1

18 7 0
                                    

"Assalamualaikum! Ibuu" Seorang kanak kanak perempuan memberi salam di hadapan pintu lalu masuk ke dalam rumah di ikuti bapanya, Encik Kamarul.

"Waalaikumussalam sweetheart" sahut ibunya, Puan Aminah dengan senyuman manis.

"Eh kenapa Arya luka ni? Gaduh ke?" Tanya Puan Aminah dengan nada risau apabila melihat keadaan anaknya yang luka di siku dan bawah dagu.

Encik Kamarul duduk di sofa berdekatan, selepas mengambil first aid kit lalu menarik Arya untuk di rawat.

"Tadi ada lelaki kacau Arya, lepastu kawan Arya selamatkan Arya" kata si anak dengan petah sambil mengesat air matanya.

"Alololo siannya anak ibu, mesti sakitkan? Dah dah jangan nangis nanti tak cantik" pujuk Puan Aminah.

*****

"Ibu harini ibu masak apa?" Tanya Arya lalu berdiri di atas kerusi makan untuk menyamai ketinggian si ibu.

"Ibu masak ikan kari!"

"YEAY!" Arya melompat lalu memeluk ibunya dengan girang. Kari ikan adalah kegemarannya.

"Eh awak, rumah sebelah tu dah ada orang sewa ek? Saya perasan ada kereta dekat depan tu" kata Encik Kamarul lalu duduk di meja makan.

"Eh haah, ada sorang perempuan dengan anak dia, lelaki. Saya ingatkan nak kasi ikan kari sikit untuk diaorang, sedekah tanda kenal sesama jiran" ujar Puan Aminah sambil menyediakan makanan yang akan di sedekahkan untuk jiran baru mereka.

"Ouhh kalau macam tu saya pergi kerja dululah ye" Encik Kamarul bangkit lalu mencium ubun ubun anak tunggalnya lalu menghulurkan tangannya untuk disalami oleh Puan Aminah.

*****

"Assalamualaikum" Puan Aminah dan Arya memberi salam di hadapan pagar.

"Waalaikumussalam" seorang budak lelaki sebaya Arya keluar menyahut salam mereka.

"Ibu ada dik?" Tanya Puan Aminah sambil tersenyum.

"Ada, kejap" si anak berlari masuk kedalam lalu menjerit memanggil ibunya.

"Mama! Mama! Ada orang datang"

"Kejap"

Tidak lama kemudian seorang perempuan sebaya Puan Aminah keluar dengan telekung di kepala.

"Maaf, saya baru habis solat zohor"

"Takpe, saya datang nak bagi lauk ni, kebetulan masak lebih, boleh bagi dekat kamu. Kebetulan rumah kita sebelah menyebelah je, saya Aminah" kata Puan Aminah sambil menghulurkan bekas yang berisi lauk kari ikan.

"Buat susah susah je. Terima kasih. Saya Sarah. Jomlah masuk dulu, kita berkenalan" pelawa Puan Sarah. Puan Aminah menerima pelawaan Puan Sarah. Dia dan Arya masuk mengikuti langkah Puan Sarah.

*****

"Siapa nama anak? Umur berapa?" tanya Puan Aminah merujuk kepada anak lelaki kepada Puan Sarah.

"Saya muhammad hazzamirullah 10 tahun" kanak kanak lelaki tersebut memperkenalkan diri dengan senyuman manis.

"Panjang naww nama hahaha. Ni anak saya Arya 8 tahun. Beza 2 tahun je depa ni" ujar Puan Aminah di selangi ketawa ketawa kecil.

Mereka berbual mengenai banyak perkara. Walaupun baru kenal, Puan Aminah dan Sarah berborak seperti sudah lama kenal.

*****

Masa berlalu begitu pantas. Kini Arya sudah menginjak ke alam remaja. Arya dan Hazzam kini menjadi sahabat sejak kecil.

Hazzam menjengukkan kepala ke rumah Arya dari dinding yang memisahkan rumah mereka.

"Arya, kau ada kelas balet ke petang ni?" Tanya Hazzam sambil memandang Arya yang duduk membaca buku di atas buaian.

"Emmm" Arya berpikir sejenak. Hazzam menunggu dengan sabar.

"Rasanya takda, sebab cikgu balet Arya balik kampung, urgent katanya"

"Ouhh i see. Jom pergi date nak?" Usik Hazzam dengan senyuman gatal.

"what?!" jerit Arya lalu menjeling ke arah Hazzam.

"Hehe canda doang" kata Hazzam sambil tersengih seperti kerang busuk.

"By the way kalau Hazzam main bola petang ni orang nak ikut boleh?" Pinta Arya dengan muka acah cute. Acah je tu bukan cute sangat pon. jk

"Eh eh nanti bola kena muka terus menangis macam budak kecik" perli Hazzam mengingati waktu mereka bermain bola sewaktu kecil.

"Alahh azzam~~ boleh lah~ Arya bosan takde kelas petang ni. orang nak tengok dia main je" kata Arya sambil memangil nama panggilan Hazzam berderet-deret.

"Eiiii ye lah ye lah. Pukul 5. Sharp! Lambat aku tinggal" kata Hazzam pasrah.

"Yeay!" Jerit Arya gembira. Hazzam hanya mengelekkan kepala melihat telatah Arya yang seperti budak kecik!

r u mine?Where stories live. Discover now