"Dekat sikit!" tubuh Nadhia ditariknya supaya duduk di antara kedua-dua kakinya.

Oh my god!

Darah sudah menyerbu ke muka. Jantung tolong jangan pecut pantas sangat. Hati pula, tolong jangan terlalu gelabah. Nadhia, tarik nafas dan hembus. Tapi, ada sesuatu di situ. Ayok!

"Hmm, tengok phone," dagu Firash mendarat di atas bahu Nadhia. Tangan sudah bagai memeluk tubuh genit isterinya apabila tangan didepakan ke hadapan.

Nadhia tanpa mengeluarkan suara terus beri telefonnya pada Firash. Hang nak cakap apa lagi? Tak dak nak cakap apa dah naih.

"Senang je ni. Biar aku pomen."

"Serius?"

"Aku pernah baiki phone orang sebelum ni. Don't worry."

"Jantung kau," sambung Firash, telefon diletak ke celah sofa dahulu.

"Kenapa?"

"Dengar sampai ke luar."

"Tak ada bunyi pun," balas Nadhia. Jangan Firash, isteri kau dah nak gila ini.

"Tak ada?" Firash mendakap tubuh Nadhia. Telinga pula ditekap ke belakang Nadhia. Jelas dia dengar, dup dap!

"Memang dengar lah kalau awak dekat macam ni. Saya bukan jenazah. Jenazah boleh la tak dengar. Dia dengar seruan kubur," seloroh Nadhia. Badannya terus dipusing bertentang dengan Firash.

"Firash, awak okay?"

Firash yang menunduk terus angkat mukanya ke arah Nadhia. Dia sayang pada isterinya. Namun, salah silam Nadhia tidak dapat dia terima dengan hati terbuka. Ya tuhan, masakan dia mahu mengaku bahawa anak yang dikandung Nadhia itu adalah darah dagingnya.

"Aku okay," kepala isterinya yang berlapik tudung diusap mesra.

"Kalau macam tu, saya nak basuh kain."

"Hmm, pergi lah," dahi Nadhia ditarik dan dikucupnya sekali.

"Seluar dalam aku, basuh sekali."

"Saya tuang semua dalam mesin basuh," balas Nadhia. Jangan harap nak basuh guna tangannya yang suci murni.







"TELEFON saya, awak dah baiki?" soal Nadhia pada Firash. Khusyuk sungguh suaminya merenung layar telefon sendiri. Teks siapa tu? Aisaar ke?

"Uh oh, ada dalam tong beras," kata Firash tanpa bertentang mata dengan isterinya.

"Huh!" Nadhia pantas berlari anak ke arah almari dapur, terus tong beras dibukanya. Tangan pula mengagau ke dalam beras. Ya tuhan, suami yang tercinta.

"Firash!"

"Apa?"

"Kenapa awak letak dalam beras? Awak belajar mana ni? Tak pernah orang buat!" marah Nadhia, geram. Kalau tak pandai, tak usah nak berlagak pandai. Nadhia faham yang arkitek tugasnya bukan membaiki alat elektronik.

"Memang lah. Nak bagi kering phone, letak dalam beras," balas Firash sehabis polos.

"Ya Allah, awak tahu kan phone saya ni masuk dalam longkang. Kotor! Helok lah, malam ni kita makan nasi longkang. Ke awak nak nasi kangkang?" bebel Nadhia. Kalau teringin nasi kangkang, Nadhia boleh tolong bacakan. Tak perlu menumis pun. Nadhia menghela nafas lemah. Telefon yang kini berdebu hampas beras dicampak ke atas meja makan, geram.

"Kau tak boleh buat nasi kangkang, kau pregnant."

"Tak kisah lah! Penat nak melayan awak!" bentak Nadhia tanpa sengaja. Banyak kerja pulalah dia lepas ini. Kena teks pelanggannya satu demi persatu kembali, minta alamat terperinci. Nasib badanlah, seller baru nak up!

"Sorry."

"Saya beli phone baru terus lah. Buat macam mana, benda dah nak rosak."

Firash hanya diam, serupa anak kucing lagaknya. Terasa hati dengan Nadhia. Sampai hati meninggikan suara pada suaminya. Kalau Firash lari rumah macam mana? Suami ada satu saja tau!

"Dah. Tak payah monyok," sambung Nadhia.

Firash hanya kunci mulutnya. Rasa macam orang bodoh pula di sini.

"Firash!" pinggang suaminya dicuit. Mula dah perangai dramatiknya.

"Marah ke?"

"Hmm."

"Lah pulak. Sorry, saya marah sangat tadi. Saya geram. Kalau awak dekat tempat saya, confirm awak pun meroyan," kata Nadhia, matanya tidak lepas dari memandang muka suaminya sendiri.

"Tah la," balas Firash acuh tak acuh.

"Jangan merajuk. Saya tak pandai nak ambil hati."

Seraya dengan itu, Firash terus mendorong badan kecil isterinya ke jalan mati, kabinet dapur. Dengan muka dingin, dia berbisik.

"A kiss on the lips will solve everthing."

Kali ini, dia tidak tunggu gadis itu bertindak. Namun, lantas dia memagut bibir merekah isterinya itu rakus. Nadhia pula tidak bergelut, dia hanya membalas ciuman suaminya mesra. Alangkah bagus, kalau Nadhia tidak berbadan dua.

"Saya..." bilang Nadhia tersekat cuba mencari nafas baru.

"Saya tak boleh teruskan."


A: Sorry barai. Rasa nak rewrite bab ni. Tapi malas pulak, nanti lah nak baiki. Haish barai barai!

Bukan Cinta Sempurna ✓Where stories live. Discover now