Lambat laun Marwah pasti akan memberitahunya. Lagi pun tak salah memberi masa kerana dia yakin tempat persembunyian yang berada di tengah pulau ini tidak akan dikesan oleh sesiapa.

Lihat Ayden, kau bodoh.

***

"Kau tahukan police detactive dah dapat jejak kita?" Soal Farhad.

"Aku tahu." Mata Ayden langsung tidak menunjukkan riak risau.

"Kau pasti dengan semua ni?"

"Sangat pasti Had." Jawab Ayden tanpa rasa takut.

Mereka kini menapak di sebuah hotel murahan. Segalanya dibincang dan diatur. Lusa mereka akan akhiri semua ini.

"Zara akan duduk dekat hotel. Bukan hotel ni, aku akan carikan hotel yang lain. Tugas kau senang, inform dekat aku dan Farhad jalan untuk menuju ke titik hijau tu."

"Tapi Ayden, macam mana kalau Zara kena serang?" Soal Farhad risau.

"Aku akan bawa kawan untuk Zara. Dia akan teman Zara sepanjang misi ni berjalan."

Farhad mengangguk lega. Siapa sahaja tidak sayangkan isteri lebih-lebih lagi sedang mengandung.

"Soal senjata aku dah uruskan." Beritahu Farhad.

"Bagus."

"Kau dah beli barang yang aku minta tolong tu?" Soalan Ayden dibalas dengan anggukan Farhad.

"Si bodoh tu dah tak duduk dekat gudang sebelum ni. Dia duduk dekat gudang lain. Jauh dari dunia luar dan terpencil. Tapi jangan risau, tempat tu masih ada internet untuk Zara inform kita."

"Kita tak akan guna bot."

Dahi Zara dan Farhad berkerut. Kalau tak guna bot macam mana mereka nak sampai ke pulau tu?

"Guna barang yang kau beli."

"Maksud kau scuba diving?!" Tinggi suara Farhad menyoal.

Ayden pantas mengangguk. Walaupun dia sendiri takut dengan air, tapi itu sahaja satu-satunya cara untuk ke sana.

"Kenapa tak guna bot?" Celah Zara.

"Kalau guna bot, mestilah dia orang akan dengar."

Zara mengangguk. Betul juga apa yang Ayden katakan. Mata memandang suaminya. Pucat lesi muka.

"Jangan cakap kau... takut?" Tebak Ayden.

"Heish! Mana ada!" Muka cuak cuba dikawal.

Ayden dan Zara melepaskan gelakan. Itulah waktu dalam hutan bukan main gelak dekat member. Sekarang? Sendiri yang kecut.

"Jadi semuanya jelaskan?" Ayden memandang Farhad dan Zara bersilih ganti. Anggukan mereka membuatkan Ayden tersenyum.

"Jadi Zara, hantar pesanan dekat adik kau."

Zara mengangguk. Sudah menjadi tugasnya, memandangkan keadaan tidak mengizinkan dia untuk ke sana. Ini sahaja cara yang bisa dia lakukan untuk berbakti dengan negara.

"Kau memang sahabat aku." Ayden menarik Farhad ke dalam pelukannya.

"Apa sahaja untuk kau Ayden."

Terasa kemenangan bakal berpihak kepada mereka. Ayden tersenyum bahagia. Ibu ayah, Ayden hebat!

***

"Kapten! Saya dapat email dari Marwah."

Pantas Kapten Hanif mendekati Zeera. Laptop kini bertukar tangan. Satu persatu mesej itu dibaca dengan teliti.

"Lapor diri Leftenan Zara. Meminta bantuan pada 2 Ogos , 1:30 PM. Ikuti tanda hijau. Bawa seberapa banyak anggota Elit yang ada. Organisasi Hitam akan ditumpaskan. Nyawa Marwah/Red dalam bahaya. Laporan selesai."

Zeera membulatkan mata. Eh kakak dialah! Salman sudah menjerit suka dibelakang. Betul-betul tidak sabar untuk tumpaskan Organisasi Hitam.

"Boleh percaya ke?" Soal Hilman kepada Zeera dan Kapten Hanif.

"Dia ada bagi gambar."

Zeera pantas membukanya. Wajah Zara, Farhad dan Wais yang sedang tersenyum. Hilman mengangguk, soal gambar memang boleh diedit tapi ini jelas sangat original.

"Eh, kakak aku mengandung ke?!" Jerit Zeera teruja apabila melihat gambar tersebut. Abang iparnya sedang memegang perut kakaknya.

"Argh! Kau dah nak jadi makcik!" Teruja Salman sambil menepuk tangan.

Tawa kegembiraan mereka terhenti tatkala Kapten Hanif tajam merenung.

"Beritahu pihak atasan, kita akan jalankan misi ni."

"Roger Kapten!" Semangat mereka.

***

Sikit je lagi geng! Harap semua sabar ya. 🤍❤️

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now