"Team kau akan datang tolong kita. Organisasi Hitam akan berakhir di tangan kita. Aku percayakan kau, kau pun perlu percayakan aku."

Marwah masih menangis. Perlahan-lahan Ayden mendaratkan kepala Marwah di bahunya. Tubuh mereka tidak bersentuh, hanya dahi Marwah direhatkan di bahunya.

"Shh... jangan nangis. Kita akan menang. Aku bagitahu sekarang supaya nanti kau tak sakit sangat."

"Aku janji, aku akan datang ambil kau lepastu kita akan pergi jauh dari sini okey?"

Mata Ayden turut bergenang.

"Aku... sayangkan kau Marwah."

***

48 | Flashback Percaya

"Untuk kau sahabat, semua aku akan tolong."

Ayden mengangguk sebelum satu persatu diterangkan kepada Farhad dan Zara. Segala idea dilontarkan.

"Setuju."

"Kau Zara?"

"Setuju."

Melihat Ayden diam, Farhad memandang Zara begitu juga Zara memandang Farhad.

"Ini cip negara. Aku serahkan dekat kau orang berdua. Sampaikan cip ni kepada pihak atasan."

Satu bekas berbentuk silinder dibaling ke arah Farhad. Lelaki itu menyambutnya baik.

"Aku tak pasti kita akan jumpa lagi atau tak selepas ni."

Farhad dan Zara mengerutkan dahi. Apa maksud Ayden?

"Aku memang bersalah sebab bunuh ramai orang. Tetapi mereka yang aku bunuh memang layak dibunuh. Semua yang aku bunuh, tokan dadah. Rahsuah negara. Pembelot negara."

"Pihak polis terlalu lambat bertindak, sebab itu aku selalu diupah oleh seseorang untuk bunuh mereka."

"Dan seseorang tu kau orang mungkin kenal. Tapi dia tak pernah bersemuka dengan aku."

Ayden melempar pandangan ke luar. Di fikirannya sudah terfikir beberapa rencana selepas semua ini berakhir.

"Siapa?" Serentak Farhad dan Zara menyoal.

"Kapten Hanif."

Jawapan Ayden membuatkan Farhad dan Zara tersentak. Jadi selama ini Ayden membunuh ramai orang demi negara?

"Polis terlalu lambat, sampaikan Hanif ambil tindakan untuk gunakan perkhidmatan aku."

"Tapi dia tak kenal aku, jangan risau."

"Selepas habis semua ni, aku akan pergi jauh."

Tajam mata Ayden merenung langit di luar. Tidak sabar untuk bebas. Hidup bersama Marwah. Itu tujuannya selepas ini.

***

"Kau dah bangun?" Fara dengan kot putih labuhnya memandang Marwah.

Mata Marwah masih terkebil-kebil memandang siling putih. Jadi, dia sudah diselamatkan? Marwah tersenyum perlahan.

"Kau tak sedarkan diri seminggu tau! Sebab kesan tembakan kau berdarah balik."

Fara mula memeriksa bahagia kepala Marwah juga badan-badan Marwah yang terluka. Kesemuanya dicatat pada rekod pesakit.

"Alhamdulillah, semuanya positive. Tak ada cedera berat yang kau alami. Mungkin dalam sehari atau dua hari lagi kau dah boleh keluar."

Marwah hanya mengangguk. Mata terjengah-jengah dan melilau melihat sekeliling, kalau kalau ada kelibat Wais.

"Fara, Wais mana?" Kot putih Fara ditarik hujungnya.

Diam. Tiada balasan dari Fara. Marwah mula tidak sedap hati.

"Fara?"

"Wais dah tak ad...a." Jawab Fara sambil menundukkan pandangan.

Marwah terkedu. Air matanya mula bergenang. Wais janji nak datang ambil dia dan pergi? Mana... janji tu? Esakan Marwah membuatkan Fara menghampiri dan memberi pelukan.

"Marwah, jangan macam ni."

"Macam... mana cara kematian Wais?"

"Dia yang meletupkan abang kau sebelum dia tenggelam dalam laut. Aku ucapkan takziah, abang kau tak sempat diselamatkan. Abang kau alami lecuran yang dalam."

"Wais?"

"Mayatnya masih belum dijumpai. Pihak polis dengan pihak tentera masih mencari."

Jadi Wais mati demi menghapuskan Organisasi Hitam? Air mata Marwah mula berhenti mengalir. Sepatutnya dia harus bangga. Kematian Wais harus dibanggakan. Dia berjuang.

"Marwah, aku keluar dulu tau. Ada pesakit lain pula aku nak check."

Marwah mengangguk. Fara melepaskan pelukan. Sempat bahu Marwah diusap oleh Fara yang cuba memberi semangat.

Seketika Marwah teringat akan rantainya. Leher dipegang. Mana rantainya? Terjatuhkah?

"Kau cari ni?" Suara garau muncul disebalik tingkap sambil memegang rantainya.

"Wais?"

"Aku tak lupa janji aku."

***


Awak semua jangan kecam saya ya? Kita sama-sama chill dan rilek HAHAHAHAHAH

Stay tuned untuk last chapter! Sediakan mental semua! ❤️

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now