Bab2 tunang

11.9K 230 3
                                    

Setelah lapan jam perjalanan akhirnya sampai juga di station terakhir.

Aqiesyah dan Ayash menuju ke jalan keluar sambil menarik beg roda masing-masing. apabila mereka jalan bersama mereka terlihat sungguh jauh berbeza, bagaikan langit dan bumi. Qisyah dengan baju yang terdedah bajunya manakalah Ayash dengan jubahnya dan terlihat sangat bahawa dia seorang Ustad mudah yang tampannya bukan biasa-biasa.

"Atoooook!....." Qisyah berlari anak mendapatkan atoknya yang dari tadi sedang menanti kedatangan cucu yang satu-satunya. beg rodanya di tinggalkan lalu Ayash menarik beg roda itu bersamanya.

pok!

"Adoii! atok! sakit lah!...."

"Qisyah takde baju lain selain baju terdedah sana sini ni ?!" Sulaiman berura-ura mahu mengetuk kepala Qisyah.

Ayash tersenyum dan menyalam tangan Sulaiman.

"Asalamualaikum atok, apa khabar?"

"walaikumsalam. alhamdulilah baik, kamu ikut dengan atok, sebab mak bapa kamu tidak dapat ikut sekali..."

"Baik atok...."

"atok ni!....bukan nak peluk orang ke cium orang ke, atok tak rindu ke dengan Qisyah ?" Soalnya sambil memaut lengan atoknya yang berumur 70an itu. walaupun dah berumur namun Sulaiman masih cergas.

"mengade je Qisyah ni! dah! tak malu ke dengan Ayash ni...." dia melepaskan pautan cucunya dan segera masuk ke dalam kereta jenama 4×4 FordRanger itu.

mula lah Qiesyah memuncungkan mulutnya ke depan lalu mengambil tempat duduknya yang belakang. Ayash pulak duduk bersebelahan dengan Atok yang akan mengenderai kereta itu.

"Macam mana dengan kamu di Turki Ayash? dah selesai ?" Soal Sulaiman sekadar untuk menghidupkan suasana yang sunyi.

"Alhamdulilah, saya dah selesai belajar semua, dan saya akan meneruskan ilmu saya di kampung"

"Oh! syukur Alhamdulilah, selepas ini atok mahu kamu lah yang handle masjid. selama ini atok je yang iman dan laungkan azan dekat situ, nak harapkan orang lain, takde yang pandai macam Ayash. aih! apa nak jadi lelaki dekat kampung itu"

Ayash mengangguk mengerti, memang itu dia mahu. dia akan menurunkan segala ilmunya untuk masa depan di kampung itu.

"In sha Allah Atok! saya akan berusaha...."

"haa! Qisyah! kalau takde kerja, atok nak Qisyah belajar mengaji dengan Ayash!" arahnya sambil memandang Qisyah di belakang bermain dengan Iphone Pro Max nya melalui cermin depan.

"alah atok ni! Qisyah taknak lah! Qisyah nak rehat!"

"amenda rehat! setiap magrib mengajilah dengan Ara"

"Mmm? Ara mengaji ?" Soal Qisyah.

"yalah! bukan macam Qisyah! Ara sekarang Ustazah mengajar budak-budak mengaji di masjid"

"laa atok ni! itu Ara! bukan Qisyah!"

"haa! menjawap!"

"atok ni tak asyiklah!"

Sulaiman mengeleng kepalanya. dari dulu memang susah nak atur budak manja ni. di didik supaya bertudung dan nampak manis, tapi sehingga sekarang Qisyah tidak mengenakan tudung di kepala lagi.

setelah tiga puluh minit perjalanan akhirnya sampai juga ke kawasan kampung permai. kereta itu berhenti tepat di hadapan rumahnya.

"Saya pergi dulu tok! asalamualaikum"

"haa! yelah. walaikumsalam."

Ayash berjalan sambil menarik beg rodanya, rumah atok Sulaiman dekat sahaja dengan rumahnya. hanya beberapa langkah sahaja dah sampai, kerana rumah mereka hanya bersebelahan sahaja.

"bye abang! kirim salam dekat Ara!"

Ayash mengangguk mengerti. tapi dia tidak membalas lambaian dari Qisyah.

"bye! bye! Tak baik lambai dekat lelaki, Qisyah tu perempuan, dan Ayash tu tunang orang"

"what!? Abang dah bertunang ke Atok?"

Atok mengangkat beg rod berwarna pink itu, mereka menaikki anak tangga itu.

"yee.. dah setahun Ayash bertunang, dengan anak pak Abu di hujung sana...."

"yeke? siapa eh? Qisyah lupa lah nama pempuan tu"

"Qasmina...." jawap sulaiman sambil tangannya sibuk membuka pagar pintu depan.

"laa, Kenapa tak tunggu Qisyah balik, Qisyah boleh je jadi isteri abang Ayash kan..."

"nak jadi isteri tu, kena lah ubah penampilan tu dan perangai tu kena lah matang sikit" nasihat atoknya dengan lembut.






Vote ⭐

Komen✅










Ustaz KuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt