"El nak makan ikan siakap tiga rasa lah." Elena tersenyum memandang ibu keduanya itu.

"Kalau nak makan ikan siakap, kita kena pergi pasar raya beli apa yang patut. Dalam peti pun tak ada ikan siakap," ujar Puan Aisya.

"Ha apa kata El teman ibu pergi pasar raya. Malam nanti mom dengan ibu masak sedap-sedap punya untuk El," cadang Puan Sri Rafea.

Elena menganggukkan kepala, "Kalau macam tu, petang nanti kita pergi pasar raya. El nak naik mandi dan berehat dulu."

Puan Sri Rafea dan Puan Aisya hanya menghantar tubuh Elena Sophia dengan ekor mata.

"Aisya.. Awak rasa dia boleh terima tak keputusan yang saya buat nanti?" tanya Puan Sri Rafea gusar. Hatinya langsung tidak tenang tatkala memikirkan tentang penerimaan Elena.

"Elena bukan jenis yang memberontak, kak. El yang kita kenal sangat matang dan berfikiran luas. Dia akan faham." Tangan wanita yang sudah dianggap sebagai kakaknya itu diusap lembut.

Mereka sudah seperti adik beradik. Ketika Aisya menghadapi masalah kewangan selepas kes penceraiannya, Tan Sri Emran dan Puan Sri Rafea lah yang menolongnya.

"Harap-harap macam tu lah, Aisya.." Puan Sri Rafea menarik senyum tipis.




         "IBU, macam mana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan ni?" Dua ekor ikan siakap diangkat tinggi olehnya kemudian ditilik dengan perasaan penuh curiga.

Puan Aisya menggelengkan kepala tatkala mendengar soalan yang agak bebal daripada anak majikannya itu.

"Dah kenapa nak bezakan yang jantan dengan betina pula?"

"Haih! Kalau terpegang ikan jantan ni memang batal wudhuk El," rungut Elena.

"Jangan nak mengarutlah, El! Ada juga kena siku ni karang," marah Puan Aisya mengundang tawa di bibir Elena.

"Ibu kalau marah tak menakutkan langsung. Berbeza betul dengan puan sri dekat rumah tu." Tangannya bergerak pula di kawasan udang.

"Yang ni jantan ke betina, ibu?" Udang itu dihulurkan kepala Puan Aisya disebelah.

"Elena!!"

Puan Aisya mencubit lengan Elena Sophia geram. Main-main pula dia ni!

Makin kuat tawa Elena apabila melihat wajah merah Puan Aisya. Malu lah tu sebab pekerja dekat depan tengah tengok Elena dengan tawa yang ditahan.

Elena berdehem, "Apa? Reti beza yang jantan dengan betina ke tak?"

Wajah pekerja itu direnung tajam oleh Elena. Apa? Tak pernah tengok orang perempuan jakun macam dia ke?

Pekerja itu menggelengkan kepalanya gugup, "Tak reti."

Siap membeli belah di pasar raya tersebut, Elena dan Puan Aisya sama-sama ke tempat letak kereta. Troli yang berisi barang-barang dapur tadi ditolak oleh Elena kemudian setiap barangan yang dibeli tadi diletakkan di dalam bonet kereta.

"Oh my god! Ibu!" Elena menepuk dahinya.

"El.. Berapa kali ibu pesan, jaga perangai," tegur Puan Aisya.

Itu lah Puan Aisya. Baginya, perangai sebagai seorang perempuan perlulah dijaga namun langsung tidak dipatuhi oleh Elena yang memang sejenis selamba badak.

Apa yang dia mahu atau tidak puas hati, dia akan buat tanpa hiraukan keadaan sekeliling. Puas ditegur perangainya namun masih tidak berubah.

"Sorry, ibu! El baru teringat ada something yang El nak beli.. Ibu tunggu dalam kereta, ye? El masuk dalam sekejap nak beli barang tu," ujar Elena mendapat anggukkan daripada ibu angkatnya itu.

"Ha ye lah.."

Tidak menunggu lama, Elena masuk kembali ke pasaraya tadi. Sebuah barang dibeli olehnya kemudian dia terus melangkah ke arah keretanya kembali.

Telefon yanv berdering minta diangkat dari tadi diambil dan senyuman terukir di bibirnya.

Affan.

Bunyi geseran tayar kereta yang kuat membuatkan Elean terus mengangkat wajahnya, jantungnya bagai hendak keluar dari tempatnya tatkala melihat sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.

Bukk!

Tubuhnya terasa ditarik dari tepi dengan kuat.

Elena membuka matanya perlahan-lahan tatkala terasa sepasang tangan kekar memeluk pinggangnya.

"Hidup menyusahkan aku. Lain kali jalan pakai mata bukan lutut." Sinis dan sarkastik nada yang digunakan oleh lelaki tersebut.

Terkebil-kebil Elena dibuatnya apabila bau wangian yang sama mencucuk hidungnya. Lelaki itu masih dengan mask hitam yang melekap di mulutnya.

"T-thank you." Ah Elena. Kenapa kau cuai sangat hari ni?

"Hm."

Tubuh lelaki yang baru sahaja selamatkannya itu tadi dihantar dengan ekor mata.

Siapa lelaki itu?

Kenapa lelaki itu selalu ada bersamanya?

Dia..

terlalu misteri.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now