"Yang ada dalam rantai tu alat pengesan. Aku tahu ahli OH akan cari kita juga dan aku yakin mereka mahukan kau."

"Tapi kenapa?" Marwah memandang Ayden dengan pandangan tidak berpuas hati. Dia tidak faham. Kenapa pula OH nak cari dia?

"Kau satu-satunya ahli keluarga dia, pasti kau target utama dia."

"Maksudnya?"

Ayden melepaskan keluhan. Mata memandang Marwah yang tepat berada dihadapannya.

"Tuan Ran ketua Organisasi Hitam, atau aku perlu panggil dia dengan nama sebenarnya Fatheh Marleeq?"

Mata Marwah membulat. Jadi selama ini?... Tak! Mungkin Wais sedang berbohong sekarang.

"Kau tengok mata aku."

"Aku tak tipu kau."

Marwah terjatuh ke atas tanah akibat terlalu terkejut. Abangnya ketua Organisasi Hitam? Abang yang dicari? Dunia seolah berputar. Tubir mata mula menghangat.

"Aku akan cerita semuanya. Pertama sekali aku Wais Ayden juga ahli Organisasi Hitam."

Mata Marwah sekali lagi membulat. Wajah Wais dipandang bersama mata yang berair.

"Aku ada misi. Aku harus dapatkan cip ni, dan bunuh Ustaz Malik."

"Tapi aku tak sanggup. Aku berpaling tadah. Macam tu juga Zara dan Farhad. Kami berpaling tadah. Sebenarnya Farhad dan Zara pasukan Elit, mereka tentera sama macam abah dan ibu kau. Mereka ada pangkat Leftenan. Mereka diarahkan masuk ke dalam OH untuk memberi segala maklumat kepada pihak atasan."

"Dan mereka pasukan Elit dibawah abah kau Marwah."

Melihat air mata Marwah yang mengalir, Ayden kuatkan diri. Mahu atau tidak, malam ini dia harus bongkarkan semuanya.

"Tunang kau tak mati Marwah. Hazril masih hidup. Dia diupah oleh Marleeq untuk dekati kau supaya Hazril boleh tahu dekat mana cip yang Ustaz Malik sorok."

"Tapi mereka gagal. Aku disuruh oleh Marleeq untuk langgar Hazril. Kejadian kemalangan Hazril, aku... yang langgar."

Esakan Marwah semakin meruntun jiwanya. Tidak, dia akan beritahu semuanya malam ini juga.

"Aku juga lelaki bertopeng yang kau jumpa waktu jalankan misi haritu. Untuk soalan kau sebelum ni, aku bukan penternak tetapi aku pembunuh upahan."

"Kau jangan risau. Aku sekarang berada di pihak yang benar. Satu aja aku minta. Tolong percayakan aku, Zara dan Farhad." Rayu Ayden kepada Marwah sambil melutut di atas tanah.

Marwah pula masih terkesima dengan semua yang didengari. Satu-persatu mula terjawab. Hanya ada satu lagi kebenaran yang dia perlu tahu.

"Siapa yang bun...nuh ibu abah?"

"Kau kenal dia."

"Nur yang berlakon jadi adik aku, atau nama sebenarnya Tasya. Dia yang rancang kemalangan tu."

Tangan mencengkam tanah. Kejutan demi kejutan diterima. Ayden mengerti apa yang Marwah rasa. Semuanya terlalu pantas.

"Sekarang kau dah bersetuju untuk kerjasama dengan aku."

"Dengar baik-baik. Aku tak tahu bila ahli OH akan datang. Kalau dia datang nak culik kau, jangan risau. Aku, Zara dengan Farhad akan menyusul. Lagi pun Zara kakak kepada Zeera."

"Tugas kau mudah. Biarkan mereka ambil kau. Jangan cakap dekat mana pun cip. Aku akan menyusul untuk ambil kau semula dengan adanya alat pengesan dalam rantai tu."

Ayden merapati Marwah yang sedang menangis di atas tanah. Kepala Marwah yang berlapik tudung diangkat memandangnya.

"Percayakan aku." Tajam mata Ayden memandang sepasang mata hitam milik Marwah.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now