SEPARATE LOVE 7

10K 531 198
                                    

Sudah sebulan dia tidak berjumpa dengan Tania, dia hanya mendengarkan khabar Tania daripada anak buahnya.

Adiknya itu sudah sembuh dan sudah dikeluarkan daripada hospital, tapi masih merajuk, mengurungkan diri dalam bilik.

"Hai sayang" Sapa seorang perempuan yang terjah pejabat Faiq dengan selambanya. Faiq menjeling, terus dia menyambung kerjanya.

"Nak apa ?"

"Pergi makanlah, dah jam 1 tengah hari dah"

"Aku tak lapar lah, kau pergi sendiri"

"Cey sombong nak mampus, dahla i pergi dulu" Terus perempuan itu keluar daripada pejabat Faiq, Faiq mengeleng. Dia menyambung kerjanya tetapi terganggu kerana fonnya berbunyi.

"Ada apa ?" Terus wajahnya berubah. Faiq keluar daripada pejabatnya.

"Ain cancel semua meeting saya petang nanti, esok dan lusa saya tak datang pejabat, awak handle sendiri okay" Kata Faiq kepada pembantu peribadinya, Ain hanya mengangguk terus dia keluar daripada pejabatnya.

Dia masuk ke dalam kereta yang dinaiki anak buahnya.

"Kenapa ?"

"Boss tengok ni"

Terus Faiq mengambil telefon daripada anak buahnya, dia melihat video itu, dia mengenggam penumbuk.

"Cari jantan tak guna ni, aku nak dia depan rumah aku nanti, aku bagi korang 30 minit untuk cari jantan ni dan suruh yang lain bersiap sedia, malam nanti kita gerak" Terus Faiq beredar daripada situ.

"Kau main-main dengan aku kan" Kata Faiq sendirian di dalam keretanya.

"Hello, papa busy tak malam ni"

"Okay kalau papa tak busy, ikut along pergi ke suatu tempat malam ni"

Faiq sampai dirumahnya, terus dia turun ke bilik bawah tanah.

"Mana jantan tu"

"Dekat dalam boss" Kata pengawal disitu.

Faiq masuk dan dia tersenyum sinis melihat lelaki itu sudah teruk dibelasah dengan badannya terikat di kerusi.

Faiq mengambil sebaldi air panas dan disimbah ke badan lelaki itu.

"Arghhhh, panas, panas" Jerit lelaki itu sambil meronta-ronta, kerana badannya sudah melecur terkena air panas.

"Mr. Qais" Kata lelaki itu tergagap-gagap.

"Pe kabor" Tanya Faiq terus dia mengambil kerusi dan duduk di depan lelaki itu, sambil jarinya menyuluhkan api di putung rokoknya. Lalu dia menghembus asap itu ke wajah lelaki itu.

"Mr. Qais nak apa dengan saya, saya ada buat salah dengan Mr.Qais ke ?" Tanya lelaki itu terketar-ketar.

"Kau tanya diri kau sendiri, petang tadi kau ada buat salah dengan siapa"

"Dengan siapa ?" Lelaki itu cuba mengingati.

"Seorang perempuan mengandung" Terbuntang mata lelaki itu.

"T-ania" Jawab lelaki itu, Faiq tersenyum sinis.

"Akhirnya kau mengaku juga, kau buat apa dengan dia tadi"

"Saya tak buat apa-apa tuan, sungguh, saya tak sentuh dia pun" Kata lelaki itu.

"Kau tak sentuh dia, tapi kau hina dia dan anak dia, anak dalam kandungan dia tu kalau kau nak tahu adalah anak aku, HAHAHAHA" Ujar Faiq dengan ketawanya, lelaki itu hanya menunduk takut untuk menentang mata helang Faiq.

"Sa-ya tak-tahu"

"Yes kau tak tahu, tapi kau siapa nak hina orang dan sebelum nak hina tu siasat dulu" Ujar Faiq.

C | Separate Love✔️Where stories live. Discover now