"Bila-bila masa keputusan aku boleh berubah. See and wait." kata aryana memandang syiling rumah sebelum melelapkan matanya.

"Apa benda yang bergetar ni? ish kacau lah." bantal diambil tutup telinganya yang sakit menahan getaran itu.

"Ya Allah siapa ni? kau nak apa ayam." gadis itu menyumpah seranah kepada si pemanggil geram tidurnya pagi-pagi diganggu.

"Hah hello siapa ni? awak tahu tak awak dah ganggu masa tidur saya ni. Awak bagi sejuta pun belum tentu boleh bayarlah masa tidur saya ni!" marah aryana tanpa memikirkan tentang siapa si pemanggil. Dia hanya tahu marah dan marah.

"Ni maklong ni aryana. Maaflah ganggu masa tidur aryana, maklong ingat nak ajak kamu pergi cari barang kahwin pagi nanti. Lagipun sekarang dah pukul 8 pagi kamu tidur lagi ya?"

Membulat matanya mendengar suara itu. kata-kata sebentar tadi muncul kembali dalam benak fikirannya. Malunya!

"Saya minta maaf mak long, saya ingat siapa lah tadi hahaha. Lagipun saya dah lama bangun tau." bohong aryana mempertahankan diri.

Gelak ketawa dihujung panggilan.

"Ye lah, bersiap nanti tau. Mujurlah kamu dah bangun terkejut jugak maklong kalau bakal menantu maklong tak bangun lagi."

"Hehe..ya." panggilan diputuskan.

Dia menggigit bibir. Dah kata memang tak sedia lagi nak jadi isteri orang! tengok lah bangun pun lambat.

Dress hitam labuh paras kaki tersarung kemas di tubuhnya. Tudung shawl nude dililitkan ke atas. Siap dengan wajah yang cantik aryana bangkit dari kerusinya.

Badan langsing dipusing-pusing melihat tubuhnya dalam cermin.

'Perfect like ladies.'

Kasut heels yang abangnya beri disarungkan harini. Kini dia nampak seperti seorang bidadari.

Selepas meminta kebenaran untuk keluar bersama keluarga afiq. Aryana terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam kereta Honda civic milik afiq.

Pernafasannya turun naik asbab berlari sebentar tadi. Cermin kereta afiq dilihat lama membetulkan tudungnya sedikit berkedut.

"Aryana okay? tema aryana nak warna apa? nak buat acara besar-besaran tak? everything boleh tau." tanya maklong bertubi-tubi.

Aryana yang sedikit kurang selesa dengan soalan tu hanya tersenyum sekejap. Melihat bakal mertuanya begitu teruja tentang perkahwinannya muncul satu perasaan lain. Dia pernah berfikir hasrat untuk membatalkan perkahwinan.

"Terpulang maklong lah. Aryana ikut je." aryana membalas lembut.

Mak mertuanya tergelak kecil. Menantu yang satu ini nampak lebih bersikap terbuka.

"Jangan panggil maklong dah sayang. Panggil mama ya."

"O..okay mama." Pantas dia menjawab tanpa ragu-ragu.

Butik pengantin Ibu Sdn berhad.

Butik sebesar lima tingkat itu dipandang dari atas sampai ke bawah belum pernah dirinya jumpa butik sebesar itu, yang dia pernah tengok sekurang-kurangnya dua tingkat saja.

Timbul rasa ingin tahu butik ini dibina oleh siapa ya? kenapa buat tinggi-tinggi. Sibuk je nak tahu!

Wanita lingkungan umur 45 tahun itu mula melangkah masuk ke dalam butik itu. Mereka berdua juga membuntuti langkahnya.

"Assalamualaikum puan, selamat pagi saya ucapkan kepada puan dan bakal menantu." mesra seorang perempuan bertudung labuh dihadapan kaunter.

Aryana menguntum senyuman manis.

Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang