BCS 8

39.2K 2K 296
                                    

NADHIA menolak dedaun bilik peribadi Firash perlahan, bilik study

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NADHIA menolak dedaun bilik peribadi Firash perlahan, bilik study. Tolak perlahan pun berbunyi, krek. Selepas Nadhia menolak niat Firash pada petang tadi, suaminya itu terus beredar tanpa sebarang kata. Marah sangat ke? Nadhia tolak demi kepentingan bersama. Dia tidak mahu beri sebarang harapan.

"Awak?"

Firash langsung tidak berkalih pada Nadhia. Lelaki itu masih khusyuk menulis pada kertas. Sibuk betul! Ambil cuti pun macam tidak. Susahlah dapat bos tidak memahami macam ini. Kalau Firash tak dapat bonus, memang dia meroyan.

"Awak busy ke?" Nadhia menarik kerusi kosong di sebelah Firash, nak duduk.

"Tak."

"Saya nak tanya something ni."

"Tanya lah."

"Kalau weekend ni kita balik rumah tok boleh tak?" soal Nadhia dengan harapan yang sudah meninggi. Cek nak tayang somi baru cek dekat orang kampung na!

"Kenapa nak balik sana?"

"Tok buat kenduri arwah mak long," nada Nadhia mengendur. Rindu pula pada mak longnya yang satu itu. Tuhan lebih sayangkan mak long, kemalangan maut tiga tahun lepas.

"Hmm," Firash meronyok kertas A4 ganas lalu dicampak ke dalam tong sampah kecil di tepi kabinet. Bismillah, headshot tepat masuk. Sebenarnya tadi, dia marah pada Nadhia. Tapi tak boleh gaduh lebih-lebih, susah nanti. Sexual frustrated betul!

"Awak cuti ke weekend ni?"

"Tak. Aku minta cuti lain lah. Ganti cuti honeymoon aku hari tu," Firash mahu curi cutinya kembali. Pasti dapat punya, dia kan harta kesayangan syarikat.

"Yay! Saya tak sabar. Rindu tok angat."

"Aku pun. Rindu nak ushar anak dara kampung," seloroh Firash mahu memaniskan suasana. Padahal, sentuh embun kampung pun dia tak pernah. Dia mana ada kampung. Tup tup lahir, nampak Menara Kuala Lumpur. Bro ada class, hengko hado?

"Dia bukannya hesmes mana pun. Ada hati nak ushar anak dara orang," perli Nadhia sakan. Urai rambut ditepis ke belakang lagak diva. Dulu dia dara hot tahu dekat kampung tok.

"Cer tengok batang hidung aku," Firash menoleh ke arah isterinya.

"Tulang hidung patah ke?"

"Indah kan ciptaan tuhan? Handsome kalah Hardin Scott," Firash senyum segaris. Masuk bakul angkat sendiri bang. Bukan kena bayar, percuma. Kepalanya menoleh ke hadapan kembali, sambung menulis.

Bukan Cinta Sempurna ✓Where stories live. Discover now