12 | SAYF'S LOVE

54 27 0
                                    

"RAYDEN mana?"

Fath berdecit, malas. Termasuk kali ini, sudah berapa kali soalan tentang keberadaan Rayden meniti di bibir Sayf.

"Aku dah cakap. Jangan sebut nama dia lagi," tegasnya seraya meletakkan mangkuk berisi bubur nasi di atas meja.

"Aku tak fahamlah! Bila aku tanya sebab dia, kau tak nak jawab. Aku tak nampak dia jadi aku tanyalah dia dekat mana. Takkan soalan macam tu pun kau nak marah aku?" bentak Sayf.

Kulit wajahnya mula berona merah, geram dengan angin Fath yang sejak dua menjak ini. Asyik tengking-tengking orang aje!

"Hoi! Aku..."

"Dahlah. Benda macam tu pun gaduh..." Nasr menyampuk. Dia duduk di birai katil lalu mangkuk itu dicapai.

Campuran nasi lembik yang dilumatkan dengan sayuran dan ketulan ayam, dia gaul sebelum sesudu penuh bubur itu disua ke bibir Sayf.

Sayf memalingkan wajah.

"Aku tak nak makan. Kau fikir aku budak kecil ke apa nak makan bubur bagai ni? Lagipun, aku dah sembuh..."

"Aku tahulah kau dah sembuh. Tapi, lagi elok kalau kau makan bubur ni. Mudah dicerna," terang Nasr.

"Tak nak."

"Sayf."

Keluhan dilepaskan.

"Bagi balik fon aku. Aku nak call Rayden." Tangannya dihulurkan kepada Nasr.

"Kau tak faham bahasa ke Sayf Zaydan? Aku cakap tak boleh tu, tak bolehlah! Kau nak aku cakap bahasa apa lagi baru kau nak faham?"

Sayf menalakan pandangannya ke arah Fath yang sudah bercekak pinggang.

"Sebab dia tembak aku ke kau jadi macam ni? Hei, relakslah! Aku yang suruh dia tembak aku. Kau nak panas sangat ni kenapa? Dah terang-terang tugas kita..."

"Bodoh," komen Fath sepatah.

"Apa..."

"Kau sanggup bergadai nyawa untuk dia? Hanya untuk dia, Sayf?" Soalannya terus dilontarkan tanpa membenarkan Sayf menyudahkan bicaranya.

Sayf mengetap bibir. Tangan Nasr yang masih sabar menyuakan sesudu bubur, dia tolak lembut.

"Kau tanya aku ke? Kenapa tak tanya diri kau? Kau sanggup ke nak biarkan binatang tu cederakan dia? Sanggup?"

"Tak, Fath. Tak. Hakikat sebenarnya... kau tak pernah sanggup tengok dia menderita. Betul tak apa yang aku cakap?"

Diam. Fath mengalihkan pandangannya tetapi tetap sahaja dia memasangkan telinganya, mendengar bicara Sayf.

"Satu je masalah kau. Kau ego. Kau... kau tak pernah cakap pun aku tahu yang kau sayangkan dia. Sebab apa? Sebab dia sama je dengan aku. Eh, silap! Dia sama je dengan kita semua. Kau... aku... Nasr... we're same. Kau sendiri tahu apa yang dia dah lalui."

Kuk!

Pandangan Sayf dan Fath bersatu pada Nasr yang menghempas mangkuk. Tegang sahaja riak wajah lelaki itu.

"Can you guys stop all of this?" Tidak betah mahu mendengar lagi perang mulut mereka, dia bangkit mengatur langkah ke muka pintu.

"So, kau pun samalah Nasr? Kau buat keputusan untuk tinggalkan dia? Tinggalkan orang yang kau anggap macam adik kau sendiri? Macam tu?" Sayf menengking bersama nada suara yang melengking-lengking, bergema di dalam biliknya.

"Kau bodoh ke? Selama ni aku selalu tertanya... kenapa kau perlu ikut apa yang orang tua tak guna tu arahkan kau? Kenapa? Aku tanya kau Nasr Uzair!"

Selimutnya diselak. Dia berpaut pada meja, membantunya untuk berdiri dengan lebih stabil. Luka tembakan yang sudah sedikit membaik terasa sengal apabila dia menggerakkan badannya.

