2 | FATH

72 30 2
                                    

"SIAPA kau?" soal Rayden, curiga dengan kehadiran lelaki itu.

"Aik, kau tak kenal aku? Habis tu, tadi..."

"Diamlah!" Wajah Rayden jelas berona kemerahan. Menahan malu. Manalah dia perasan tadi yang dia tengah berbual dengan lelaki itu! Ingatkan suara hatinya...

"Eleh, tadi aku juga yang tolong kau! Inilah manusia... habis madu, sepah dibuang. Ish, ish, ish!"

"Kau..."

"Siapa tu?"

"Eh, hai! Aku, Fath. Datanglah sini, weyh! Kawan kau..." Tanpa membuang masa, Rayden terus melepaskan pegangannya pada Reyz lalu mulut becok Fath, dia pekup kuat.

"Umph! Umph! Bu... suk!" Fath meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pegangan kejap Rayden.

"Diam!" bisik Rayden pula, bernada keras.

Bang! Bang!

Rayden menarik Fath ke belakang. Badan lelaki itu digunakan sebagai pelindung buatnya untuk menangkis peluru yang menuju ke arahnya.

"Umph! Umph!"

Rimas dengan rontaan Fath, Rayden segera menolak lelaki itu masuk ke dalam longkang.

Buk!

Blup!

Rayden terngadah.

"Erk! Ada air ke? Mampus aku!" bisiknya perlahan. Bibir digigit perlahan sebelum dia menjenguk ke dalam longkang yang tidaklah terlalu besar tetapi cukup untuk memuatkan badan fit milik Fath.

Bang! Bang!

Derapan langkah yang menuju ke arahnya membuatkan Rayden teragak-agak untuk membantu Fath yang sudah terjerit-jerit meminta pertolongan.

"Ah, lantak kaulah!"

Hala tujuannya mulai bertukar arah. Rayden melekapkan dirinya di dinding lalu kepalanya dijengul keluar.

Bang! Bang!

'Nasib, sempat...'

Nafas dihembus, lega. Untunglah tembakan lelaki berkepala botak itu tersasar. Kalau tidak... bersemadilah dia di lorang yang menjadi tempat lepak sampah masyarakat.

Rata-rata yang menghuni dan menjadikan lorong serba gelap dan busuk ini adalah penagih-penagih dadah. Kerap juga dia terserempak dengan kaki botol yang mabuk, terkinja-kinja menari di sepanjang perjalanannya.

Bang! Bang!

'Tch, asyik menembak je kerjanya! Kau bawak peluru satu tong ke, botak?'

Dalam asyik memikirkan jalan keluar dari situ, sempat lagi Rayden bermonolog. Mana tidaknya... dari tadi lagi lelaki itu melepaskan berdas-das tembakan. Namun sehingga sekarang, tidak juga habis pelurunya! Haih...

"Woi, tolong aku! Sesiapa please keluarkan aku dari longkang ni, weyh! Busuklah! Dari tadi lagi aku menyelam dalam air hitam ni, woi!"

Bebelan Fath tidak dihiraukan. Mindanya ligat berfikir tentang cara untuknya pergi ke bangunan di hadapan. Tidak mungkinlah dia akan membuat tindakan semberono dengan berlari melintasi lelaki botak itu tanpa sebarang perancangan!

Jarak antara dirinya dengan lelaki itu hanyalah beberapa meter sahaja. Jadi...

Buk!

Sisi pinggang lelaki itu, Rayden tendang apabila musuhnya itu sedang terleka memasukkan peluru ke dalam kelongsong pistol. Glock 19 itu dirampas lalu dia campakkan ke tepi, tidak mahu ianya dicapai kembali.

SAHABAT Where stories live. Discover now