"Lagi satu, aku tak tau apa rancangan dia yang seterusnya. Mungkin misi dia mencari abang kau pula. Marissa tu bukan kira, Harraz. Otak gila dia tak bertempat," tambah Aini lalu ketawa kecil selepas mengutuk rakan baiknya itu. Ini kalau Marissa dengar kutukan daripada Aini, memang telinga wanita itu ditariknya bagi melepaskan geram.

Harraz membatu sepi. Otaknya sedang ligat memikirkan apa yang harus dia lakukan selepas ini. Mahu atau tidak, dia kena berdepan dengan Marissa dan memujuk wanita itu agar perancangan mereka untuk bernikah diteruskan juga.

"Kalau aku paksa dia, agak-agak Ris terima ke?" soalan yang tidak dijangkau diajukan kepada Aini. Membulat mata gadis itu. Harraz ni, terdesak sangat nak berbinikan Marissa ke apa? Kut ya pun cuba bersabar sikit.

"Kau gila? Lagilah Marissa tu makin menjauh daripada kau. Huh, cakap macam tak kenal Ris tu macam mana," bantah Aini seraya tangan disilangkan ke dada. Eii, ada juga Aini panggil saja tok kadi datang ke rumah lepastu nikahkan terus Harraz Marissa ni.

Harraz garuk kepala. Dahtu, di nak buat apa lagi? Hish, buntu betul bila fikirkan hal ni. Rumit sungguh!

Kalaulah semua perkara ni tak terbongkar awal, memang plan dia dan Marissa nak berkahwin pasti menjadi. Tak kiralah Marissa berkahwin dengan dia kerana dendam sekalipun, asalkan Marissa sudah sah menjadi isteri Harraz. Dan hubungan mereka sudah tentu terikat walaupun perkara ni akan terbongkar nanti.

"Kau masuk meminang dia teruslah, Harraz. Aku rasa kalau kau buat macam tu, Ris takkan menolak. Sebab papa dan mama dia dah tentu suruh dia terima pinangan kau. Aku rasa family kau pun mesti setuju punya dengan cadangan ni. Yalah, kau kan tak sabar sangat nak ambil Ris tu sebagai isteri kau," cadang Aini namun terselit perlian di hujung ayatnya.

Harraz tersengih sumbing. Betul juga apa yang Aini cakap tadi. Namun, senyumannya terus mati sebaik saja dia teringat akan benda ini.

"Ris tu masih sayang dan cintakan aku ke?"

Aini tepuk dahi. Aduh, kusut betullah masalah Harraz dan Marissa ni! Nak cari jalan penyelesaian bukan main susah lagi. Alih-alih, soalan kurang bijak itu juga yang ditanyakan?

"Ris tu cuma hilang ingatan je! Bukannya hilang hati dan perasaan! Walaupun dia tak ingat siapa kau, tapi aku yakin sedikit sebanyak rasa sayang dekat kau dulu masih utuh dalam hati dia. Come on, aku kenal Ris tu macam mana. Dia dah sayang kau tapi biasalah Marissa kan? Memang taklah dia nak mengaku. Dia punya ego, sampai langit ketujuh!" Aini mengutuk Marissa lagi. Amboi, mentang-mentang Marissa tak ada dekat situ, bukan main sakan lagi Aini mengumpat Marissa ya?

Tergelak Harraz mendengar bebelan Aini itu. Haih, perangai masing-masing dari zaman belajar masih tak berubah. Aini tetap dengan ketegasan dan perangai sengalnya. Harraz masih sama. Setia menanti orang yang tersayang.

Lisa pula sudah tiga bulan meninggal dunia. Rindu kepada kawannya itu tetap ada. Cuma Marissa saja yang berubah sedikit. Wanita itu menjadi lebih dingin dan tidak seceria dulu. Entahlah, mungkin masa yang mengubah wanita itu.

"Terima kasih, Aini. Haih, kalau tak ada kau, aku tak taulah nak buat apa sekarang ni. Bukan senang nak tackle hati Marissa tu. Hati dia sekarang jadi lebih keras berbanding dulu. Mungkin semua ni terjadi sebab silap aku terhadap dia dulu," ucap Harraz. Rendah saja nada suaranya. Mungkin terbit penyesalan dalam diri.

Sedikit sebanyak, Aini berasa kesian pada Harraz. Tapi nak buat macam mana lagi, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

"Ingat Harraz, jaga Ris baik-baik kalini. Jaga hati dan perasaan dia. Jangan ulang kesilapan kau pada Ris macam apa yang kau dah buat dekat dia dulu. Depan mata aku, dia menangis teresak-esak disebabkan kau. Ya aku tahu masa tu kau pun keliru dengan perasaan kau sendiri. Tapi itu bukan tiket untuk kau mencipta alasan lagi. Aku taknaklah pisang berbuah dua kali. Cukuplah dengan kenangan pahit Marissa di UK dulu. Walaupun dia tak ingat apa-apa, tapi bila dia dapat tahu nanti, aku tak rasa dia mampu terima. Dan tugas kau sekarang adalah buat dia jatuh sayang dekat kau balik. Itu je caranya supaya Marissa tak tinggalkan kau lagi," pesan Aini panjang lebar. Aini bukan apa, dia cuma mahukan yang terbaik saja buat kedua-dua rakannya itu. Terutama sekali Marissa.

Harraz mengangguk faham. Aini dipandang dengan senyuman meniti dibibir.