Tetapi... peduli apa dia dengan semua itu jika perbualan dan topik utamanya melibatkan Rayden?

"Sorry, Sayf. Aku dengan Fath dah buat keputusan. Kitorang takkan dekat lagi dengan dia. Sama ada lepaskan dia pada Edein, atau selamatkan dia dari lelaki tu... kitorang takkan buat apa-apa. Yang penting, kitorang nak bawa kau pergi dari sini. Jauh dari Rayden... jauh dari Edein..."

"Jangan buat gilalah, bodoh!" cantas Sayf. Bersama langkah yang pincang, dia bergerak ke arah Nasr. Bahu lelaki itu dipaut.

"Kau fikir aku akan ikut kau ke? Kalau aku mati sekali pun... aku takkan tinggalkan dia! Ingat tu. Aku... Sayf Zaydan, dan aku akan tetap ada di sisi dia walaupun nyawa aku jadi taruhan. Cakaplah apa korang nak cakap. I will always stay by his side."

Wajah tidak berperasaan Nasr dipandang tidak percaya. Benarkah lelaki di hadapannya itu adalah Nasr Uzair yang sentiasa mempunyai belas terhadap orang lain?

Kecewa dengan reaksi sahabatnya, Sayf cuba melangkah meninggalkan mereka. Secara tiba-tiba, bahagian dada kirinya terasa perit. Seperti ada yang menyucuk kawasan lukanya itu.

Sayf jatuh melutut sebelum dia merasakan badannya dipeluk erat oleh dua pasang tangan.

"Sebab nilah aku buat keputusan untuk tinggalkan dia. Tinggalkan orang yang akan sakitkan kau..." Lirih, Nasr mengungkapkan asbabnya kepada Sayf.

"Keadaan terlalu bahaya Sayf. Kalau boleh, kitorang nak hantar kau pergi jauh dari sini. Kau... ibarat nyawa kitorang. Aku... Nasr... kitorang betul-betul tak sanggup tengok kau sakit macam ni lagi."

Turut menyertai sesi luahan rasa, Fath merendahkan egonya. Ego yang senantiasa dijunjungnya setinggi langit akhirnya dirapatkan ke kerak bumi. Air matanya tidak segan silu untuk tumpah mengenai pipi lelakinya.

Tangannya dibawa ke rusuk kanan Sayf. Kawasan berbalut kain kasa itu diurut perlahan-lahan, cuba mengurangkan sakit lelaki itu.

"Tapi, aku risaukan dia. Aku sayangkan dia. Aku..." Esakannya mula berlagu hiba. Sebak yang bertandang di dada diluahkan dengan tangisan pilu.

"Lebih dua puluh tahun... lebih dua puluh tahun aku hilang kesempatan untuk luangkan masa dengan dia. Jadi, please... jangan halang aku. Kalau aku mati sekali pun, aku takkan rasa menyesal langsung. Sungguh..."

"Kau ada fikirkan pasal kitorang? Kitorang pun tak sanggup hilang kau. Pilihan apa yang kita ada?" bisik Nasr di telinga Sayf, diselangi sedu sedan. Wajahnya basah.

Berat. Sungguh berat untuk dia membuat keputusan-keputusan itu. Pilihan yang dia ada... pasti akan mengorbankan salah satu daripada mereka. Di antara sifat perikemanusiaan dan hubungan persahabatan... siapa yang dia pilih?

Masalah yang datang bertimpa-timpa membuatkan dia gagal untuk berfikir sebaik mungkin. Sayf atau Rayden? Sahabat seperjuangannya atau sahabat sementaranya?

"Aku sayangkan kau, Nasr. Aku sayangkan Fath. Tapi... biarlah aku cuba berbakti pada orang yang paling aku nak peluk. Orang yang... tak pernah tahu kewujudan aku," jawab Sayf.

"Sayf..."

Bang!

Prang!

"Well... kita berjumpa lagi, dear 'guardian'."

________________

“A great friend is like a four-leaf flower; hard to find and lucky to have.”

________________

[ 975 WORDS ]

VOTE AND COMMENTS

SAHABAT Where stories live. Discover now