"Ha, abi pergi masak." Arah Aryan dengan wajah garang.

"Eh abi pula? Aryanlah masak." Balas Ayden tidak puas hati.

Marwah mula memicit kepala. Nak mula lagi lah tu gaduhnya. Serentak itu Ayden dan Aryan berhenti bergaduh mulut.

"Baby sihat tak?" Aryan mula memegang perut uminya.

"Baby tak sihat, baby benci tengok muka abang Aryan." Jawab Ayden dengan suara dikecilkan.

"Umi! Tengoklah abi!"

Ayden tergelak kuat. Suka betul dia usik Aryan. Tapi sebenarnya itu yang mengeratkan hubungan seorang bapa dan anak. Lain orang lain cara.

Kini mereka menetap di tanah Arab. Negara kelahiran ibunya Yasmeena Khan. Dengan duit yang ada, Alhamdulillah dia dapat menubuhkan satu syarikat. Dimana syarikat agensi percutian khususnya untuk rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah atau haji. Selain itu ada juga pelbagai pakej percutian juga ditawarkan kepada seluruh manusia di dunia. Tagline syarikat mereka 'Nak bercuti? MarDen kan ada!'.

"Awak, saya tak masak lagi."

"Hmm, makan pasirlah kita." Selamba Ayden membalas.

"Wais Ayden! Jangan cakap dengan umi macam tu!" Tegas suara kecil milik Wais Aryan.

Aryan sangat menyayangi Marwah. Selalu mengutamakan Marwah, kerana itu Ayden yakin bahawa anaknya hebat seperti dia.

"Yelah, Wais Ayden minta maaf ya Wais Aryan?"

Anak kecil itu mengangguk sebelum kembali menilik perut uminya. Digosok, dicucuk, dan dibaringkan kepala ke atas perut buncit uminya.

"Assalamualaikum adikku. Abang nama Wais Aryan. Nanti kalau adik keluar, nama adik jadi Siti Ayra tau?"

Ayden dan Marwah tersenyum. Ada aja anak teruna mereka. Walaupun baru berusia 4 tahun, Aryan sudah petah berbahasa melayu dan juga arab.

***

Farhad memandang Zara. Mereka berjaya laksanakan misi rahsia seperti apa yang diharapkan oleh pihak atasan beberapa tahun yang lalu.

Sedar tak sedar sudah 5 tahun Ayden dan Marwah menghilangkan diri. Tiada satu pun khabar berita mereka. Semua menganggap Ayden sudah mati. Marwah pula hilang entah ke mana.

Ayden betul-betul buat apa yang dikatakan. Membawa Marwah jauh dari sini. Farhad menggeleng kepala, kau memang geliga Ayden.

Affendi dan Tasya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala Hazril dan Xen dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Zeera adik iparnya kini sarat mengandung anak pertama. Hilman kata kembar. Salman, walaupun Farhad baru mengenalinya tetapi lelaki itu cukup menghiburkan.

Siapa sangka Salman dan Kapten Hanif menyimpan rasa kepada orang yang sama? Namun Salman tetap mengalah. Perkahwinan Kapten Hanif dan Fara berlangsung dengan meriah.

Tak lama selepas itu Salman turut menyusul, berkahwin dengan pilihan keluarga. Cerita yang panjang untuk diceritakan.

Kini tiada lagi kumpulan Organisasi Hitam. Semua ahli dimasukkan ke dalam penjara. Alhamdulillah, semuanya berkat Ayden yang turut sama membantu.

Farhad tersenyum memandang Fahri dan Zahra yang sedang bermain di atas rumput.

"Fahri, bawa adik masuk dalam. Nak maghrib dah ni!"

"Baik daddy!" Fahri Umar yang berusia 5 tahun dan Zahra Sadah yang berusia 3 tahun.

"Zahra, pegang tangan Fahri." Si debab itu mengangguk lalu tangan abangnya digenggam kuat.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now