"Really?" Harraz jongket kening. Dalam hati, dia ketawa kecil. Macamlah dia tak dengar Marissa mengutuknya pekak tadi.

Laju saja Marissa mengangguk. Nafas dihela lega. Nasib baik Harraz tak dengar kutukannya itu. Kalau tak, memang habislah dia sebab mengutuk lelaki itu. Hari pertama bekerja dah cari masalah Marissa ni.

"Kalau macam tu, aku nak kau keluar semula daripada sini."

"Hah? Kenapa pula?" hati mula mendidih panas. Ada ura-ura yang lelaki ini mahu mengenakannya.

"Aku nak kau keluar lepastu tutup pintu tu semula. Then, angkat tangan kau macam ni dan ketuk pintu pejabat aku tu balik. Aku nak pastikan telinga aku ni berfungsi dengan baik dan tak pekak. Boleh?"

Tangan diangkat dan digayakan cara mengetuk pintu kepada wanita itu. Suka pula dia melihat air muka Marissa yang sudah bertukar merah itu. Barangkali ingin marah?

"What? Hello, Encik Harraz! Saya dah ketuk pintu tu dua kali ya! Encik yang tak dengar, lepastu nak suruh saya keluar dan buat perkara yang sama balik? Huh, membazir masa betul! Tak boleh ke encik bagitahu saja apa yang encik nak?"

Marissa mula naik angin. Kecil besar kecil besar saja dia merenung muka toya lelaki itu. Lantaklah itu bos dia atau tak, yang Marissa tahu dia takkan ikut arahan merepek lelaki itu. Nak pecat dia? Silakan!

"Siapa bos sekarang ni?"

Pertanyaan sarkastik Harraz itu membuatkan Marissa mengetap bibirnya dengan kuat.

Sabar Marissa, sabar.

Hatinya memujuk. Perlahan-lahan bibirnya naik menyungging senyuman tidak ikhlas. Senyuman yang penuh kepura-puraan.

"Encik Harraz la bos, takkan saya pula?"

"Bagus. Jadi, aku arahkan kau untuk keluar dan masuk semula." Harraz membalas senyuman Marissa namun tidak lama wajah kembali diseriuskan.

"Fine!"

Geram.

Sebal.

Menyampah.

Rasa nak maki Harraz di situ juga. Kalau tak kerana tujuannya itu, kaki ini tak akan sikit pun melangkah masuk ke dalam ofis ini.

Daun pintu ditarik oleh Marissa lantas dia menutup kembali. Badan dipusingkan menghadap pintu pejabat Harraz sekali lagi. Buku limanya digenggam lalu dia mengetuk daun pintu itu sekuat hati. Kalau Harraz tak dengar lagi, memang Marissa sendiri yang akan ketuk kepala lelaki itu bertubi-tubi.

Tok! Tok!

Sesaat.

Dua saat.

Masuk saat yang kelima, Marissa mengetuk lagi. Tak boleh jadi ni, lelaki itu memang sengaja mahu mengenakannya!

"Masuk!" ujar Harraz dari dalam.

"Yes? Ada apa-apa arahan lagi?" perli Marissa cuba menahan geram.

"Ada..." balas Harraz meleret. Tubuhnya disandarkan pada hujung meja dan tangan disilangkan ke dada. Bibirnya tersenyum lebar melihat muka Marissa yang seakan menyampah dengannya itu.

Pembetulan, bukan seakan. Tapi memang Marissa menyampah pun. Heks!

"Tolong buatkan aku air kopi. Jangan terlalu manis and pahit sangat. Just nice, okey?" suruh Harraz.

"Kopi aje? Biskut kering tak nak?"

"Boleh je kalau kau nak bawakan sekali," ujar Harraz sengaja mahu menyakitkan lagi hati Marissa.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now