END

10.2K 510 302
                                    

Mereka disitu memandang ke arah Faiq.

Faiq lelah.

"Macam ma-na deng-an anak kami doc ?" Tanya Faiq.

Doktor itu mengeluh.

"Saya minta maaf Puan dan Mr.Qias, saya tak dapat nak selamatkan anak puan dan Mr.Qais, sebab anak korang terlalu banyak minuk racun. Dan sebabnya kerana Encik Ahlesh lambat datang ke hospital. Saya agakkan anak puan dipaksa minum racun, saya minta maaf sekali lagi kerana tak dapat nak selamatkan anak puan dan Mr.Qais, Allah lebih menyayangi Fayre"

Tania terduduk disitu.

"Tak, tak mungkin doc, anak saya masih hidup, anak saya tak mati lagi !" Jerit Tania.

"Doc tolonglah saya sekali lagi, selamatkan anak saya, dia ibaratkan nyawa saya doc" Kata Tania.

"Tania" Panggil Faiq, baru saja dia hendak memeluk tubuh itu tapi...

PANG

"Sebab kau anak aku mati, sebab kau menderita, semuanya sebab kau sial !!" Jerit Tania.

"Maafkan aku Tania" Ucap Faiq.

"Aku semak dengan maafkan, kau boleh pergi berambus lah dari sini"

"Berambuslah, buat apa kau nak duk sini lagi, anak aku dah mati, kau puaslah kan, anak yang kau benci dah mati"

"Dia anak aku juga Tania !" Tengking Faiq

"Selama ni kau pernah anggap dia anak kau ke hah ! Selama ni kau kurung dia ! Kau dera dia, kau hina dia, sekarang baru kau nak mengaku dia anak kau, masa Fayre dah tiada baru kau nak mengaku hah !!" Marah Tania.

"Maaf puan dan Mr.Qais, kalau korang nak bergaduh, bergaduh dekat tempat lain ye, ni hospital, stress pesakit nanti kalau dengar orang terjerit-jerti" Ucap doktor itu.

"Saya nak jumpa anak saya doc" Kata Tania. Doktor itu mengangguk.

Terus Tania masuk ke dalam, terasa longgar lututnya melihat anaknya yang ditutup kain putih itu.

Aqif menyambut tubuh kakaknya yang daripada terjatuh.

"Sabar kak, Allah lebih sayangkan Fayre" Kata Aqif.

"Anak ma-ma"

Aqel membuka kain yang menutupi wajah Fayre.

Tania meraung disitu. Anaknya.

"Fayre ma-ma dat-ang sa-yang, plea-see bu-ka mata say-ang" Kata Tania tersekat-sekat.

"Mama rindu Fayre, Fayre tak rindukan mama ke, tolong buka mata sayang, mama datang ni"

"Fayre !!" Jerit Tania, Aqif memeluk erat tubuh anaknya yang tidak lagi bernyawa itu. Tania teresak-esak di dalam pelukan Aqif itu.

"Aku bawa akak keluar dulu" Kata Aqif terus dia membawa Tania keluar daripada bilik itu.

Faiq berjalan perlahan mendekati Fayre.

"Papa datang ni" Kata Faiq, yaallah sakit itu hanya Allah je yang tahu.

"Papa minta maaf sayang sebab selama ni papa hina awak, hina mama awak, sakitkan hati mama awak, mungkin ini balasan untuk papa, maafkan papa ye Fayre, Fayre anak yang baik. Terima kasih sebab pernah ada dengan mama, teman mama semasa papa takde dengan mama, papa akan rindu telatah awak. Papa redha, awak pergi dengan tenang ye sayang, ramai yang sayangkan Fayre, mama, papa, daddy Aqif, nenda, tokdaddy, dan semua orang sayang Fayre, Fayre tenang dekat sana ye sayang" Kata Faiq, dia mencium dahi anaknya lama, airmatanya menitis jatuh di atas dahi Fayre, cepat-cepat Faiq lap.

C | Separate Love✔️Where stories live. Discover now