SEPARATE LOVE 4

9K 533 64
                                    

Sudah seminggu dia berada di kampung, tetapi dia berasa lega kerana keluarganya tidak tahu lagi kandungannya itu.

'Baby, apa nasib kita sayang' desis hati Tania, dia mengusap sedikit perutnya yang masih kempis itu.

KTAKKK

Terkejut Tania lalu dia memandang ke pintu itu dan terus dia mengalihkan tangannya dari perut lalu dia tersenyum memandang ibunya.

"Boleh ibu masuk"

"Eh masuk la" Ucap Tania, Puan Shila masuk lalu dia duduk disebelah Tania.

"Kenapa sejak along balik ni, ibu nampak along asyik berkurung je dalam bilik, adik-adik rindu along tau, ke along ada masalah" Ucap Puan Shila, Tania memandang Puan Shila lalu dia memeluk ibunya dan menghamburkan tangisannya di bahu ibunya.

"Kenapa ni sayang ?" Tanya Puan Shila.

"Allah ampunkan ke orang yang banyak dosa ni ibu, orang yang banyak dosa seperti Tania ni ibu" Kata Tania.

"Pandang ibu, kenapa cakap macam tu sayang, Tania anak ibu dengan ayah, semua manusia ada dosa, tiada siapa yang tak pernah buat kesilapan dalam hidupnya, semua manusia melakukan kesilapan" Ujar Puan Shila.

"Along da-h d--ah-"

"Dah apa along ?" Soal Puan Shila ragu-ragu, macam dia tahu apa yang hendak diberitahu Tania.

"Along dah terlanjur dan sekarang along mengandung" Ucap Tania, terkejut Puan Shila.

"APA !!!!! MENGANDUNG !!!! " Jerkah Encik Talhah yang mendengar perbualan anaknya dan isterinya. Terkejut Tania dan Puan Shila, Puan Shila yang terkejut dengan apa yang dicakap Tania bertambah terkejut apabila mendengar jerkahan suaminya, boleh dapat serangan jantung kalau asyik terkejut je.

"Kau memang anak derhaka, terlanjur dengan jantan mana, kau buat apa dekat KL sana, aku lepaskan kau suruh kau cari kerja bukan buat maksiat, kau kerja pelacur ke apa hah !! Duit yang kau bagi kitorang makan selama ini memang duit haram lah kan, dasar anak tak kenang budi !! " Jerkah Encik Talhah lalu dia menarik kuat pergelangan Tania sehingga terjatuh dari katil Tania dibuatnya, terus diheret Tania ke ruang tamu.

"Sakit ayah" Rintih Tania.

"Tahu pun sakit, hati aku ni lagi sakit tahu bila dengar kau terlanjur dengan jantan lain, aku bagi cukup didikan agama, cukup kasih sayang, apa lagi yang tak cukup tania !!" Marah Encik Talhah, mukanya merah kerana terlalu marah. Tania dan Puan Shila hanya menangis.

"Maaf-kan Tania ab-ah Tania min-tak amp-un" Ucap Tania lalu dia memeluk kaki abahnya. Terus Encik Talhah menarik kuat kakinya dan keluar dari rumahnya itu.

"Maafkan Tania ayah" Panggil Tania.

"Along" Panggil Dania lalu dia mengosok perlahan bahu Tania, adik-adiknya yang lain memujuk ibu mereka yang masih lagi terkejut.

"Ibu" Sayu Tania memanggil ibunya, tetapi terus Puan Shila bangun dan masuk ke dalam biliknya.

"Ibu maafkan Tania ibu !!" Jerit Tania.

*******

4 BULAN KEMUDIAN.

Faiq memasuki rumah agam milik keluarganya, terus dia keluar daripada keretanya dan menuju ke pintu rumah, sudah lama juga dia tak balik ke rumah keluarganya.

Faiq meletakkan kad dipintu dan cap jarinya terus pintu rumah itu terbuka sendiri apabila di scan muka Faiq dan cap jari. Ajaib kan ? Biasala teknologi sekarang macam-macam boleh buat.

"Klạb læ̂w cả thāng klạb b̂ān dị̂ chạd. ( Abang dah balik, ingat jalan balik rumah rupanya.)" Perli adik bongsunya. Faiq tidak mengendahkan.

C | Separate Love✔️Where stories live. Discover now