"Ya, aku ingat. Kau jangan risau, aku akan jaga Ris macam mana aku jaga nyawa aku," tutur Harraz seraya tersengih menampakkan barisan giginya.

Aini mencebik. Boleh cair tahi telinga dia mendengar janji Harraz itu.

"Okeylah, aku balik dulu. Ingat! Kalau kau buat Ris menangis lagi, aku tak teragak-agak nak ambil dia semula daripada kau! Dan aku takkan tolong kau lagi untuk dapatkan Ris semula," ugut Aini lalu jari telunjuknya menghala ke Harraz. Mata dijegilkan memandang muka bersahaja Harraz itu. Ceh Aini ni, drama je lebih!

Dengan pantas, Aini mula melajukan langkah. Namun, kakinya terhenti dan kepala kembali ditoleh ke belakang memandang Harraz.

"Harraz, macam mana dengan rahsia yang kita simpan daripada Marissa?" soal Aini agak serius. Serentak itu, senyuman di bibir Harraz mulai pudar. Jantung mula berdegup laju dan kepala digelengkan berkali-kali. Faham dengan maksud yang cuba disampaikan Aini.

•••

     AINI menunggu Marissa di meja makan. Dia tahu wanita itu tak pergi kerja harini. Dengan apa yang dah jadi semalam, ingat Marissa nak jejakkan kaki lagi di ofis Harraz? Huh, memang taklah!

"Morning," sapa Marissa ceria. Wah, cepat betul emosi Marissa ni berubah ya? Semalam bukan main bengkak lagi mata dek menangis tak henti-henti.

Pinggan diambil lalu mee goreng diletakkan ke dalam pinggan. Marissa masih tak perasan Aini yang hanya merenung dia dari tadi.

"Ris," panggil Aini seraya badan ditegakkan.

"Apa?" balas Marissa sambil matanya menghadap telefon pintarnya. Sekejap dia gelak, sekejap tersengih.

"Aku nak kau jumpa dengan Harraz," ujar Aini. Iris menghala pandangan pada Marissa yang sudah terhenti suapan mee ke dalam mulut.

"Nak...nak buat apa?" Marissa geleng kepala. Tak mahu dia ikut apa yang Aini suruh.

"Buat apa kau tanya? Hei, bagitahu perkara sebenar lah! Kau tu Marissa Jasmine bukannya Orkid Dhialisa macam apa yang kau cakap dekat dia dulu!"

"Kalau tak bagitahu, tak boleh ke?" soalan mintak penampar juga yang ditanya. Muka toya ditayangkan. Langsung tidak berminat dengan topik yang mereka bualkan tika ini.

"Abistu berapa lama lagi kau nak hidup dalam penipuan? Jadi matang sikitlah, Ris. Dah buat salah tu, pergilah minta maaf dengan dia. Bukan sorokkan diri kau macam ni. Ha ni, mesti kau tak pergi kerja kan? Suka hati mak nenek kau nak lari macam tu aje? Hello, mana sikap kau yang konon-konon professional tu?" sindir Aini pedas. Selagi Marissa berdegil, selagi itulah Aini akan tetap membebel.

"Ingat ya Marissa, kau bukan saja dah tipu dia, tapi semua orang yang kenal kau sebagai Orkid kau dah tipu! Tenang ke hidup kau dalam penipuan? Kalau kau rasa tenang, teruskanlah Marissa. Aku ni mampu nasihat kau aje. Kau nak dengar atau tak, itu terpulang pada diri kau sendiri. Aku harap kalini kau fikir pakai otak, bukan pakai hati." Aini bangun daripada duduknya. Marissa dijeling sekilas sebelum dia beransur keluar daripada ruang makan itu.

Sentap. Ya, Marissa sentap dengan butir bicara Aini tadi. Panas telinga dia mendengar sindiran wanita itu. Marissa akui silap dia. Tapi untuk berterus-terang dengan cepat, Marissa tak mampu. Dia perlukan masa untuk berfikir.

Setiap lontaran bait-bait ayat dia nanti, harus disusun rapi terlebih dahulu. Perancangan harus dibuat agar kesilapannya tidak akan berulang lagi. Jangan kerana mulut, hati perlu menanggung sakitnya nanti.

Memang mudah Aini menyuruh dia untuk berjumpa dengan Harraz. Tapi, kalau wanita itu berada di tempatnya, adakah secepat itu keputusan akan dibuat? Ya, tudinglah jari kepadanya. Marissa tahu dia dah buat salah.

Tapi Marissa cuma minta satu aje, bagi dia masa untuk fikirkan hal ini. Lepas apa yang dah jadi, bukan mudah untuk bibir dia melepaskan kata lagi. Terutama sekali apabila dia bakal berdepan dengan Harraz nanti.

Ini belum kira sama ada lelaki itu mahu memaafkannya ataupun tidak. Buatnya isu perkahwinan itu dibangkitkan oleh Harraz, apa Marissa nak jawab? Mahu angguk atau menggeleng? Mahu kata ya atau tidak? Mahu menerima atau menolak?

Semua tu perlukan masa untuk dia berfikir panjang. Jikalau sudah tiba masa yang tepat nanti, Marissa sendiri akan menyerah diri untuk bertemu dengan lelaki itu.

______

Agak2 apa rahsia Harraz dgn Aini simpan drpd Marissa eh? 🤔

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now