakannya.

"I trust you, abang..." Pipi Harraz dicium sekilas.

Mekar senyuman Harraz mendengar ujaran isterinya. Resah di hati mula beransur pergi, lega pula berganti.

"Tapi tadi kenapa abang pujuk Ris kejap aje? Lepastu Ris dah tak dengar apa-apa lagi," tanya Marissa. Bibirnya memuncung.

Harraz ketawa halus. Dia mencubit pipi Marissa.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now