Bab1 pulang

29.3K 285 2
                                    

dengan segak bergaya dia berdiri menanti nombor flight yang di naikkinya. telinganya tekun mendengar setiap nombor yang di sebut melalui pembesar suara itu, matanya memerhati television yang memapar jadual waktu pesawat. sebentar lagi  pesawatnya akan berlepas setengah jam lagi.

dia memasuki satu lorong menuju ke pesawat, beg rodanya di masukkan ke dalam penimbang berat. setelah itu dia di arahkan ke kawasan pesawat dan mencari nombor tempat duduknya.

"Asalamualaikum......nak saya tolong ?" sapa seorang lelaki yang memakai serban di kepalanya dan mengenakan Jubah berwarna putih bersih.

"eh? abang ? haa berat sangat ni, boleh tolong Qisyah?..." tak pun menjawap salam orang, selamba je minta tolong.

Ayash mengangguk mengiyakan. dia mengangkat beg roda berwarna pink itu dan di bawa ke atas tempat penyimpanan barang.

Qisyah atau Nur Aqisyah melabuhkan punggung di bangku pesawat yang berada di tepi tingkap.

selepas menutup tempat penyimpanan barang, Ayash kembali duduk bersebelahan dengan Qisyah.

"tak sangka kita jumpa kat sini kan abang...." dia merapatkan jarak sedikit namun Ayash mengelak dengan lembut.

"Hmm...Qisyah nak balik berapa minggu...." Soal Ayash tapi tak pun memandang Qisyah di sebelahnya. dia membuang pandangan daripada memandang Qisyah yang tidak cukup kain itu. Qisyah memakai baju ladies chiffon yang mendedahkan bahunya. dan memakai jeans ketat berwarna biru tua dan mengenakan kasut berwarna putih jenama Nike. Rambutnya curle nya di lepas begitu sahaja

"emmm....Qisyah tak balik lagi kat London, dah habis master kat sana...." jawap Qisyah sambil menatap dengan dalam lelaki di sebelahnya ini. makin lama makin alim abang Ara ni.

"oh! syukur Alhamdulilah...."

"Abang tak berubah-berubah lagi ?"

"Err maksud Qisyah? tak berubah macam mana ?"

"Emmm....abang makin.... alim ?"

Ayash tarik senyum sikit, mestilah takkan berubah ke arah lain lagi Qisyah.

"Yee...kan abang dari Turki...."

"Really ? oh my god. patut abang pakai macam ni.."

Qisyah menutup mulutnya terkejut, tak sangka lelaki yang dulu setakat mengajar budak mengaji di kampung boleh sampai ke Turki. Apa yang dia dapat tangkap, Ayash semakin handsome dan nampak berseri-seri. sedikit tergoda dia dengan paras tampan itu.

Dia bergerak dari Turki dan bermalam di Landon satu hari dan berlepas lagi ke kampung Halaman Langkawi.

tidak lama kemudian pesawat yang di naikki itu mulai bergerak. perjalanan mengambil masa kira-kira sehingga lapan jam.  Qisyah terlena selama satu jam, setelah bangun dia membersihkan sisa make up di toilet.

setelah membersihkan wajah, Aqisyah kembali ke tempat duduk semula. terlihat bangku Ayash kosong.

"Mmm? ke mana pulak abang Ayash ni...." Soalnya dengan diri sendiri.

Qisyah melabuhkan punggung di bangku itu, lalu memasang tali pinggang semula. tidak lama kemudian satu pramugari menyapanya sambil membawa troly makanan.

"selamat malam cik, di sini ada pelbagai minuman dan camilan."

"saya nak milo suam boleh ?"

"Boleh Cik...." lalu pramugari itu membuat air di tepi dengan penuh lemah lembut dan berhati-hati.

"Silakan di ambil cik" Pramugari itu memberi secawan cup berisi milo suam itu.

"terima kasih" ucap Qisyah.

selepas pramugari itu pergi ke bangku depan, Ayash kembali dengan wajah yang segar bugar.

"Abang dari mana ?"

"Abang solat kejap...." oleh kerana mereka dalam pesawat ayash melakukan ibadah secara duduk, dan tempat sembayang di sediakan di hujung sana.

"Oh! naa! Qiesyah oder dua minuman tadi...."

"Alhamdulilah! terima kasih milonya..."

Aqiesyah mengangguk mengiyakan. lalu mereka sama-sama menghirup air milo itu dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati.









Hai, kembali lagi di tajuk baru. kita akan update satu-satu cerita yaa.

like ⭐

komen✅











Ustaz KuWhere stories live. Discover now